Risiko Internet

Principal Asset Management Berhad komited untuk mengekalkan langkah-langkah keselamatan yang tinggi bagi memastikan keselamatan maklumat yang diberikan, tetapi komunikasi melalui Internet masih mengandungi risiko di luar kawalan syarikat, yang mana harus ditangani sendiri oleh pengguna-pengguna. Sebagai langkah berjaga-jaga, sentiasa pastikan komputer peribadi anda adalah selamat dan dilindungi daripada sebarang akses yang tidak dibenarkan dan/atau virus yang boleh mendedahkan maklumat sulit anda kepada pihak ketiga. Anda juga harus berwaspada terhadap penipuan e-mel dan lampiran yang boleh mencuri maklumat tentang dan/atau daripada anda.

Sila ambil perhatian bahawa komunikasi melalui laman web ini tidak dihantar melalui pautan peribadi atau pautan selamat atau dalam bentuk yang disulitkan, dan oleh itu tertakluk pada bahaya komunikasi melalui Internet yang biasa, dan komunikasi ini juga tidak dapat dijamin keselamatannya daripada pemintasan atau pengubahsuaian yang tidak dibenarkan, oleh mana-mana pihak. Kami melarang pengiklanan jenama dan laman web kami menggunakan mesej e-mel yang tidak diminta.