Petikan Bahagian 1, Jadual 6 dan 7 CMSA
 
JADUAL 6

[Seksyen 229]

Penawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali

Bahagian I

A. Pelabur bertauliah

1. Skim unit amanah, skim persaraan swasta atau skim pelaburan yang ditetapkan.
2. Bank Negara.
3. Orang berlesen atau orang berdaftar.
4. Syarikat induk pertukaran, bursa saham, bursa derivatif, syarikat penjelasan yang diluluskan, simpanan pusat atau pengendali pasaran yang diiktiraf.
5. Syarikat yang dilesenkan, didaftarkan atau diluluskan untuk menjalankan sebarang aktiviti yang diatur atau perkhidmatan pasaran modal oleh pihak berkuasa di Labuan atau di luar Malaysia yang menjalankan fungsi yang sepadan dengan fungsi Suruhanjaya.
6. Pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans seperti yang ditentukan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010.
7. Pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010.
8. Ketua pegawai eksekutif atau pengarah orang yang disebut dalam perenggan 3, 4, 5, 6 dan 7.
9. Dana tertutup yang diluluskan oleh Suruhanjaya.
 
B. Entiti bernilai bersih tinggi

10. Syarikat yang didaftarkan sebagai syarikat amanah di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 dan mempunyai aset di bawah pengurusannya melebihi sepuluh juta ringgit atau yang setara dalam mata wang asing.
11. Syarikat yang:
(a) merupakan syarikat awam di bawah Akta Syarikat 2016 yang diluluskan oleh Suruhanjaya untuk menjadi pemegang amanah di bawah Akta dan mempunyai asset-aset di bawah pengurusan melebihi sepuluh juta ringgit atau yang setara nilainya dalam mata wang asing; atau
(b) menjalankan aktiviti pegurusan dana yang diatur semata-mata untuk kepentingan syarikat berkaitan dan mempunyai aset di bawah pengurusannya melebihi sepuluh juta ringgit atau yang setara dalam mata wang asing.
12. Syarikat dengan jumlah aset bersih melebihi sepuluh juta ringgit atau yang setara nilainya dalam mata wang asing berdasarkan akaun terakhir yang diaudit.
13. Kerjasama dengan jumlah aset bersih melebihi sepuluh juta ringgit atau yang setara nilainya dalam mata wang asing.
14. Badan berkanun yang ditubuhkan berdasarkan undang-undang melainkan ditentukan oleh Suruhanjaya.
15. Dana pencen yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

C. Individu bernilai bersih tinggi

16. Seorang individu:
(a) yang jumlah bersih aset peribadinya, atau jumlah bersih aset bersama dengan pasangannya, melebihi tiga juta ringgit atau yang setara nilainya dalam mata wang asing, kecuali nilai kediaman utama individu itu;
(b) yang mempunyai pendapatan tahunan kasar melebihi tiga ratus ribu ringgit atau yang setara nilainya dalam mata wang asing setiap tahun dalam dua belas bulan sebelumnya; atau
(c) yang, bersama-sama dengan pasangannya, mempunyai pendapatan tahunan kasar melebihi empat ratus ribu ringgit atau yang setara nilainya dalam mata wang asing setiap tahun dalam dua belas bulan sebelumnya.
(d) yang jumlah bersih portfolio pelaburan peribadi atau jumlah bersih portfolio pelaburan bersama dengan pasangannya, dalam mana-mana produk pasaran modal melebihi satu juta ringgit atau yang setara dalam mata wang asing.

JADUAL 7

[Seksyen 230]

Terbitan terkecuali