Munirah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua, Principal Asset Management Berhad (Kumpulan Syarikat), dan Pengarah Urusan, Pengedaran Strategik & Perhubungan Pelanggan Institusi (Asia Tenggara & Global Syariah)

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas

Munirah Khairuddin ialah Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management Berhad, yang bertanggungjawab terhadap pengurusan keseluruhan kumpulan syarikat di rantau Asia Tenggara. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan, Pengedaran Strategik & Pelanggan Institusi (Asia Tenggara & Global Syariah). Selain itu, Munirah turut berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat.

Munirah menyertai Principal pada November 2006 dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Malaysia pada Mei 2013.  Beliau telah memainkan peranan penting dalam memimpin syarikat untuk mengembangkan asetnya di bawah pengurusan (AUM), memperdalam kepimpinan runcitnya dengan tumpuan baru dalam ruang persaraan swasta dan penyelesaian digital yang inovatif untuk memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kewangan mereka, dan mengekalkan pengurusan risiko dan prestasi pelaburan yang konsisten. Di bawah kepimpinannya, Principal Malaysia telah memulakan perjalanan penting dalam memenuhi komitmennya ke arah Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG).

Sebelum Principal, Munirah bekhidmat sebagai ahli ekonomi dan ahli strategi G7 untuk syarikat minyak dan gas multinasional Fortune 500. Sebelum itu, beliau adalah pengurus portfolio pendapatan tetap untuk pasaran baru muncul di Rothschild Asset Management di London.


Kelayakan: 
Munirah ialah pemegang status Penganalisis Kewangan Bertauliah dan memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal untuk pengurusan dana. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Perakaunan & Analisis Kewangan daripada University of Newcastle Upon Tyne, United Kingdom. Beliau juga memiliki Sijil Eksekutif Kepimpinan daripada INSEAD Business School dan Wharton Business School, University of Pennsylvania.