Pematuhan

Principal Asset Management Berhad ('Principal') mempunyai unit pematuhan yang bertanggungjawab untuk memastikan semua urusan dan amalan perniagaan syarikat mematuh undang-undang, peraturan dan garis panduan sekuriti yang berkaitan yang diwartakan dan dikeluarkan oleh pengawal selia.

Unit pematuhan melaporkan secara terus kepada Lembaga pengarah dan bekerjasama rapat dengan kakitangan pengurusan kanan mengenai semua perkara berkenaan pematuhan. Unit ini juga berhubung dengan jabatan-jabatan lain di dalam syarikat untuk menjalankan tugas dan fungsi dengan berkesan.

Tanggungjawab-tanggungjawab lain termasuk: Menubuhkan, mengekalkan dan mentadbir pelaksanaan dasar dan prosedur untuk mengesan dan mencegah pelanggaran undang-undang, peraturan dan garis panduan sekuriti yang berkaitan; Menyediakan dan membentangkan ulasan pematuhan kepada Lembaga pengarah; Mengekalkan dan mengkaji prosedur pematuhan bagi setiap bidang operasi syarikat; Memeriksa dan menyisat sebarang ketidakteraturan dalam operasi syarikat; Membantu dalam latihan dan mendidik anggota kakitangan tentang perkara pematuhan, perkembangan industri dan peraturan. 

Principal telah membangunkan satu set "Peraturan Tata Kelakuan Perniagaan" yang terpakai kepada semua pekerja yang menetapkan komitmen Principal untuk menjalankan perniagaanya secara sah dengan kredibiliti dan intergriti yang tinggi. Budaya menentukan bahawa pematuhan adalah tanggungjawab setiap pekerja. Principal juga mempunyai Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) ditetapkan yang memperincikan pelan sandaran syarikat untuk semua sistem utama dan pelaksanaan operasi sekiranya berlaku bencana.

Pengurusan Risiko 

Pengurusan risiko Principal terdiri daripada kumpulan pengurusan risiko dan pematuhan yang khusus dan ahli jawatankuasa pelaburan.

Pasukan ini bekerja seiring dengan pasukan pelaburan untuk memastikan tahap risiko yang memenuhi jangkaan sasaran prestasi keseluruhan pelanggan yang ditetapkan terhadap penanda aras yang sesuai. Portfolio dibina dan diuruskan dalam garis panduan yang telah ditentukan seperti belanjawan risiko yang akan dipantau secara teratur.

Jawatankuasa Pelaburan 

Principal telah melantik jawatankuasa pelaburan untuk dana, selaras dengan keperluan di bawah garis panduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Jawatankuasa pelaburan kini terdiri daripada lima (5) ahli termasuk dua (2) ahli bebas.

Yoon Mun Thim | PengerusiAhli bebas
Nor' Azamin SallehAhli bebas
Wong Joon HianAhli bebas
Uday JayaramAhli bukan bebas
May TongAhli bukan bebas


Pada umumnya, jawatankuasa pelaburan bermesyuarat sekali sebulan dan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa pengurusan pelaburan dana adalah konsisten dengan objektif dana, surat ikatan, garis panduan SC dan undang-undang sekuriti yang berkaitan, sebarang sekatan dan dasar pelaburan dalaman pengurus, serta amalan pengurusan pelaburan yang boleh diterima dan berkesan dalam industry unit amanah.

Dalam peranan ini, kuasa dan tugas jawatankuasa pelaburan termasuk merumus dan memantau pelaksanaan oleh pengurus strategi pengurusan pelaburan yang sesuai untuk dana dan pengukuran dan penilaian prestasi pengurus.

Ahli Jawatankuasa Pelaburan 

Yoon Mun Thim*
Pengerusi, Jawatankuasa Pelaburan 
Ahli Bebas

Pengalaman:
Yoon mempunyai pengalaman selama 28 tahun dalam industri kewangan, 19 tahun darinya dengan jawatan Ketua Pegawai Pelaburan. Baru-baru ini, beliau adalah Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan di Great Eastern Life Assurance Co Ltd, yang bertanggungjawab untuk merangka strategi pelaburan dan pengurusan semua pelaburan dalam Kumpulan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah dalam syarikat pengurusan aset di Singapura dan ahli Jawatankuasa Pelaburan dalam pelbagai dana hartanah swasta. 

Kelayakan:
Sarjana Muda Seni (Kepujian) dari Cambridge University, Sarjana Sastera (Kepujian) dari Cambridge Univeristy, Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Warwick Business School, University of Warwick dan CFA Charterholder.

Nor' Azamin Salleh*
Ahli Bebas 

Pengalaman:
Nor Azamin mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam industri pengurusan dana dan perkhidmatan kewangan. Beliau juga pernah memegang jawatan penting dalam syarikat pengurusan dana terkemuka iaitu Maybank Asset Management Group, Asian Islamic Investment Management dan Commerce Asset Fund Managers. Kini, beliau merupakan pengerusi dan pengasas-bersama Ficus Venture Capital Sdn Bhd, sebuah syarikat modal teroka yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti. 

Kelayakan:
Seorang Akauntan Bertauliah dan Perancang Kewangan yang diperakui, Nor Azamin mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari Australian National University dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari OU Business School, United Kingdom. Beliau telah mengikuti Program Pengurusan Eksekutif oleh Wharton Business School yang ternama dan Universiti Tsinghua.

Wong Joon Hian*
Ahli Bebas 

Pengalaman:
Wong menjadi pengarah bukan eksekutif bebas untuk Principal Asset Management Berhad sejak 22 Ogos 2007. Beliau telah mengumpul lebih daripada 30 tahun pengalaman bekerja dalam bidang audit, perakaunan, perkhidmatan kewangan dan pengurusan korporat. Beliau memulakan kerjayanya apabila menyertai Price Waterhouse & Co. di England selepas memperoleh kelayakan sebagai Akauntan Bertauliah pada tahun 1973. Beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1975 dan bekerja untuk Price Waterhouse (kini dikenali sebagai PricewaterhouseCoopers PLT), Malaysia sehingga tahun 1985. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Pengurus Teknikal untuk Malaysian Association of Certified Public Accountants dari tahun 1986 sehingga beliau dilantik sebagai Pengurus Besar-Operasi untuk Supreme Finance (Malaysia) Berhad pada bulan Disember 1987. Selepas Mayban Finance Berhad telah menyelesaikan pengambilalihan Supreme Finance (Malaysia) Berhad dalam 1991, beliau menyertai BDO Binder sebagai Juruaudit Utama sehingga tahun 1994 apabila beliau menyertai Advance Synergy Berhad. Beliau dilantik sebagai pengarah urusan United Merchant Group Berhad (kini dikenali sebagai Advance Synergy Capital Sdn Bhd) pada tahun 1995. Semasa tempoh dari 1995 hingga 2007, beliau merupakan pengarah Ban Hin Lee Bank Berhad, Southern Investment Bank Berhad dan United Merchant Finance Berhad. Pada ketika ini, beliau adalah pengarah di beberapa syarikat di bawah Kumpulan Advance Synergy Berhad dan Kumpulan CIMB Group Holdings Berhad. Beliau juga merupakan pengarah bukan eksekutif bebas untuk Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd (dahlunya dikenali sebagai CIMB-Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd). 

Kelayakan:
Ahli Malaysian Institute of Certified Public Accountants dan Malaysian Institute of Accountants dan ahli seumur hidup untuk Institute of Chartered Accountants di England dan Wales.

Uday Jayaram
Ahli Bukan Bebas
Pengarah Urusan Eksekutif, Ketua Asia Tenggara.

Pengalaman:
Uday mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang audit, perundingan pengurusan, penyelidikan ekuiti, penjualan institusi, pasaran modal, perniagaan bursa terutamanya, di industri minyak dan gas. Beliau memulakan kerjayanya dengan kumpulan institusi kewangan dalam bahagian audit Ernst and Young, London. Sebagai tambahan kepada beberapa pelanggan global seperti HSBC, ABB Group dan IKEA, Uday beruntung mendapat pengalaman dalam projek-projek untuk Bank Dunia yang merangkumi penstrukturan semula bank-bank di Kazakhstan. Setelah Uday kembali ke Malaysia, dengan pengalaman penyelidikan dan penjualan ekuiti, menyaksikan beliau berkhidmat dengan Deutsche Morgan Grenfell, CIMB, ING Financial Markets dan Macquarie Capital Securities di mana beliau adalah Pengarah Bahagian dan Ketua Ekuiti perniagaan Malaysia. Melangkah ke Bursa Malaysia, Uday adalah Ketua Pasaran Sekuriti Global yang bertanggungjawab dalam keseluruhan untuk pengembangan perniagaan ekuiti tunai bursa. Uday juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Peserta Pasaran Bursa dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Indeks FTSE Bursa. Sebelum berkhidmat dengan Principal, Uday adalah Wakil Presiden Kanan Pembangunan Korporat di Hibiscus Petroleum Bhd di mana beliau terlibat dalam strategi korporat, perancangan perniagaan, pembiayaan hutang dan ekuiti dan hubungan pelabur.

Kelayakan:
Uday memiliki ijazah BSc Ekonomi jurusan Perakaunan dan Kewangan dari London School of Economics dan merupakan Chartered Accountant yang berkelayakan dengan Institute of Chartered Accountants di England dan Wales (ICAEW).

May Tong
Ahli Bukan Bebas
CFA Pengarah Urusan & Pengurus Portfolio

Pengalaman:
May adalah Pengarah Urusan dan Pengurus Portfolio di Principal Global Asset Allocation (PGAA), kepakaran butik pelaburan khusus dalam Principal Global Investors yang memberi tumpuan kepada strategi pelbagai aset dan penyelesaian. Beliau bertanggungjawab untuk menguruskan rangkaian strategi Dynamic Outcomes yang menyediakan penyelesaian berorientasikan hasil kepada pelanggan global.

Sebelum menyertai Principal pada tahun 2021, May adalah SVP dan Pengurus Portfolio Kanan dengan kumpulan Franklin Templeton's Investmen Solutions membangun dan mengurus strategi dan penyelesaian pelbagai aset global termasuk tarikh sasaran, risiko sasaran, 529 rancangan, pendapatan persaraan dan portfolio model. Sebelum ini, beliau juga merupakan Pengurus Portfolio dan Ketua Pelaksanaan Portfolio & Pengurusan dengan kumpulan Voya's Multi-Asset Solutions. May memulakan kerjayanya dengan Merrill Lynch Investment Management dan kemudiannya menyertai ING Investment Management (sekarang Voya IM) di mana beliau menguruskan portfolio ekuiti kuantitatif dan ekuiti indeks.

Kelayakan:
May mempunyai MBA dari Columbia University, ijazah sarjana muda dalam bidang kewangan dan perakaunan dari Boston College, dan telah memperoleh jawatan sebagai Penganalisis Kewangan Bertauliah.

 

*Ahli bebas

Maklumat Kewangan 

Dalam RM2018

 
2019202020212022
Modal saham berbayar
 
438,000,000438,000,000438,000,000438,000,000438,000,000
Dana pemegang saham
 
599,067,403615,629,483651,312,375661,757,701645,470,221
Hasil
 
559,532,712479,592,224560,094,465712,807,330505,939,786
Keuntungan atau kerugian sebelum cukai
 
113,179,961148,111,399162,410,124157,929,043138,912,806
Keuntungan atau kerugian selepas cukai
 
97,823,154146,562,080152,682,892145,445,326124,712,520

 

Jumlah Keseluruhan Dana dan Keseluruhan Nilai Dana di bawah Pengurusan 

Pada 31 Mac 2024.

Jumlah Nilai Aset Di Bawah Pengurusan (Unit Amanah + Mandat + PRS) - RM 74.032 bilion.

Jumlah Bilangan Dana
63 Dana Unit Amanah Konvensional (termasuk 2 Dana Pertukaran Dagang)
31 Unit Amanah Islam
20 Dana PRS
 

Penasihat Shariah

Amanie Advisors Sdn Bhd (''Amanie'')

Amanie merupakan penasihat syariah, perunding, latihan dan penyelidikan dan pembangunan Syariah bagi pelanggan institusi dan korporat yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan kewangan Islam. Ia sebuah syarikat penasihat Syariah yang berdaftar bagi unit amanah Islam dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Amanie ditubuhkan dengan matlamat menangani keperluan global untuk input proaktif oleh pakar dan sarjana Syariah. Ini akhirnya membolehkan pemain dalam industri untuk mengurus dan mencapai matlamat perniagaan dan kewangan mereka mengikut Prinsip Syariah.

Peranan Penasihat Syariah ialah:
1. Memastikan bahawa dana diuruskan dan ditadbirkan mengikut Prinsip Syariah.
2. Memberi kepakaran dan bimbingan dalam semua perkara yang berkaitan dengan Prinsip Syariah, termasuk dalam surat ikatan dan prospektus Dana, struktur dan proses pelaburannya, dan perkara-perkara berkaitan operasi dan pentadbiran yang lain.
3. Berunding dengan SC di mana wujudnya kekaburan atau ketidakpastian mengenai sesuatu pelaburan, instrumen, sistem, prosedur dan/atau proses.
4. Bertindak dengan sewajarnya, berkemahiran dan munasabah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
5. Bertanggungjawab untuk meneliti laporan pematuhan Dana sebagaimana yang diberikan oleh pegawai pematuhan dan laporan urus niaga pelaburan yang disediakan oleh, atau diluluskan oleh Pemegang Amanah untuk memastikan bahawa pelaburan Dana itu selaras dengan Prinsip Syariah.
6. Sediakan laporan untuk dimasukkan ke dalam laporan interim dan tahunan Dana yang mengesahkan sama ada Dana telah diuruskan dan ditadbir mengikut Prinsip Syariah untuk tempoh berkenaan.

Dengan lebih daripada empat belas (14) tahun pengalaman dalam peranan penasihat untuk unit amanah, Amanie sehingga kini menguruskan lebih daripada 170 dana di dalam dan luar negara.

Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar 
Pengerusi Eksekutif, Amanie Advisors Sdn Bhd 
Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Amanie Advisors, salah sebuah syarikat utama Kumpulan Amanie kini menabur khidmat di beberapa bandar utama dunia. Tan Sri Dr. Daud juga menyumbang bakti sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Astana International Financial Centre (AIFC), Kazakhstan, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, First Abu Dhabi Bank (UAE), dan juga Permodalan Nasional Berhad (PNB). 

Tan Sri Dr. Daud memainkan peranan penting sebagai ahli Badan Penasihat Syariah pelbagai institusi kewangan global, antaranya National Bank of Oman (Oman), Amundi Asset Management (Perancis), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London and Middle East (London), BNP Paribas (Bahrain) dan Dow Jones Islamic Market Index (New York). 

Terbaru, Tan Sri telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Dalam dunia korporat pula, beliau berperanan sebagai ahli Jawatankuasa Pelaburan, PNB selain dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-8. Sebelum ini, beliau pernah diberi kepercayaan menganggotai Lembaga Pengarah Sime Darby Property Berhad, dan bertindak sebagai bekas Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Di samping itu, beliau juga adalah pengasas bersama (co-founder) Experts Analytics Centre Sdn. Bhd. dan MyFinB Sdn. Bhd. Beliau juga Pengerusi Berry Pay Sdn. Bhd., KAB Gold Dynamic Sdn. Bhd., Bio Fluid Sdn. Bhd., Bio-Angle Vacs Sdn. Bhd., Data Sukan Sdn. Bhd., Tulus Digital Sdn. Bhd., dan Amanie-Afra Halal Capital Co (Bangkok). 

Pada 2014, beliau dianugerahkan gelaran “Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 2014” oleh KDYMM Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan. Di bawah terajunya, Amanie Advisors membuktikan keunggulan sebagai penerima “Anugerah Prasarana Ilmu Ekonomi Islam” semasa Sidang Kemuncak Ekonomi Islam Global di Dubai pada 2015 daripada Raja Dubai, Sheikh Mohamed Rashid AlMaktoum. Pada 13 November 2021, beliau diberi darjat kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran “Tan Sri”.  

Beliau mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah di University of Kuwait pada 1988 dan seterusnya memperoleh Ph.D. dari University of St Andrews, United Kingdom pada 1993. Beliau terus menggali ilmu dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens di Universiti Malaya pada 2002.  

Permata inteleknya terus menerima pengiktirafan apabila buku pertamanya, “Shariah Minds in Islamic Finance: An Inside Story of A Shariah Scholar” (Minda Syariah Kewangan Islam: Kisah Balik Tabir Perspektif Cendekiawan Syariah) muncul sebagai penerima anugerah “Islamic Finance Book of the Year 2016” oleh the Global Islamic Finance Award (GIFA) 2016). Buku beliau yang seterusnya “An Insightful Journey Into Emirates Airline Sukuk : Pushing The Boundaries of Islamic Finance” juga menerima penganugerahan daripada GIFA 2017 iaitu “Best Islamic Finance Case 2017”. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan 28 karya penulisan dalam pelbagai genre.

Suhaida Mahpot, CSAA
Ketua Pegawai Eksekutif, Amanie Advisors Sdn Bhd
Suhaida Mahpot ialah Ketua Pegawai Eksekutif bagi Amanie Advisors di pejabat Kuala Lumpur. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi dan Kewangan Islam) daripada Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga sijil professional Certified Shariah Advisor and Auditor (CSAA) daripada Accounting and Auditing Organisation of Islamic Financial Institution (AAOIFI).

Beliau menyertai Amanie pada tahun 2008 dan merupakan salah seorang perintis dalam syarikat. Beliau merupakan pakar dalam penasihat sukuk dan telah menasihat pelbagai sukuk di peringat tempatan mahupun antarabangsa. Salah satu sukuk yang dinasihatkan beliau bersama-sama dengan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar telah dinobatkan sebagai Best Securitisation Sukuk di The Asset Triple A Islamic Finance Award (2020). Selain daripada penasihat sukuk, fokus utama beliau adalah tadbir urus Shariah, pengstrukturan, penambahbaikan dan proses penukaran, penubuhan entiti-entiti kewangan Islam serta pembangunan produk-produk Islam. Kerjaya beliau dalam industri kewangan dan perbankan pula bermula sebagai pelatih di bawah Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). 

Sebelum menyertai Amanie, beliau telah bekerja Affin Investment Bank Berhad pada tahun 2006 sebagai eksekutif di Jabatan Pasaran Hutang dan Modal. Beliau telah menyiapkan pelbagai perjanjian pembiayaan projek menggunakan instrumen sekuriti hutang persendirian termasuklah infrastruktur dan utiliti, hartanah, perladangan dan banyak lagi.  

Antara individu yang dirujuk untuk Perkara Berkaitan Syariah;

Ahmad Anas Fadzil, CSAA, CIPA 
Perunding Kanan, Amanie Advisors Sdn Bhd
Ahmad Anas ialah Konsultan Kanan bagi Amanie Advisors di pejabat Kuala Lumpur. Sebagai salah seorang ahli global Amanie, fokus utama beliau adalah menasihati dan menyempurnakan projek-projek perkhidmatan kewangan Islam merentasi benua dalam isu-isu yang strategik dan juga produk-produk serta instrumen-instrumen Patuh-Syariah. 

Sebelum menyertai Amanie, beliau bekerja di Sigur Ros untuk projek Turkey’s Project of Century: Turkish Republic North Cyprus Water Supply di mana beliau telah dipertanggungjawabkan sebagai Projek Akauntan beroperasi di Turki. Antara tanggungjawab beliau adalah penyedian pelbagai laporan berkaitan dengan Projek Akaun. Selain itu, beliau juga merupakan juru audit di firma Ernst & Young, Kuala Lumpur di Jabatan Perkhidmatan Kewangan Global, di mana beliau terlibat dalam penyedian kerja-kerja audit bagi institusi-institusi kewangan. 

Ahmad Anas ialah Ahli Bersekutu bagi Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS) dan memegang sijil professional Certified Shariah Advisor and Auditor (CSAA) dan Certified Islamic Public Accountant (CIPA) daripada Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institution (AAOIFI). Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Kewangan Islam (MSc) daripada The Global University of Islamic Finance (INCEIF) dan merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Turki. 

Muhammad Hafizuddin
Penolong Perunding, Amanie Advisors Sdn Bhd
Muhammad Hafizuddin berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan Islam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau didedahkan kepada perkhidmatan khidmat nasihat kewangan dan Syariah seperti penyaringan saham Syariah, pemantauan dan semakan kepatuhan semasa latihan bekerja dengan Amanie.

 

Subpengurus

Principal Asset Management (S) Pte. Ltd. (dahulunya dikenali sebagai CIMB-Principal Asset Management (S) Pte Ltd) ("Principal Singapura")

Subpengurus untuk:

  • Principal DALI Equity Fund (formerly known as CIMB Islamic DALI Equity Fund) (foreign portion)
  • Principal DALI Asia Pacific Equity Growth Fund (formerly known as CIMB Islamic DALI Asia Pacific Equity Growth Fund) (foreign portion)
  • Principal Islamic Lifetime Balanced Fund (formerly known as CIMB Islamic Balanced Fund) (foreign portion)
  • Principal Asia Titans Fund (formerly known as CIMB-Principal Asian Equity Fund)
  • Principal China-India-Indonesia Opportunities Fund (formerly known as CIMB-Principal China-India-Indonesia Equity Fund)
  • Principal Titans Growth & Income Fund (formerly known as CIMB-Principal Equity Growth & Income Fund) (foreign portion)
  • Principal Titans Income Plus Fund (formerly known as CIMB-Principal Equity Income Fund) (foreign portion)
  • Principal Global Titans Fund (formerly known as CIMB-Principal Global Titans Fund) 
  • Principal Asia Pacific Dynamic Income Fund (formerly known as CIMB-Principal Asia Pacific Dynamic Income Fund)
  • Principal Asia Pacific Dynamic Income Fund (formerly known as CIMB-Principal Asia Pacific Dynamic Income Fund)
  • Principal Asia Pacific Dynamic Mixed Asset Fund (formerly known as CIMB-Principal Asia Pacific Dynamic Mixed Asset Fund)
  • CIMB-Principal Asia Pacific Target Return Fund 1
  • Principal Dynamic Growth Fund (formerly known as CIMB-Principal Dynamic Growth Fund) 

Principal Asset Management Berhad ("Principal Malaysia") telah melantik Principal Singapura sebagai Subpengurus untuk dana yang dinyatakan di atas, dan telah diberikan budi bicara untuk mengurus, merealisasikan, melabur, melabur semula atau walau apa jua cara menangani sebahagian daripada dana yang diperuntukkan kepada pelaburan asing mengikut objektif pelaburan untuk setiap dana ini. Pihak berkuasa budi bicara Subpengurus ke atas pelaburan asing semua dana ini tertakluk kepada Garis Panduan Dana Unit Amanah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan dasar dan prosedur dalaman.

Principal Malaysia akan bertanggungjawab untuk menyemak, memantau dan mengawasi Principal Singapura dalam melaksanakan tugas dan kewajipannya berkenaan dengan dana-dana ini.

Principal Singapura telah diperbadankan di Singapura pada 18 Mei 2006, dan telah berada di dalam industri pengurusan dana selama lebih daripada sepuluh (10) tahun. Syarikat ini merupakan anak syarikat milik penuh Principal Malaysia. Principal Singapura adalah sebuah syarikat pengurusan aset serantau yang ditubuhkan di Singapura menawarkan perkhidmatan pengurusan untuk dana Islamik dan konvensional. Syarikat ini menguruskan aktiviti pelaburan serantau untuk kumpulan syarikat Principal Asset Management.

Principal Singapura adalah pengurus dana berlesen yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Monetari Singapura. Syarikat ini merupakan Pengurus Dana untuk 40 ETF CIMB FTSE ASEAN dan beberapa akaun budi bicara lain dan SGD3.9 bilion dalam Aset Di bawah Pengurusan setakat 31 Disember 2018.

Lembaga Pengarah Principal Asset Management (S) Pte. Ltd.

Christopher Leow, Pengarah & Ketua Pegawai Pelaburan
Alejandro Elias Echegorri Rodriguez, Pengarah

Principal Global Investors, LLC (“PGI”)
Subpengurus untuk:

  • Principal Global Millennial Equity Fund (MILEF)
  • Principal Islamic RetireEasy 2060 (iRE60)
  • Principal Islamic RetireEasy 2050 (iRE50)
  • Principal Islamic RetireEasy 2040 (iRE40)
  • Principal Islamic RetireEasy 2030 (iRE30)
  • Principal Islamic RetireEasy Income (iREI)
  • Principal RetireEasy 2060 (RE60)
  • Principal RetireEasy 2050 (RE50)
  • Principal RetireEasy 2040 (RE40)
  • Principal RetireEasy 2030 (RE30)
  • Principal RetireEasy Income (REI)

PGI dilantik sebagai Subpengurus untuk semua dana di atas. Sebagai Subpengurus, PGI bertanggungjawab terhadap fungsi pengurusan pelaburan dana, yang memberikannya dengan budi bicara untuk mengurus, merealisasikan, melabur, melabur semula atau walau apa jua cara menangani dana selaras dengan objektif pelaburan dana. Pihak berkuasa budi bicara Subpengurus ke atas pelaburan dana tertakluk kepada Garis Panduan Dana Unit Amanah dan/atau Garis Panduan mengenai Skim Persaraan Swasta yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan dasar dan prosedur dalaman. Principal Asset Management Berhad bertanggungjawab untuk menyemak, memantau dan mengawasi PGI dalam melaksanakan tugas dan kewajipannya berkenaan dengan dana-dana tersebut.

PGI adalah pemimpin pengurusan pelaburan global dan anak syarikat milik penuh Principal Financial Group® ("Principal®"), sebuah syarikat awam yang tersenarai di Bursa Saham New York di bawah simbol “ticker” PFG. Principal® diasaskan pada tahun 1879, mula menguruskan aset persaraan pada tahun 1941, dan hari ini mengendalikan empat segmen perniagaan utama: Principal Investor Global, Persaraan dan Perkhidmatan Pelabur, Principal Antarabangsa, dan Penyelesaian Insurans.

PGI dibentuk sebagai Syarikat Liabiliti Terhad Delaware pada tahun 1998 dan menjadi penasihat pelaburan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. pada 26 Oktober 1998 dengan lebih daripada enam dekad pengalaman dalam pengurusan aset untuk membentuk satu organisasi. Tidak ada perubahan besar organisasi atau pemilikan terhadap firma sejak penubuhannya.

Strategi butik berbilang PGI membolehkannya menyediakan penyelesaian pelaburan yang menyeluruh untuk pelanggannya dan merangkumi rangkaian butik pelaburan khusus dan pasukan dengan kepakaran khusus yang tertumpu dalam ekuiti, pendapatan tetap, hartanah, dan peruntukan aset, serta pengurusan mata wang, pengurusan nilai yang stabil, dan strategi pelaburan berstruktur lain.

Principal Global Equities ("PGE") ialah kumpulan pengurusan pelaburan khusus dalam PGI. PGE telah melabur dalam pasaran ekuiti global sejak tahun 1987 dan Principal kini mengurus lebih daripada AS$675.4 bilion jumlah aset, termasuk lebih daripada AS$442.4 bilion aset yang diuruskan oleh Principal Global Investors pada 31 Mac 2019. PGE menyediakan strategi fundamental aktif yang memberi tumpuan pelanggan dan penyelesaian sistematik di seluruh pasaran ekuiti seluruh dunia.

Individu utama bertanggungjawab untuk pengurusan pelaburan MILEF

Jeffrey A. Schwarte, CFA – Pengurus Portfolio
Jeff adalah pengurus portfolio untuk Principal Global Equities. Beliau juga bersama mengetuai pasukan penyelesaian sistematik global firma, yang bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengujian model, teknologi proprietari dan analisis pengurusan risiko untuk strategi fundamental dan sistematik firma tersebut. Beliau merupakan pengurus portfolio untuk beberapa strategi sistematik tersuai Amerika Syarikat, antarabangsa dan global dan banyak strategi aktif firma. Beliau menyertai kumpulan ekuiti pada tahun 2000 sebagai seorang penganalisis, dan dilantik sebagai pengurus portfolio pada tahun 2001. Beliau telah berkhidmat sebagai Principal sejak 1993, memegang pelbagai jawatan dengan firma seperti akauntan pelaburan dan juruaudit. Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam perakaunan dari University of Northern Iowa. Jeff telah memperoleh hak untuk menggunakan pangkat Penganalisis Kewangan Berkanun dan merupakan ahli untuk CFA Society.

Christopher Ibach, CFA – Pengurus Portfolio  
Chris adalah pengurus portfolio untuk Principal Global Equities. Beliau mengkhusus terutamanya dalam pengurusan strategi global, menyepadukan penyelidikan asas dan kuantitatif. Chris juga mengetuai inisiatif penyelidikan dan pembangunan lanjutan kami, termasuk penjajaran berterusan dengan pasukan sains data Principal, yang mengetuai penyelarasan komuniti universiti dan sumber rangkaian kepakaran kami yang semakin berkembang. Chris merupakan penyumbang utama kepada usaha penyelidikan dan pembangunan firma selama lebih dari satu dekad, termasuk pembangunan model untuk model pemilihan saham proprietari firma, pembinaan portfolio, dan alatan pengurusan risiko. Beliau menyertai firma pada tahun 2000 sebagai penganalisis penyelidikan ekuiti, yang mengkhusus dalam analisis syarikat-syarikat teknologi antarabangsa dan dilantik sebagai pengurus portfolio pada tahun 2002. Sebelum itu, Chris memperoleh pengalaman penyelidikan dan pembangunan selama enam tahun dengan Motorola, Inc. Beliau berkelulusan MBA dalam kewangan dan ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan elektrik dari University of Iowa. Chris telah memperoleh hak untuk menggunakan pangkat Penganalisis Kewangan Berkanun dan merupakan ahli CFA Institute.

Steven Larson – Pengurus Portfolio - Global Equities  
Steven ialah seorang Pengurus Portfolio untuk Principal Global Equities. Beliau mengkhusus terutamanya dalam pengurusan strategi pemodalan besar global. Steven memulakan kerjayanya di Principal pada tahun 1992 dan memegang beberapa peranan termasuk bersama menguruskan portfolio ekuiti antarabangsa terutamanya untuk pelanggan pelan institusi dan persaraan. Beliau juga secara langsung terlibat dalam pembangunan strategi ekuiti global pertama firma pada tahun 2002. Sebelum menyertai Principal pada tahun 2019, Steven berkhidmat sebagai seorang rakan kongsi dan pengurus portfolio untuk ekuiti antarabangsa di Arbor Capital Management, LLC dan kemudiannya sebagai pengarah urusan, pengurus portfolio untuk ekuiti antarabangsa di Winslow Capital Management (sekutu Nuveen/TIAA). Beliau menerima MBA dalam Kewangan dari University of Minnesota, Carlson School of Management dan ijazah sarjana muda dalam Kewangan dari Drake University. Steven telah memperoleh hak untuk menggunakan pangkat Penganalisis Kewangan Berkanun dan merupakan ahli CFA Institute.
 

Individu utama bertanggungjawab untuk pengurusan pelaburan Dana iRE60, iRE50, iRE40, iRE30, iREI, RE60, RE50, RE40, RE30 dan REI

Randy Welch – Pengurus Portfolio
Randy Welch ialah Pengarah Urusan, Pengurus Portfolio di Principal Global Asset Allocation (PGAA), sebuah butik pelaburan khusus dalam Principal Global Investors yang terlibat dalam penciptaan penyelesaian peruntukan aset. Beliau bertanggungjawab untuk menyelia pasukan Strategic Asset Allocation. Beliau telah menjadi pengurus portfolio untuk portfolio-portfolio Principal LifeTime Target Date sejak 2007 dan Principal Trust Hybrid Target Date Funds sejak penubuhannya pada tahun 2009. Beliau berkhidmat sebagai Pengurus Portfolio pada dana “multi-managed core/satellite funds” dan juga bertanggungjawab untuk Rancangan New Mexico 529. Randy menyertai Principal pada tahun 1989 dan telah berada dalam industri pelaburan sejak 1985. Randy menerima Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Drake dan ijazah sarjana muda dari Kolej Grand View. Randy ialah ahli gabungan Institut Penganalisis Kewangan Bertauliah (CFA).

Scott W. Smith – Pengurus Portfolio
Scott Smith ialah Pengurus Portfolio untuk Principal Global Asset Allocation (PGAA), sebuah butik pelaburan khusus dalam Principal Global Investors yang terlibat dalam penciptaan penyelesaian peruntukan aset. Scott terlibat dalam pengurusan portfolio Principal LifeTime, Principal LifeTime Hybrid Funds dan Principal LifeTime Hybrid CITs, serta beberapa mandat risiko sasaran institusi dan tawaran tarikh sasaran yang lain. Sebelum menjadi Pengurus Portfolio, Scott berkhidmat sebagai penganalisis dan bertanggungjawab membina dan mengekalkan model peruntukan aset. Sebelum menyertai PGAA, Scott ialah Pengurus Portfolio untuk beberapa portfolio indeks ekuiti A.S.. Scott menyertai Principal pada tahun 1999. Beliau menerima ijazah sarjana muda dalam Kewangan dari Iowa State University.

James Fennessey – Pengurus Portfolio
James ialah Pengurus Portfolio dalam Principal Global Asset Allocation (PGAA), sebuah butik pelaburan khusus dalam Principal Global Investors yang terlibat dalam penciptaan penyelesaian peruntukan aset. Beliau menyertai Kumpulan Kewangan Utama pada tahun 2000. Beliau telah menjadi pengurus portfolio untuk portfolio tarikh sasaran Principal LifeTime sejak 2007 dan Principal Trust Target Date CITs sejak penubuhannya pada tahun 2009. Beliau berkhidmat sebagai Pengurus Portfolio pada “multi-managed core/satellite funds” dan juga bertanggungjawab untuk Rancangan New Mexico 529. James lulus dari Truman State University dengan B.S. dalam Pentadbiran Perniagaan, dengan penekanan dalam Kewangan dan minor dalam Ekonomi. Beliau telah mendapat hak untuk menggunakan jawatan Penganalisis Kewangan Bertauliah dan merupakan ahli Institut CFA.

Principal Real Estate Investors, LLC
Sub-pengurus untuk Principal Global Real Estate Fund

Principal Global Investors merupakan peneraju pengurusan aset global dan ahli Principal Financial Group, yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan persaraan dan institusi sejak tahun 1841. Principal Real Estate Investors, LLC adalah anak syarikat milik penuh Principal Global Investors, LLC dan ahli untuk Principal. Principal Real Estate Investors, LLC adalah kumpulan hartanah yang dibina khusus atas platform bersepadu secara menegak, menggabungkan semua bidang hartanah komersial. Memiliki pengalaman lebih daripada 6 dekad dalam pelaburan dan pengetahuan dan hubungan lebih daripada 230 profesional pelaburan hartanah, kami menyediakan pelanggan kami dengan akses kepada peluang merentasi spektrum ekuiti awam dan swasta, pelaburan hutang awam dan hutang swasta, Principal Real Estate Investors telah memperoleh reputasi sebagai penyedia khidmat nasihat yang dipercayai dan membina platform pelaburan peringkat teratas.

Kepelbagaian kemampuan kami memberikan perspektif yang berbeza mengenai hartanah dan pasaran modal dan membolehkan kami menyampaikan penyelesaian pelaburan yang menjadi keinginan asas pelanggan global kami.

Sebagai Subpengurus Dana, Principal Real Estate Investors, LLC bertanggungjawab terhadap fungsi pengurusan Dana mengikut objektif pelaburan dan dalam parameter pelaburan, sekatan dan batasan Dana.

Berdasarkan saiz dan skop operasi kami, adalah menjadi kebiasaan bagi Principal Real Estate Investors LLC untuk terlibat dalam litigasi, kedua-duanya sebagai defendan dan sebagai plaintif. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan percaya bahawa sebarang tindakan litigasi yang masih belum selesai tidak boleh memberi kesan buruk terhadap perniagaan, kedudukan kewangan atau pendapatan bersih kami.

1. Kakitangan pengurusan utama untuk Principal Real Estate Investors – Sekuriti Hartanah Global: Pasukan Pengurusan Portfolio Global

Name:Kelly Rush, CFA
Jawatan:Ketua Pegawai Pelaburan
Pengalaman:Sebagai ketua sekuriti hartanah global, Kelly mengarahkan aktiviti amanah pelaburan hartanah domestik dan global (REIT) untuk Principal Real Estate Investors, unit hartanah yang khusus untuk Principal Global Investors.Beliau mempunyai pengalaman dalam kedua-dua akaun berasingan dan pengurusan dana terkumpul dan telah menguruskan portfolio saham hartanah sejak tahun 1997. Sebelum ini, Kelly mengambil bahagian dalam penstrukturan pinjaman gadai janji komersial untuk syarikat hartanah awam dan analisis bon amanah pelaburan hartanah yang diterbitkan. Beliau berkhidmat dalam bidang pelaburan hartanah sejak tahun 1987.
Kelayakan:Kelly memiliki MBA dalam pentadbiran perniagaan dan ijazah sarjana muda dalam bidang kewangan dari University of Iowa. Beliau memperoleh hak untuk menggunakan pangkat Penganalisis Kewangan Berkanun. Kelly merupakan ahli Iowa Society of Financial Analyst dan CFA Institute.
Name:Koh Shern Ling, CFA
Jawatan:Pengurus Portfolio, Sekuriti Hartanah
 Shern merupakan pengurus portfolio untuk Principal Real Estate Investors, unit hartanah khusus untuk Principal Global Investors. Beliau bertanggungjawab menyelidik sekuriti hartanah tersenarai di Asia Pasifik untuk strategi hartanah global pasukan. Shern menyertai firma pada awal tahun 2004. Beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif/CIO di OSK International Asset Management dengan menguruskan semua mandat pelaburan untuk perniagaan ekuiti awam dan swasta mereka di Singapura. Beliau berkhidmat sebagai penganalisis pelaburan di Fidelity International Ltd dari  2007 hingga 2011 dan bertanggungjawab untuk mengenal pasti peluang pelaburan sekuriti hartanah yang disenarai secara umum untuk dana global Fidelity.
Kelayakan:Shern memiliki ijazah sarjana muda dari Cambridge Universiti, ijazah sarjana dari Universiti Yale dan MBA dari Harvard Business School. Beliau memperoleh hak untuk menggunakan pangkat Penganalisis Kewangan Berkanun dan bertutur Bahasa Mandarin dan Bahasa Perancis.

 

2. Kakitangan pengurusan utama untuk Principal Real Estate Investors, Sekuriti Disokong Gadai Janji Komersial (CBMS): Pasukan Pengurusan Portfolio Global

Nama:Marc Peterson, CFA
Jawatan:Ketua Pegawai Pelaburan
Pengalaman:Marc merupakan pengarah urusan, pengurusan portfolio di Principal Real Estate Investors, kumpulan hartanah khusus untuk Principal Global Investors. Beliau bertanggungjawab untuk strategi pelaburan CMBS yang bersekutu dan tidak bersekutu untuk PGI dengan AUM semasa sebanyak $9.3B. Beliau menguruskan satu pasukan lapan orang profesional yang bertanggungjawab terhadap usaha wajar dan pemodelan semua peluang CMBS. Cadangan adalah berdasarkan gabungan analisis kredit dan nilai relatif dalam CMBS dan kelas aset pendapatan tetap lain. Marc menyertai firma itu pada tahun 1992. Sebelum peranannya sekarang, beliau adalah seorang akauntan untuk Principal Financial Group.
Kelayakan:Beliau menerima MBA dari Drake University dan ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan dari Luther College. Marc memperoleh hak untuk menggunakan pangkat Penganalisis Kewangan Berkanun dan ahli untuk CFA Institute. Beliau juga merupakan ahli CRE Financial Council.
Nama:Scott M.Carson, CFA
Jawatan:Pengarah – Pengurus Portfolio
Pengalaman:Scott adalah seorang pengarah - pengurus portfolio di Principal Real Estate Investors, kumpulan hartanah khusus untuk Principal Global Investors. Beliau bertanggungjawab untuk pengurusan portfolio CMBS yang bersekutu dan tidak bersekutu. Sebelum ini beliau melaksanakan fungsi penentuan harga, perlindungan nilai dan penilaian untuk program terbitan CMBS bagi Principal Real Estate Investors serta membangunkan strategi dan produk hartanah sebagai sebahagian daripada pasukan pembangunan perniagaan baharu.
Kelayakan:Scott menerima ijazah sarjana muda dalam bidang kewangan dari Iowa State University. Di samping itu, beliau memperoleh hak untuk menggunakan pangkat Penganalisis Kewangan Berkanun dan merupakan ahli CFA Institute.

Penyedia Penyumberan Keluar Dana

Deutsche Trustee Malaysia Berhad

Pengurus telah melantik Deutsche Trustee Malaysia Berhad untuk menyediakan perkhidmatan pentadbiran dan perakaunan dana. Ia merupakan anak syarikat milik penuh Deutsche Bank A.G. yang sudah membina kehadiran yang mantap di Kuala Lumpur sejak tahun 1967.

Peranan dan tanggungjawab Deutsche Trustee Malaysia Berhad termasuk menyimpan rekod yang sewajarnya, melaksanakan penilaian pelaburan dan perkhidmatan perakaunan dana, yang merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

• Mengekalkan rekod perakaunan kewangan portfolio termasuk semua data urus niaga, rekod dan buku lejar pelaburan;
• Pemantauan dan pencatatan tindakan korporat;
• Melakukan penyesuaian tunai dan sekuriti dengan institusi kewangan dan rekod penjagaan;
• Melakukan penilaian pelaburan dan Dana;
• Pemberian pakej pelaporan yang termasuk seperti berikut:

1. Penyata Aset dan Liabiliti
2. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan
3. Laporan Penilaian Portfolio
4. Jadual Urus Niaga

• Menyediakan maklumat yang relevan untuk memudahkan penyediaan penyata statistik untuk penyerahan kepada badan pengawalseliaan;

• Menyerahkan akaun/rekod perakaunan kepada juruaudit luaran yang dilantik dan memberikan maklumat yang relevan untuk pendedahan dalam penyata kewangan tahunan (sekiranya ada)

HSBC (Malaysia) Trustee Berhad

Pengurus menyumber keluar fungsi penilaian dananya kepada HSBC (Malaysia) Trustee Berhad ("HSBC"). HSBC bertanggungjawab untuk mengira NAB dana berdasarkan kaedah pengiraan yang dinyatakan dalam dokumen penawaran dana dan mengikut arahan pengurus.

HSBC (Malaysia) Trustee Berhad adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia sejak tahun 1937 dan didaftarkan sebagai sebuah syarikat amanah di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, dengan alamat berdaftarnya di Tingkat 13, Bangunan HSBC, Menara Selatan, No. 2, Leboh Ampang, 50100 Kuala Lumpur. Sejak 1993, Pemegang Amanah telah menimba pengalaman dalam pentadbiran amanah dan telah dilantik sebagai pemegang amanah bagi dana unit amanah, dana pertukaran dagangan, dana borong dan dana di bawah skim persaraan swasta.

Dana-dana yang disumber keluar kepada HSBC (Malaysia) Trustee Berhad;

  • Principal Emerging Markets Multi Asset Fund (formerly known as CIMB-Principal Emerging Markets Multi Asset Fund)
  • Principal US Mortgage Fund (formerly known as CIMB-Principal US Mortgage Fund)
  • Principal Global Preferred Securities Fund (formerly known as CIMB-Principal Preferred Securities Fund)
  • Principal China Multi Asset Income Fund (formerly known as CIMB-Principal China Multi Asset Income Fund)
  • Principal Global Income Fund (formerly known as CIMB-Principal Global Income Fund) 
  • Principal China Direct Opportunities Fund (formerly known as CIMB-Principal China Direct Opportunities Fund) 
  • Principal World Selection Conservative Fund 
  • Principal World Selection Moderate Conservative Fund 
  • Principal World Selection Moderate Fund 
  • Principal World Selection Moderate Aggressive Fund 
  • Principal World Selection Aggressive Fund 
  • Principal Islamic Global Sukuk Fund (formerly known as CIMB Islamic Global Sukuk Fund)


Pegawai pematuhan untuk Principal Asset Management Berhad ialah:

En. Irwan Bin Md Rejap 
Tel: +603 2084 8987 
E-mel: irwan.rejap@principal.com.my