Notis Privasi

Di Principal, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Principal hanya akan memproses data peribadi anda mengikut undang-undang berkaitan (termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”), Notis Privasi ini dan terma privasi dalam perjanjian antara anda dengan Principal.

Notis Privasi ini berfungsi untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh kami atau bagi pihak kami. Notis Privasi ini juga menerangkan dan menjelaskan sebahagian daripada dasar dan prinsip kami tentang pemprosesan data peribadi anda, yang semuanya diguna pakai oleh kami sebagai tanda komitmen kami dalam menghormati, mengekalkan, dan melindungi data peribadi anda.


Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

  • ”Principal” merujuk kepada Principal Asset Management Berhad, pemegang-pemegang sahamnya dan syarikat-syarikat berkaitan, sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 7 Akta Syarikat 2016 dan syarikat-syarikat dikawal bersama, yang menyediakan perkhidmatan kewangan serta perkhidmatan lain yang dikawal selia.
  • Data peribadi", "data peribadi sensitif" dan "pemprosesan" mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam APDP.

Jenis data peribadi yang kami kumpulkan serta cara kami mengumpul data peribadi tersebut


Kami mungkin/akan mengumpul pelbagai data peribadi (termasuk data peribadi sensitif) dari semasa ke semasa termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. butiran peribadi seperti nama, tarikh lahir, umur, nombor Kad Pengenalan Malaysia, nombor pasport atau nombor pengenalan peribadi lain, salinan kad pengenalan, kewarganegaraan, jantina, bangsa, status perkahwinan, dan maklumat keluarga;
  2. butiran hubungan seperti alamat e-mel, alamat, nombor telefon anda;
  3. butiran pekerjaan seperti pekerjaan, jawatan, nama syarikat anda;
  4. butiran kewangan seperti butiran akaun bank/kad kredit anda; dan
  5. butiran lain seperti keputusan semakan latar belakang/kredit (jika ada), gambar, rakaman video, imej dan rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), dan data peribadi lain yang diserahkan atau disediakan oleh anda kepada kami dari semasa ke semasa dan semua data peribadi lain yang kami kumpulkan semula daripada anda pada bila-bila masa berikutnya.

Kami mungkin/akan mendapatkan data peribadi anda daripada anda dan daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. melalui hubungan anda dengan kami, contohnya dari maklumat yang diberikan oleh anda dalam borang permohonan, apabila menggunakan produk atau perkhidmatan kami,
  2. apabila anda bertanya tentang, mendaftar dan / atau mengambil bahagian dalam mana-mana acara, webinar, pertandingan, kempen, kaji selidik pelanggan, promosi, dan aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan atau ditaja oleh kami atau bagi pihak kami ("Acara"),
  3. semasa ulasan kewangan;
  4. melalui komunikasi lisan dan bertulis anda dengan kami dan/atau ejen kami yang diberi kuasa;
  5. apabila anda mengunjungi mana-mana premis/fasiliti yang berkaitan, termasuk tanpa had premis/fasiliti yang dimiliki, dikendalikan atau diuruskan oleh kami atau bagi pihak kami (
    "Premis Kami");
  6. dari analisis cara anda menggunakan dan menguruskan akaun/pelaburan anda dengan kami, dari transaksi yang anda buat dan dari bayaran yang dibuat kepada/daripada akaun/pelaburan anda;
  7. daripada pihak ketiga berkaitan dengan anda, seperti majikan, pemegang akaun bersama, pemberi sekuriti/jaminan, penjamin dan indemnitor; dan/atau
  8. daripada apa jua sumber lain yang mana anda telah memberikan persetujuan anda untuk menzahirkan maklumat berkaitan dengan diri anda dan/atau dari mana jua sumber yang tiada hadnya;
  9. daripada CCTV yang dipasang di Premis Kami;
  10. daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, pihak berkuasa kerajaan lain yang berkenaan dan/atau agensi penguatkuasaan undang-undang;
  11. daripada sebarang maklumat yang diberikan dan/atau dikumpul apabila anda melawat laman web kami termasuk alamat IP komputer anda atau daripada sebarang maklumat yang dikumpul melalui ‘cookies’ di sesetengah laman web kami. Kami menggunakan ‘cookies’ untuk beberapa maksud, termasuk menyimpan pilihan anda terhadap sesetengah jenis maklumat atau produk tertentu, analisis lanjut bagi maksud menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda, untuk mempertingkatkan produk dan/atau menyesuaikan perkhidmatan kami khusus buat anda. Anda boleh melaraskan tetapan pada pelayar anda supaya anda diberitahu apabila anda menerima ‘cookie’ atau alat pengesanan lain yang serupa. Sila rujuk kepada dokumen pelayar anda untuk memastikan sama ada alat pengesanan telah dipasang di komputer anda atau untuk meminta untuk tidak menerima ‘cookie’ atau menghilangkan keupayaan ‘cookie’ jika anda tidak mahu maklumat anda dikumpul melalui penggunaan ‘cookie’.
  12. Melalui mana-mana pihak ketiga (termasuk tanpa had rakan-rakan dan ahli keluarga anda, agensi pemeriksaan latar belakang, sumber pihak ketiga yang lain); dan/atau
  13. dari semua komunikasi lain antara anda dan kami dan semua maklumat lain yang mungkin anda berikan kepada kami dari semasa ke semasa

Bagaimana kami menggunakan data peribadi anda


Kami mungkin/akan menggunakan data peribadi anda untuk satu atau lebih maksud berikut:

  1. untuk mengesahkan identiti dan latar belakang anda;
  2. untuk menilai permohonan/permintaan anda untuk dan menyediakan anda dengan produk danperkhidmatan kami;
  3. untuk menerima produk dan/atau perkhidmatan daripada anda;
  4. untuk mengesahkan kedudukan kewangan anda yang lalu dan semasa melalui pemeriksaan rujukan/laporan kredit;
  5. untuk mengurus dan mengekalkan akaun dan/atau pelaburan anda dengan kami, atau oleh pegawai Principal atau Prunding Unit Amanah ("UTC") atau ejen yang ditetapkan oleh Principal untuk mengurus dan mengekalkan akaun anda dan pelaburan dengan kami untuk menguruskan perniagaan kami dan hubungan antara anda dengan kami dengan lebih baik;
  6. untuk memahami dengan lebih baik keperluan pelaburan semasa anda dan pada masa hadapan dan juga keadaan kewangan anda;
  7. untuk mengiklankan dan memberikan maklumat tentang produk, perkhidmatan dan/atau tawaran dan/atau pertandingan kami dan/atau pihak ketiga yang mungkin menarik minat anda termasuk menghantar surat berita elektronikdan bahan pemasaran kepada anda dan dalam hal ini, untuk menghubungi anda melalui melalui SMS, telefon, e-mel, faks, surat, laman web, media sosial dan/atau saluran komunikasi lain yang sesuai;
  8. untuk menganjurkan, mengurus dan membenarkan anda menyertai Acara kami;
  9. untuk mengesahkan dan menjalankan transaksi kewangan berhubung dengan pembayaran yang dibuat oleh atau kepada anda dan untuk mentadbir dan memproses apa-apa bayaran yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang diminta atau dibeli oleh atau diberikan kepada anda;
  10. untuk memberi anda akses kepada, dan memantau penggunaan laman web kami("Laman Web");
  11. untuk memudahkan operasi, pengurusan dan / atau penyelenggaraan Laman Web kami;
  12. untuk memberi anda akses kepada Premis kami;
  13. untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami dan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang baru;
  14. untuk memberi notifikasi kepada anda mengenai manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri produk dan perkhidmatan;
  15. untuk mentadbir tawaran, pertandingan dan promosi;
  16. untuk berkomunikasi dengan anda, membalas pertanyaan dan aduan anda dan secara amnya menyelesaikan pertikaian;
  17. untuk mengemas kini, menyatukan dan memperbaiki ketepatan rekod kami;
  18. untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang telah dikumpulkan tanpa mendedahkan maklumat peribadi anda atau secara agregat tanpa mengenal pasti anda sebagai seorang individu;
  19. untuk menjalankan penyelidikan bagi maksud analisis termasuk tetapi tidak terhad kepada perlombongan data dan analisis transaksi anda dengan kami;
  20. untuk memenuhi keperluan pendedahan seperti yang dikehendaki oleh apa jua undang-undang yang harus dipatuhi oleh Principal;
  21. untuk maksud audit, pematuhan dan pengurusan risiko;
  22. untuk menilai risiko-risiko kewangan dan insurans;
  23. untuk memindahkan atau memberikan hak, kepentingan dan kewajipan kami di bawah mana-mana perjanjian antara anda dengan kami;
  24. untuk melindungi atau menguatkuasakan hak kami untuk mendapatkan kembali apa jua yang terhutang kepada kami;
  25. untuk menjalankan pemeriksaan pencegahan pengubahan wang haram; untuk pengesanan, penyiasatan, pencegahan dan pendakwaan jenayah; untuk mematuhi mana-mana syarat saksi;
  26. untuk menguatkuasakan dan/atau mempertahankan hak kami;
  27. bagi apa-apa maksud lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa yang berkenaan; dan/atau
  28. untuk maksud-maksud lain yang dibenarkan oleh anda atau berhubungan secara langsung atau sampingan dengan yang tersebut di atas.

(“Maksud”)

Penzahiran data peribadi anda


Kami mungkin/akan dikehendaki atau perlu menzahirkan data peribadi anda kepada pihak ketiga (yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia) berikut berkaitan dengan atau untuk memenuhi mana-mana Maksud tersebut:

  1. syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai ejen, ahli gabungan anak-anak syarikat, penyedia perkhidmatan, rakan niaga, anak-anak syarikat, pemegang saham dan syarikat bekaitannya, penasihat profesional, bank atau institusi kewangan lain, apabila perlu;
  2. syarikat dan/atau organisasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada penjaga, pemegang amanah, pengedar, broker) yang membantu kami dalam memproses dan/atau sebaliknya memenuhi transaksi yang anda minta;
  3. syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam menyediakan perkhidmatan tambah nilai yang anda mohon;
  4. syarikat dan/atau organisasi yang menyediakan perkhidmatan kepada kami untuk memaklumkan tentang produk dan perkhidmatan kami kepada anda;
  5. penasihat dan/atau ejen anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada broker, akauntan, juruaudit, peguam, penasihat kewangan atau penasihat profesional yang lain) di mana kebenaran telah anda berikan;
  6. mana-mana pihak lain yang anda telah maklumkan kepada kami sebagai mempunyai kuasa untuk memberi arahan atau menggunakan akaun/pelaburan atau produk atau perkhidmatan bagi pihak anda;
  7. mana-mana pihak ketiga akibat penyusunan semula fasiliti yang diberikan kepada anda atau penjualan hutang, atau perolehan atau penjualan mana-mana syarikat oleh Principal Asset Management, dengan syarat bahawa mana-mana penerima menggunakan maklumat anda untuk maksud yang sama yang mana pada asalnya diberikan kepada kami dan/atau digunakan oleh kami;
  8. mana-mana ejen dan/atau kaunterparti yang kami perlu memberikan maklumat atas sebab undang-undang (termasuk mana-mana peraturan, garis panduan dan/atau obligasi-obligasi) dan/atau perintah mahkamah,
  9. mana-mana penjamin atau pemberi fasiliti atau sekuriti untuk pelaburan/fasiliti yang disediakan oleh kami kepada anda;
  10. mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyelesaikan apa-apa wang terhutang di bawah pelaburan/fasiliti dengan kami;
  11. mana-mana agensi penarafan, penanggung insurans atau broker insurans atau pembekal perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung;
  12. mana-mana pihak yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan mana-mana hak kami di bawah perjanjian anda dengan kami; dan/atau,
  13. mana-mana pihak ketiga yang diminta atau dibenarkan oleh anda atau pihak ketiga lain untuk mana-mana Maksud tersebut,

tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang terpakai kepada Principal (sama ada di dalam atau di luar Malaysia).

Selain itu, Principal, ahli gabungan dan rakan perniagaan kami mungkin/akan menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang kami percaya mungkin anda akan tertarik atau memberi manfaat kewangan kepada anda.

Anda boleh memberitahu kami pada bila-bila masa jika anda tidak mahu menerima komunikasi pemasaran daripada kami, dan/atau dari ahli gabungan dan rakan perniagaan kami dengan memberitahu kami di alamat/nombor telefon/alamat e-mel yang dinyatakan di hujung Notis Privasi ini. Hanya arahan bertulis terbaru anda kepada kami akan diguna pakai. Sila ambil perhatian bahawa komunikasi tertentu seperti penyata akaun dan laman web kami mengandungi maklumat standard yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan penghantaran/penyediaan perkhidmatan dan/atau produk kami, pengendalian akaun dan/atau pelaburan anda dengan kami, dan/atau bayaran tambahan kepada anda.

Bagaimana jika data peribadi yang anda berikan adalah tidak lengkap?


Di mana ia dinyatakan (contohnya dalam borang permohonan atau borang pembukaan akaun), anda wajib untuk memberikan data peribadi anda kepada kami. Sekiranya anda menolak untuk memberikan apa-apa data peribadi wajib, kami mungkin tidak dapat memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud.

Hak anda untuk meminta akses kepada dan pembetulan data peribadi anda

Jika anda ingin mengakses data peribadi anda dalam milik Principal, atau di mana anda berpendapat bahawa data peribadi tersebut yang dipegang oleh kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan terkini, anda boleh membuat permintaan kepada kami, setelah membayar fi yang ditetapkan (jika ada), melalui Borang Permohonan Akses Data (Data Access Request Form) atau Borang Permohonan Pembetulan Data (Data Correction Request Form) kami. Borang-borang ini boleh didapati di cawangan-cawangan kami.

Sila ambil perhatian bahawa Principal boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data daripada anda contohnya apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta adalah bersifat komersial yang sulit atau sekiranya kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Walau bagaimanapun, jika kami tidak dapat memenuhi permintaan anda, kami akan memberitahu anda sebab-sebabnya.

Hak anda untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda

Anda boleh mengehadkan pemprosesan data peribadi anda. Anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan anda yang telah diberikan kepada kami (sepenuhnya atau sebahagiannya) dengan memberikqn kami suatu notis bertulis tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang dan tempoh masa yang munasabah untuk perlaksanaan penarikan balik persetujuan tersebut.

Jika anda mengehadkan pemprosesan atau menarik balik persetujuan anda kepada apa-apa atau semua penggunaan data peribadi anda, ia akan menyebabkan: (i) kami tidak dapat terus mentadbir sebarang pengaturan atau hubungan kontraktual antara anda dan kami; (ii) kami tidak dapat (terus) melaksanakan mana-mana obligasi kontraktual kami kepada anda (jika ada); (iii) kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud tersebut; dan/atau (iv) penamatan sebarang pengaturan atau perjanjian/kontrak antara anda dan kami, tanpa sebarang tanggungjawab dari pihak kami.

Data peribadi pihak ketiga

Kami mungkin memerlukan bantuan anda jika data peribadi berhubungan dengan orang lain adalah diperlukan untuk memproses data peribadi anda untuk Maksud tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami apabila diperlukan. Jika data peribadi pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis Privasi ini dan bersetuju dengan pemprosesan data peribadinya untuk mana-mana Maksud tersebut sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.

Jika orang lain memberikan/mengemukakan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju bahawa anda telah membenarkan kebenaran untuk pemberian/pengemukaan data peribadi anda dan anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh kami selaras dengan Notis Privasi ini.

Pemindahan data peribadi ke tempat di luar Malaysia

Kami boleh, jika perlu, memindahkan data peribadi anda ke suatu tempat di luar Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda terhadap pemindahan tersebut.

Ketepatan data peribadi

Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa data peribadi tersebut terkini.

Bahasa

Sekiranya terdapat apa-apa konflik antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.

Konflik

Sekiranya terdapat sebarang konflik antara kandungan Notis Privasi ini dan terma privasi dalam perjanjian antara anda dan Principal (jika ada), kandungan Notis Privasi ini akan mengatasi terma privasi dalam perjanjian tersebut.

Semakan Semula Notis Privasi Ini

Notis Privasi ini mungkin disemak semula dari semasa ke semasa. Notis untuk sebarang semakan semula tersebut akan dipaparkan di laman web Principal dan/atau dengan apa-apa cara komunikasi yang lain yang dianggap sesuai oleh Principal. Sebarang pindaan sedemikian akan berkuat kuasa selepas pemberitahuan tersebut. Dengan terus terlibat dengan kami selepas pengeluaran notis pindaan tersebut, anda akan dianggap telah bersetuju dengan Notis Privasi ini (seperti yang dipinda dan dikemas kini).

Menghubungi Principal mengenai data peribadi anda

Anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda melalui kaedah di bawah:

Nama: Ng Jit Seng
Jawatan: Pegawai Perlindungan Data
No Telefon:03-8680 8223
E-mel:dlprincipalasiadataprotect@exchange.principal.com