Practices - Governance ethics & risks

Kami berbangga dengan legasi kami sebagai syarikat yang beretika—itulah yang membezakan kami dengan syarikat yang lain. Kecemerlangan operasi dan tadbir urus yang baik membantu kami berkhidmat untuk pihak berkepentingan dan kami percaya ia juga penting untuk kejayaan yang berterusan.

Our commitment - Governance ethics & risks

Komitmen kami

Kami akan beroperasi dengan penuh integriti dan memenuhi keperluan pihak berkepentingan.

Komitmen kami menyumbang secara langsung kepada Matlamat Pembangunan Lestari PBB yang berikut:

MENGURANGKAN KETIDAKSAMAAN  KERJASAMA DEMI MATLAMAT
 

Practices - Governance ethics & risk

Cara menilai

Setiap tahun, kami akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan dalam industri yang sama demi menuju matlamat pembangunan lestari. Sepanjang 2 tahun ini, kami banyak terlibat dalam kerjasama industri contohnya Jawatankuasa Peneraju Platform Pelaburan Mampan yang dianjurkan di bawah Pasaran Modal Malaysia, sebuah badan bersekutu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti dan mempertingkatkan kesedaran di kalangan orang ramai.

Bersama-sama dengan institusi bank dan penyedia insuran, keahlian kami dalam jawatankuasa peneraju yang dianjurkan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan SC, Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) , kami menilai produk yang sedia ada menjalani proses inovasi dalam usaha kami untuk menyokong ekonomi rendah karbon. Kami akan menilai bukan sahaja penyertaan malah kesan dan tindakan yang diambil hasil penglibatan kami dalam Majlis Pelabur Institusi Malaysia (IICM) bersama-sama ahli-ahli korporat dan institusi yang lain.

integrity at the core of our people - Governance ethics & risks

Integriti adalah teras amalan kami

Setiap perkara ada risikonya. Untuk mengurangkan risiko, kami mematuhi amalan terbaik dalam tadbir urus, pematuhan, keselamatan siber, tatakelakuan korporat dan juga hak asasi manusia. Walau bagaimanapun, integriti adalah teras perniagaan kami.
 

Practices - Governance ethics & risk

Tadbir Urus Korporat

  • Antirasuah
    Rasuah dan pecah amanah bukan sahaja bertentangan dengan nilai syarikat ini malah turut menyalahi undang-undang. Perbuatan ini boleh memberi risiko kepada pekerja dan syarikat dalam bentuk denda, penalti dan kerosakan reputasi.
     
  • Kod Tatalakelakuan Global (GCC)
    GCC merupakan dasar kami untuk tingkah laku beretika dan perlu dipatuhi oleh semua kakitangan.  Ia adalah lanjutan daripada nilai teras kami terutamanya dalam integriti. Ia terpakai kepada semua entiti milik penuh dan entiti pemilikan majoriti, serta Lembaga Pengarah Principal.