Wong Loke Chin , Ketua Pegawai Pelaburan, Pendapatan Tetap

Wong Loke Chin adalah pengurus portfolio berpengalaman lebih daripada 29 tahun, yang relevan dalam menguruskan pelaburan pendapatan tetap domestik untuk pelanggan runcit, institusi, korporat dan insurans. Beliau juga mempunyai pengalaman lebih 12 tahun dalam menguruskan pelaburan pendapatan tetap global untuk pelabur institusi. Loke Chin menyertai Principal Asset Management Berhad (dahulunya dikenali sebagai CIMB Principal Asset Management Berhad) pada Januari 2005 dari CIMB’s Debt Markets and Derivatives Department, di mana beliau menguruskan portfolio pendapatan tetap pelanggan institusi. Sebelum menyertai CIMB pada tahun 2001, beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 6 tahun dalam pelaburan pendapatan tetap dalam industri insurans. 
 


Qualification: 
Loke Chin memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari University of New South Wales, Australia dan merupakan ahli Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia. Beliau memperoleh lesen Perwakilan pengurus dana pada Januari 2005.