Memahami pelaburan

Knowledge Centre Illustration

Melalui pelaburan, wang  anda akan bekerja keras untuk anda untuk mencapai pulangan yang lebih baik dan membantu mencapai matlamat masa depan anda. Walaupun pelaburan tidak semudah menyimpan wang dalam akaun simpanan, setiap penyimpan boleh menjadi pelabur. Kami mempunyai 3 langkah yang boleh digunakan sebagai panduan:

Apakah Pelaburan?

Melabur adalah satu cara untuk meningkatkan potensi jumlah wang yang anda miliki. Matlamatnya adalah untuk membeli pelaburan pada harga rendah, dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi.

Perbezaan antara simpanan dan pelaburan adalah:

  • Anda biasanya menyimpan wang dalam akaun bank atau hanya dengan menyimpannya di tempat yang selamat. Apabila anda melabur, anda membeli danadan menyimpan wang anda dalam akaun pelaburan..
  • Semasa menyimpan, peluang pulangan wang anda untuk bertambah lebih rendah, berbanding dengan apabila anda melabur. Melabur membantu anda mengatasi inflasi melalui faedahi dan memastikan kuasa beli wang anda tetap kukuh.
  • Simpanan biasanya diperuntukkan untuk matlamat jangka pendek, manakala pelaburan lebih sesuai untuk matlamat jangka panjang seperti persaraan.

3 panduan pelaburan

Anda mungkin berfikir, "Saya suka melihat pulangan wang saya bertambah. Bagaimanakah saya dapat memulakan pelaburan "3 panduan berikut boleh membantu anda merancang pelan pelaburan yang mantap.

1. Mula melabur secepat mungkin.
Lebih awal anda melabur, lebih banyak peluang yang ada untuk peningkatan potensi keuntungan pelaburan anda. Jadi melaburlah seawal yang mungkin.

2. Melabur selama mana yang anda mampu.
Apabila anda melabur tanpa jual beli dalam pasaran, anda boleh memperolehi pulangan yang lebih baik untuk wang pelaburan anda. Ia dipanggil pulangan berkompaunan yang bermakna anda akan memperolehi lebih banyak wang untuk persaraan anda.

3.Pelbagaikan pelaburan anda untuk mengurangkan risiko.
 Jika  anda meletak semua wang anda dalam satu jenis pelaburan, anda berisiko untuk mengalami kerugian jika pelaburan itu jatuh nilai. Tetapi jika anda mempelbagaikan pelaburan anda, anda boleh mengurangkan risiko kerugian  wang anda.

Melabur awal, dan dalam tempoh yang lama

Salah satu strategi pelaburan yang berkesan adalah mula lebih awal dan melabur dalam tempoh yang lebih lama, walaupun anda bermula dengan jumlah yang lebih kecil. Tempoh  yang lama  memberikan  pulangan dari kompaun yang  baik. Pulangan dari hasil kompaun amat berkesan kerana ia dapat memberi pulangan pendapatan yang baik

Jika anda masih baharu dalam kerjaya anda, jangan jadikannya penghalang untuk anda melabur.  Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Dalam jangka masa panjang, anda berpotensi untuk menikmati pulangan yang baik.

Pelbagaikan pelaburan anda untuk mengurangkan risiko

Risiko merupakan sebahagian daripada pelaburan.  . Walau bagaimanapun, terdapat cara untuk menguruskan risiko dalam portfolio pelaburan anda.

Cara paling mudah adalah melalui:

  • Kepelbagaian - ini bermakna anda meletakkan wang anda dalam pelbagai jenis pelaburan - anda boleh membantu mengurangkan risiko kerugian wang. Satu pelaburan mungkin mengalami kerugian nilai, tetapi kerugian tersebut boleh diselamatkan melalui pelaburan lain.
  • Peruntukan aset - melibatkan pembahagian portfolio pelaburan anda di antara kategori aset yang berbeza-seperti stok, bon, dan wang tunai. Cara mudah untuk mempelbagaikan pelaburan anda adalah melabur wang anda dalam dua kelas aset yang berbeza seperti dana unit amanah dan dana dagangan bursa (ETF). Kedua-dua produk ini biasanya mempunyai sejumlah besar saham dan pelaburan lain dalam dana, menjadikan kedua-duanya kelebihan dari segi kepelbagaian  stok.

Melabur adalah sesuatu yang boleh anda lakukan pada hari ini, esok atau apabila anda rasa sudah bersedia. Matlamatnya adalah  untuk meningkatkan nilai wang anda dalam tempoh masa yang tertentu melalui pulangan dari kesan kompaun -iniberpotensi untuk menambah daya beli wang anda pada masa akan datang dan membantu anda bersara dengan selesa.

Anda sudah bersedia untuk mula melabur?

Anda boleh mulakan hari ini tanpa menggunakan wang tunai melalui KWSP i-Invest. Menerusinya anda boleh menggunakan wang dalam akaun 1 KWSP anda, untuk melabur dalam dana unit amanah dan memaksimumkan simpanan persaraan anda. Klik disini untuk memulakan transaksi secara online.