Dasar Perdagangan Silang

Umumnya, Principal Asset Management Berhad (dahulunya dikenali sebagai CIMB-Principal Asset Management Berhad) tidak menggalakkan perdagangan silang dan melarang apa-apa urus niaga antara akaun-akaun klien dan akaun-akaun dana. Sebarang aktiviti perdagangan silang perlu diluluskan terlebih dahulu dengan justifikasi-justifikasi sokongan yang relevan untuk memastikan perdagangan dilaksanakan demi kepentingan terbaik kedua-dua dana, dan urus niaga tersebut dilaksanakan secara berasingan. Perdagangan silang akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Pelaburan untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan pengawalseliaan yang berkaitan.