Malaysia Catat Peningkatan Menyeluruh dalam Keterangkuman Kewangan, Menurut Indeks Keterangkuman Kewangan Global oleh Principal®

Indeks tahunan ini menilai 42 pasaran berdasarkan tiga teras keterangkuman kewangan, serta menjejak kemajuan di peringkat global dan serantau.
Malaysia Catat Peningkatan Menyeluruh dalam Keterangkuman Kewangan, Menurut Indeks Keterangkuman Kewangan Global oleh Principal®
- Malaysia merupakan salah satu daripada dua negara yang mencatat peningkatan skor dalam sokongan keterangkuman kewangan daripada majikan, kerajaan dan sistem kewangan pada tahun 2025.
- Malaysia kekal di kedudukan ke-21 bagi keseluruhan keterangkuman kewangan, dengan peningkatan ketara dalam kedudukan bagi teras sokongan daripada majikan.
- Prestasi Asia Pasifik menunjukkan keputusan yang berbeza-beza, dengan skor keseluruhan rantau ini menurun sebanyak 0.5 mata berbanding tahun sebelumnya.
Kuala Lumpur, OKTOBER 21,2025 - Malaysia merupakan salah satu daripada dua negara di peringkat global yang mencatat peningkatan skor tahun ke tahun merentasi ketiga-tiga teras keterangkuman kewangan - sokongan kerajaan, sokongan sistem kewangan, dan sokongan majikan - menurut Indeks Kaji Selidik Keterangkuman Kewangan Global (GFII) 2025 (Indeks) oleh Principal Financial Group® dan Centre for Economics and Business Research (Cebr).
Sokongan daripada majikan telah meningkat sebanyak 0.8 mata berbanding tahun sebelumnya, manakala sokongan daripada kerajaan dan sistem kewangan masing-masing meningkat sebanyak 0.7 mata dan 0.1 mata.
Kini memasuki tahun keempat, Kaji Selidik Indeks ini meneliti peranan kerajaan, sistem kewangan dan majikan di 42 negara dalam memacu tahap keterangkuman kewangan yang lebih tinggi. Laporan ini menyediakan penilaian yang menyeluruh dan perbandingan terhadap keterangkuman kewangan di peringkat global dengan menilai kedudukan negara berdasarkan perbandingan antara negara-negara terlibat serta skor yang dicapai dalam ketiga-tiga teras sokongan. Di peringkat global, kemajuan dalam keterangkuman kewangan kini telah mendatar selepas mencatat kadar peningkatan yang ketara dalam masa dua tahun sebelumnya.
Sokongan majikan di peringkat global menunjukkan penurunan pada tahun ini berikutan tekanan ekonomi dan perniagaan, namun Malaysia melonjak sebanyak tujuh anak tangga ke kedudukan ketujuh. Walaupun negara lain mencatat penurunan dalam pelbagai penunjuk sokongan majikan, Malaysia meningkat dalam kedudukan bagi dua daripada empat penunjuk tersebut. Kenaikann paling ketara dicatatkan dalam penunjuk penyediaan panduan dan sokongan sistem kewangan, di mana Malaysia naik lapan tangga mencapaikedudukan ke-23.
Dalam teras sokongan kerajaan, Malaysia kekal di kedudukan ke-25 dengan peningkatan sebanyak 0.7 mata, disokong oleh penambahbaikan dalam bidang pendidikan dan akses (pendidikan kewangan yang disediakan oleh kerajaan, keterhubungan digital dan inisiatif berkaitan persaraan). Secara keseluruhannya, perubahan ini menunjukkan asas yang semakin kukuh ke arah ketahanan kewangan jangka panjang.
Dalam teras sokongan sistem kewangan, Malaysia menunjukkan peningkatan, disokong oleh akses kepada kredit, pemerkasaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta keyakinan perniagaan - namun kedudukan pasaran menurun tiga anak tangga kepada tangga ke-19 berikutan peningkatan yang lebih pantas oleh pasaran lain.
Munirah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua, Principal Asset Management Berhad (Kumpulan Syarikat) berkata: "Peningkatan prestasi Malaysia tahun ini dalam ketiga-tiga teras keterangkuman kewangan merujuk kepada langkah-langkah reformasi domestik dan pengaruh global yang lebih meluas. Sokongan daripada majikan telah meningkat walaupun mencatatkan penurunan di banyak negara lain di seluruh dunia. Ini didorong oleh pelaksanaan projek perintis Dasar Gaji Progresif, penstrukturan semua 'Akaun 3' Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), serta penerimaan skim Earned Wages Access yang lebih meluas telah membolehkan isi rumah mengurus tekanan kewangan dengan lebih fleksibel. Daripada segi sistem kewangan, peningkatan sederhana dalam keyakinan perniagaan, pertumbuhan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) serta akses kepada kredit disokong oleh pelaksanaan berterusan liputan 5G dan hala tuju dasar yang digariskan dalam Rangka Kerja Keterangkuman Kewangan oleh Bank Negara Malaysia.
Langkah-langkah ini penting memandangkan latar belakang global - dengan keadaan pembiayaan yang lebih ketat, ketidaktentuan perdagangan dan aliran modal yang berubah-ubah. Pengalaman Malaysia menunjukkan bagaimana pelaburan struktur yang konsisten, serta dengan reformasi bersasar dapat mengurangkan kesan tekanan luaran dan menyokong pertumbuhan yang lebih berdaya tahan dan inklusif dalam jangka panjang."
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai laporan penuh dan Indeks Keterangkuman Kewangan Global, sila layari laman sesawang di sini.
Penemuan utama daripada Indeks Keterangkuman Kewangan Global:
- Skor keseluruhan keterangkuman kewangan global berada pada 49.4 daripada 100 - menunjukkan penurunan kecil sebanyak 0.2 mata berbanding tahun 2024.- Namun begitu, skor ini adalah jauh lebih tinggi berbanding 41.7 semasa Indeks ini mula diperkenalkan pada tahun 2022. Pada tahun 2025, 20 pasaran mencatat peningkatan tahunan dalam skor keterangkuman kewangan mereka, manakala 19 daripada 42 pasaran yang dianalisis menunjukkan penurunan.
 
- Sokongan majikan menurun di peringkat global, dengan skor keseluruhan dunia menurun sebanyak 0.6 mata.- Sebanyak 35 daripada 42 pasaran (83%) mencatat penurunan dalam skor sokongan majikan - menunjukkan dengan jelas bahawa kesan risiko geopolitik dan perdagangan terhadap keyakinan perniagaan telah mendorong syarikat untuk mengambil pendekatan yang lebih konservatif terhadap faedah pekerja dan inisiatif fleksibiliti.
 
- Apabila sokongan daripada majikan berkurangan, kerajaan dan sistem kewangan meningkatkan usaha untuk memperkukuh akses serta pemahaman terhadap produk dan perkhidmatan kewangan.- Di peringkat global, skor sokongan kerajaan meningkat sebanyak 0.6 mata, dengan peningkatan dicatatkan di semua rantau utama. Di rantau berpendapatan tinggi seperti Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah, skor sistem kewangan turut meningkat. Secara keseluruhan, 35 pasaran mencatat peningkatan tahun ke tahun bagi salah satu atau kedua-dua skor sokongan kerajaan dan sistem kewangan.
 
- Pemodelan terperinci menunjukkan bahawa tahap literasi kewangan yang lebih tinggi membawa kepada pengurusan hutang yang lebih baik serta kos pinjaman yang lebih rendah.- Peningkatan 1% dalam tahap literasi kewangan dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 2.8% dalam kadar kegagalan bayaran pinjaman seisi rumah dan penurunan sebanyak 6.7% dalam nisbah hutang kepada pendapatan seisi rumah. Kesan ini memberikan manfaat ketara kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) dalam jangka panjang.
 
Peningkatan keterangkuman kewangan di Malaysia mempunyai implikasi yang bermakna kepada rakyat Malaysia - terutamanya dari segi akses yang lebih luas kepada perkhidmatan dan sumber kewangan, serta pemerkasaan ekonomi.
Nota kepada editor
- "Global" merangkumi 42 negara yang dikaji dalam Indeks ini.
- Bagi memastikan konsistensi dalam perbandingan tahun ke tahun, keputusan tahun 2024 yang dibentangkan dalam Indeks Keterangkuman Kewangan Global (GFII) tahun ini telah diselaraskan semula bagi mencerminkan kemasukan semula Israel ke dalam Indeks. Pelarasan ini memastikan kedudukan bagi tahun 2024 dan 2025, serta keputusan sejarah sebelum tahun 2024, adalah berdasarkan sampel pasaran yang sama. Hasilnya, mungkin terdapat sedikit perubahan dalam kedudukan beberapa pasaran berbanding keputusan asal yang diterbitkan bagi tahun 2024, namun skor asas kekal konsisten dari segi metodologi.
Mengenai Indeks Keterangkuman Kewangan Global
Indeks Keterangkuman Kewangan Global menyenaraikan 42 negara berdasarkan tiga teras keterangkuman kewangan - sokongan kerajaan, sistem kewangan dan majikan menggunakan data awam dan sumber berdasarkan tinjauan. Teras-teras ini mewakili pihak berkepentingan utama yang bertanggungjawab mempromosikan keterangkuman kewangan dalam kalangan populasi. Indeks ini meneliti cabaran dan peluang dalam usaha meningkatkan akses kepada produk dan perkhidmatan kewangan yang berguna serta mampu milik bagi memenuhi keperluan individu - termasuk urus niaga, pembayaran, simpanan, kredit dan insurans.
Pengiraan Indeks ini dijalankan oleh Principal dengan kerjasama Centre for Economics and Business Research (Cebr). Kaedah yang digunakan menggabungkan pelbagai sumber data ke dalam satu ukuran menyeluruh bagi keterangkuman kewangan di peringkat pasaran.
Mengenai Principal Financial Group
Principal Financial Group• (Nasdaq: PFG) merupakan sebuah syarikat kewangan global dengan 20,000 kakitangan' yang berdedikasi untuk meningkatkan kekayaan dan kesejahteraan individu serta perniagaan. Telah beroperasi selama 146 tahun, kami telah membantu lebih daripada 70 juta pelanggan' merancang, melindungi, melabur, dan bersara, sambil menyokong komuniti di mana kami beroperasi dan membina tenaga kerja yang pelbagai dan inklusif. Principal-berbangga diiktiraf sebagai salah satu Syarikat Paling Etika di Dunia 2025}, dan dinamakan sebagai "Tempat Terbaik untuk Bekerja dalam Pengurusan Wang"." Dapatkan informasi lanjut mengenai Principal dan komitmen kami terhadap kelestarian, keterangkuman, dan tujuan di principal.com.
1 Setakat 30 Jun 2025
2 Ethisphere, 2025
3 Pensions & Investments, 2024
Mengenai Centre for Economics and Business Research (Cebr)
Centre for Economics and Business Research (Cebr) adalah firma perunding ekonomi bebas yang terkenal dengan nasihat perniagaan yang kukuh berdasarkan penyelidikan yang menyeluruh dan bermakna. Sejak tahun 1992, Cebr telah berada di barisan hadapan dalam penyelidikan berkaitan perniagaan dan kepentingan awam, menyediakan analisis, unjuran serta nasihat strategik kepada syarikat-syarikat utama di United Kingdom dan peringkat antarabangsa, institusi kewangan, jabatan dan agensi kerajaan, serta badan perdagangan. Untuk maklumat lanjut mengenai Cebr, sila layari www.cebr.com.
Indeks Keterangkuman Kewangan Global merupakan model proprietari yang dibangunkan berdasarkan andaian tertentu yang mungkin berubah, tidak dijamin, dan tidak seharusnya dijadikan asas utama bagi sebarang keputusan pelaburan.
© 2025 Principal Financial Services, Inc. Principale, Principal Financial Group8), serta Principal dan reka bentuk logonya ialah tanda dagangan berdaftar milik Principal Financial Services, Inc., sebuah syarikat dalam kumpulan Principal Financial Group di Amerika Syarikat, dan merupakan tanda dacangan serta tanda perkhidmatan Principal Financial Services, Inc. di pelbagai negara di seluruh dunia.
4877483-102025