Lim Khai Qi, Ketua, Pengurusan Risiko

Lim Khai Qi menyertai Principal Malaysia pada tahun 2017 sebagai Ketua Pengurusan Risiko meliputi wilayah ASEAN untuk risiko perusahaan, operasi dan pelaburan. Beliau sangat menghargai analisis risiko kerana latar belakang teknikal dan pengalamannya dalam domain pengurusan aset. Sebelum itu, beliau adalah Pengurus Risiko Kanan di Amundi di mana beliau mengawasi perniagaan Malaysia dan menyokong pasukan Pengurusan Risiko serantau yang berpusat di Singapura. Beliau telah memulakan kerjaya di dalam pengurusan risiko dengan AmInvest di mana jawatan terakhirnya adalah Ketua Risiko Pelaburan. Sebelum masuk ke dalam pengurusan risiko, beliau telah berkhidmat di Jabatan Strategi & Penyelidikan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, mempelopori pengembangan Pangkalan Data Pasaran Modal Malaysia.

Kelayakan:

Lim Khai Qi merupakan Pengurus Risiko Kewangan (FRM) yang diperakui. Beliau memiliki ijazah sarjanah sains (MSc) dalam Statistik Gunaan dari University of Oxford, United Kingdom dan Sarjana Muda Sains (BSc) dalam Matematik & Statistik dari University of Warwick, United Kingdom.