Di Principal, kami percaya pada kepelbagaian portfolio pelaburan. Bukan sahaja antara pilihan dana pendapatan tetap dan ekuiti atau penyelesaian tempatan dan global, tetapi juga antara penyelesaian konvensional dan Islam. Kami boleh menawarkan pelbagai penyelesaian yang anda perlukan untuk memaksimumkan penyelesaian pelaburan anda dan mencapai matlamat kewangan anda.

Jadi, mengapa beralih kepada kami untuk penyelesaian Islam?
• Pelbagai pilihan dana untuk memenuhi sebarang tahap toleransi risiko
• Penyelesaian yang unik dan inovatif
• Pilihan dana tempatan dan global
• Prestasi dana yang kompetitif
• Penerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan. 
• Proses “end-to-end” yang sesuai dengan prinsip-prinsip Syariah

Malah, kami mengamalkan pematuhan Syariah yang lebih meluas dan bukan setakat proses saringan pelaburan tetapi juga memastikan bahawa semua aspek operasi pengurusan pelaburan adalah berlandaskan Syariah.

Tinjauan pelaburan kami

Kelas aset Sukuk Global telah menunjukkan prestasi yang tinggi pada tahun 2019. Dana Global Sukuk Fund kami memberikan pulangan yang tinggi iaitu sebanyak 10.6% tahun lepas.
Tinjauan bagi Sukuk Global terus positif kerana dasar kewangan bank pusat utama dijangka kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan global yang perlahan.

 

Dana Islam

Dari dana Konservatif hingga agresif, kami mempunyai pelbagai penyelesaian pelaburan untuk memenuhi keperluan anda.
Berikut adalah beberapa dana untuk dipertimbangkan ...

Konservatif Principal Islamic Money Market Fund 

Bertujuan untuk memberi pelabur kecairan dan pendapatan tetap, sambil mengekalkan kestabilan modal dengan melabur dalam instrumen pasaran wang yang patuh Syariah.

Konservatif Ringan Principal Islamic Lifetime Enhanced Sukuk Fund 

Bertujuan untuk meningkatkan nilai pelaburan Pemegang Unit dalam jangka masa sederhana dalam portfolio Sukuk di antara 3-10 tahun sambil memberikan pendapatan tetap.

Sederhana Principal Islamic Lifetime Balanced Growth Fund

Untuk meningkatkan nilai pelaburan pemegang Unit dalam jangka masa panjang menerusi gabungan pelbagai aset Malaysia dalam instrumen Syariah yang diluluskan sambil memberikan pendapatan yang konsisten.

Agresif Principal Islamic Malaysia Opportunities

Dana ini bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal yang konsisten dalam jangka masa sederhana hingga panjang.

 

Untuk melihat senarai dana Islam sepenuhnya, klik di sini. [Pilih Dana Islam dan tekan butang carian]

 

Tidak pasti sama ada pelaburan Islam sesuai untuk anda?

article Baca artikel ini 

consultant Tanya perunding

explore Terokai penyelesaian dana lain