Soalan Lazim (FAQ) - Platform pelaburan Principal melalui Touch ‘n Go eWallet

Bahagian 1: Maklumat am

1. Bagaimanakah pelaburan boleh dilakukan dengan Principal melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet?

Kini anda boleh melabur dalam dana Unit Amanah* (“Dana”) dengan Principal Asset Management Berhad (“Principal Malaysia”) melalui ciri GOfinance.

*Lihat FAQ no. 7 untuk penyenaraian dana.

2. Apakah ciri-ciri dalam ciri Pelaburan ini?

Terdapat dua ciri seperti di bawah:

CiriPenerangan
Save“Save” ialah ciri-ciri pelaburan berasaskan matlamat di mana anda boleh memilih matlamat pelaburan secara peribadi.
Invest“Invest” ialah ciri-ciri baharu yang membolehkan pelabur melabur serantau dalam dana-dana konvensioanal dan Islam untuk potensi pulangan yang lebih tinggi.
3. Apakah perbezaan antara GO+ dan Save/Invest?
 GO+Save/Invest
Tujuan Untuk kegunaan harian
Peroleh pulangan harian pada baki anda dan gunakannya untuk membuat pembayaran.
 
Untuk pelaburan
Pilihan untuk mempelbagaikan dan membina portfolio pelaburan anda.
 
PulanganPulangan bersih harian sehingga 3.45% setahun atau lebih.

Untuk ciri "Save"

Unjuran pulangan kasar* sehingga 3.95% setahun.

*Unjuran pulangan dikira menggunakan kadar pulangan kasar yang dijangkakan (setahun) daripada Dana dalam tempoh 12 bulan akan datang, tidak termasuk sebarang yuran pengurusan dan pemegang amanah.

Untuk ciri "Invest"

Purata jumlah pulangan sehingga 15.86% (Sejak penubuhan sehingga 31 Januari 2024).

*Prestasi lepas tidak menunjukkan prestasi masa hadapan.

Untuk maklumat dana, anda boleh merujuk pautan berikut:
https://bit.ly/principal-funds dan cari nama dana.

Jumlah PerlaburanMin. RM10Min. RM10
PengeluaranSehingga dua (2) Hari Perniagaan ke akaun bank. Dalam tempoh tujuh (7) Hari Perniagaan.
Tempoh pelaburanJangka pendek hingga pertengahan.Jangka pertengahan hingga panjang*

*3 tahun atau lebih. Sila rujuk Halaman Serlahan Produk untuk butiran. 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Jika anda melabur melalui ciri "Save", sila rujuk maklumat Dana dalam Platform Pelaburan. Sebagai alternatif, sila pergi ke https://bit.ly/principal-funds dan cari nama dana.

4. Apakah perbezaan antara ciri "Save" dan "Invest" dalam GOfinance?
 Melabur dalam ciri "Save"Melabur dalam ciri "Invest"
Tujuan Untuk simpanan
Pilihan untuk melabur dalam matlamat kewangan anda.
 
Untuk pelaburan
Pilihan untuk anda mempelbagaikan pelaburan anda berdasarkan selera risiko anda.
 
Dana

Dana patuh Syariah

  1. Principal Islamic Money Market Fund (Kelas D)

Konservatif

  1. Principal Islamic Money Market Fund (Kelas D)
  2. Principal Islamic Global Selection Moderate Conservative Fund (Kelas D)
  3. Principal Lifetime Bond Fund (Kelas D)

Sederhana

  1. Principal Islamic Lifetime Enhanced Sukuk Fund (Kelas D)
  2. Principal Islamic Global Selection Moderate Fund (Kelas D)
  3. Principal Islamic Lifetime Balanced Fund (Kelas D)
  4. Principal Lifetime Balanced Income Fund (Kelas D)

Agresif

  1. Principal Asia Pacific Dynamic Mixed Asset Fund (Kelas D)
  2. Principal Islamic Global Selection Aggressive Fund (Kelas D)
  3. Principal Asia Pacific Dynamic Income Fund (Kelas D)
  4. Principal Global Titans Fund (Kelas D)
  5. Principal DALI Global Equity Fund (Kelas D)
  6. Principal Islamic Enhanced Opportunities Fund (Kelas D)
  7. Principal Asia Titans Fund (Kelas D)
  8. Principal Malaysia Titans Fund (Kelas D)
  9. Principal Titans Income Plus Fund (Kelas D)
  10. Principal Vietnam Equity Fund (Kelas D)
  11. Principal China New Energy Innovation Fund (Kelas D)
  12. Principal Islamic Global Multi-Asset Fund (Kelas D)
  13. Principal Islamic Global Responsible Equity Fund (Kelas D)
     
"Cash In"Min RM10 
 
Min RM10
 
Pengeluaran/ "Cash Out"Sehingga dua (2) Hari Bekerja ke akaun bank.Dalam tempon tujuh (7) Hari Bekerja.
 
Ufuk pelaburan Jangka pendek




 
Jangka pertengahan ke panjang*

*3 tahun atau lebih. Sila rujuk Halaman Serlahan Produk untuk butiran lanjut.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5. Apakah faedah melabur melalui Save/Invest feature?
  • Cara mudah untuk mula melabur dari serendah RM10
  • Sebagai gerbang kepada dana konvensional dan Islam global dan serantau
  • Platform yang selamat dan terjamin
  • Anda boleh memilih matlamat pelaburan secara peribadi
  • Tiada jumlah had
  • Tiada tempoh terkunci

Untuk maklumat dana, anda boleh merujuk pautan berikut: https://bit.ly/principal-funds dan cari nama dana.

6. Di manakah saya boleh memuat turun prospectus, product highlight sheet dan dokumen lain untuk dana-dana?

Untuk semua dokumentasi dana, anda boleh melayari https://bit.ly/principal-funds dan mencari nama dana tersebut.
 

7. Adakah Dana dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)?

Ini adalah pelaburan (bukan deposit bank), jadi ia tidak dilindungi oleh PIDM.

8. Adakah platform dan dana dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)?

Ya, platform dan dana ini dikawal oleh SC.

9. Siapakah yang layak untuk melabur melalui ciri-ciri ini?

Mana-mana warga Malaysia, pengguna Touch 'n Go yang berumur 18 tahun ke atas dan telah menyelesaikan proses pengesahan akaun layak untuk melabur.

10. Jika saya seorang warga asing, bolehkah saya melabur melalui ciri-ciri ini?

Pada masa ini, Platform Pelaburan kami ditawarkan kepada rakyat Malaysia sahaja.

11. Apakah yang perlu saya ambil kira sebelum melabur?

Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Prospektus, dan Halaman Serlahan Produk untuk Dana sebelum melabur. Harap maklum bahawa pelaburan dalam Dana yang berkaitan membawa risiko. Garis panduan pelbagai risiko yang terlibat diterangkan dalam Prospektus Dana. Sebagai pelabur anda harus membuat penilaian risiko anda sendiri dan mendapatkan nasihat profesional, jika perlu.

12. Apakah pelaburan patuh Syariah?

Pelaburan patuh Syariah adalah pelaburan berdasarkan prinsip kewangan Islam. Prinsip panduan pelaburan patuh Syariah menetapkan pelaburan tidak boleh melibatkan sebarang unsur Riba, Gharar (kesamaran) dan Maysir (perjudian).

Bahagian 2: Bermula

1. Bagaimana saya boleh bermula untuk melabur?

Untuk menikmati ciri Save/Invest, anda perlu memuat turun dan mendaftar dengan Touch ‘n Go eWallet.

Jika anda sudah menjadi pelabur GO+, sila ikuti langkah berikut:

  • Klik ikon GOfinance
  • Klik Investment dan pilih ‘Principal’
  • Isikan risiko lengkap (Untuk ciri Invest sahaja)
  • Pilih ciri "Save" or "Invest" 
  • Isikan jumlah pelaburan anda
  • Lengkapkan pelaburan anda dengan menggunakan baki eWallet atau FPX

Jika anda bukan pelabur GO+ yang setia ada, anda perlu memberi persetujuan dan lengkapkan borang pendaftaran.

2. Bolehkah saya membuka lebih daripada satu akaun?

Tidak.

3. Adakah saya perlu memberi sebarang persetujuan sebelum saya boleh meneruskan process untuk melabur?

Ya.

Bahagian 3: Melabur dengan Principal melalui ciri "Save"

1. Bagaimanakah saya boleh mencipta matlamat pelaburan saya dengan “Save”?

Terdapat matlamat peribadi yang boleh anda pilih dalam Platform Pelaburan atau anda boleh memilih simpanan am.

2. Adakah saya perlu memilih sekurang-kurangnya satu matlamat kewangan untuk memulakan pelaburan saya?

Ya, anda perlu memilih matlamat kewangan yang diperibadikan dalam Platform Pelaburan atau anda boleh memilih simpanan am.

3. Bolehkah saya mencipta lebih daripada satu matlamat kewangan?

Ya, anda boleh mempunyai berbilang matlamat kewangan tetapi hanya boleh mencipta satu matlamat kewangan pada satu masa.

4. Berapakah jumlah Dana yang tersedia ada dalam ciri ini?

Hanya satu dana, Principal Islamic Money Market Fund (Kelas D)  (“IMMF”) dan dana ini ialah dana patuh Syariah.

5. Apakah maksud kadar Pulangan Unjuran?

Kadar pulangan yang diunjurkan adalah kadar pulangan kasar (tidak termasuk bayaran pengurusan dan Pemegang Amanah) setahun dalam pelaburan anda oleh Principal Malaysia dalam tempoh 12 bulan akan datang.

6. Apakah maksud Unjuran Pulangan Bersih?

Unjuran Pulangan Bersih adalah anggaran pulangan pelaburan anda dalam tempoh 12 bulan akan datang. Ia dikira berdasarkan hasil kasar portfolio, ditolak bayaran (yang terdiri daripada bayaran Pengurusan dan Pemegang Amanah) sepanjang tempoh unjuran dibuat.

Sebagai contoh:
Simpanan awal sebanyak RM100,000 untuk 12 bulan, unjuran jumlah pendapatan adalah RM2,150 (berdasarkan pulangan bersih 2.15% setahun).

7. Apakah maksud Jumlah Pulangan dan bagaimana ia dikira?

Jumlah Pulangan adalah jumlah pulangan harian yang terkumpul dari hari bermulanya “Cash In” anda.
Sebagai contoh:

  • Pelaburan permulaan RM100,000 pada harga NAV RM1.000 seunit.
  • Agihan pendapatan selama 12 bulan = RM200 x 12 = RM2,400.
  • Selepas 1 tahun, jumlah nilai pelaburan (dengan andaian harga NAV RM1.001) = RM100,000 x RM1.001 = RM 100,100.
  • Memperoleh keuntungan daripada kenaikan NAB = RM100,100 – RM100,000 = RM100
  • Jumlah pulangan (pendapatan), selepas 1 tahun = RM2,400 + RM100 = RM2,500
8. Mengapakah Kadar Pulangan Unjuran berubah-ubah?

Dana melabur dalam kebanyakannya Sukuk jangka pendek dan penempatan FD Islam, di mana kadarnya sejajar rapat dengan pergerakan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Sebarang pergerakan dalam OPR (kedua-duanya ke atas atau ke bawah) berkemungkinan besar akan memberi kesan ke atas unjuran pulangan kasar Dana.

Bahagian 4: Melabur dengan Principal melalui ciri "Invest"

1. Bagaimanakah cara saya memilih Dana yang sesuai untuk diri saya sendiri?

Selepas anda menyelesaikan ujian penilaian risiko, anda akan disyorkan beberapa dana yang sesuai dengan profil risiko anda.

2. Adakah saya perlu membuat penilaian risiko?

Ya, anda perlu melengkapkan ujian penilaian risiko untuk menentukan selera risiko anda.

3. Berapakah jumlah Dana yang tersedia dalam ciri “Invest”?

Pada masa kini terdapat dua puluh (20) dana seperti berikut:

Konservatif

  1. Principal Islamic Money Market Fund (Kelas D)
  2. Principal Islamic Global Selection Moderate Conservative Fund (Kelas D)
  3. Principal Lifetime Bond Fund (Kelas D)

Sederhana

  1. Principal Islamic Lifetime Enhanced Sukuk Fund (Kelas D)
  2. Principal Islamic Global Selection Moderate Fund (Kelas D)
  3. Principal Islamic Lifetime Balanced Fund (Kelas D)
  4. Principal Lifetime Balanced Income Fund (Kelas D)

Agresif

  1. Principal Asia Pacific Dynamic Mixed Asset Fund (Kelas D)
  2. Principal Islamic Global Selection Aggressive Fund (Kelas D)
  3. Principal Asia Pacific Dynamic Income Fund (Kelas D)
  4. Principal Global Titans Fund (Kelas D)
  5. Principal DALI Global Equity Fund (Kelas D)
  6. Principal Islamic Enhanced Opportunities Fund (Kelas D)
  7. Principal Asia Titans Fund (Kelas D)
  8. Principal Malaysia Titans Fund (Kelas D)
  9. Principal Titans Income Plus Fund (Kelas D)
  10. Principal Vietnam Equity Fund (Kelas D)
  11. Principal China New Energy Innovation Fund (Kelas D)
  12. Principal Islamic Global Multi-Asset Fund (Kelas D)
  13. Principal Islamic Global Responsible Equity Fund (Kelas D)
4. Bolehkah saya melabur lebih daripada satu dana?

Ya, anda boleh melabur lebih daripada satu dana.

5. Bolehkah saya melabur dalam Dana yang tidak sesuai dengan profil pelaburan saya?

Boleh. Walau bagaimanapun, semua pelabur digalakkan  untuk membaca penafian kami sebelum melabur: https://www.principal.com.my/en/disclaimer-my

6. Di manakah saya boleh mendapatkan butiran dana?

Untuk maklumat dana, anda boleh merujuk pautan berikut: https://bit.ly/principal-funds dan cari nama dana.

7. Berapa kerap saya dapat melihat prestasi dana?

Untuk paparan penuh prestasi dana, anda boleh merujuk senarai dana kami di pautan https://bit.ly/principal-funds dan cari nama dana.

Bahagian 5: "Cash In"

1. Apakah maksud “Cash In”?

“Cash In” ialah fungsi untuk mendepositkan wang tunai melalui Touch 'n Go eWallet atau Perbankan Dalam Talian FPX ke dalam ciri "Save" atau "Invest".

2. Bolehkah saya “Cash In” melalui Agent Unit Trust Principal Malaysia atau melalui cawangan Principal Malaysia?

Tidak. Anda hanya boleh “Cash In” ke dalam Platform Pelaburan melalui Touch ‘n Go eWallet atau perbankan dalam talian FPX.

3. Adakah terdapat jumlah “Cash In” minimum?

Ya, Minimum “Cash In” adalah RM10, sama ada daripada baki Touch ‘n Go eWallet anda atau daripada baki akaun bank anda melalui Perbankan Dalam Talian FPX (untuk transaksi permulaan dan akan datang). 

4. Apakah yang berlaku selepas saya berjaya “Cash In” melalui ciri “Save” atau “Invest"?

Anda akan dimaklumkan melalui pemberitahuan aplikasi Touch ‘n Go sebaik sahaja permintaan “Cash In” anda berjaya. Anda juga boleh melihat sejarah transaksi untuk menyemak status “Cash In” anda.

5. Berapa lama masa yang diambil untu memproses dan mengkreditkan jumlah “Cash In” dalam ciri “Save” atau “Invest"?

Untuk Ciri “Save”
Jika transaksi anda dibuat pada jam 1:00 petang pada Hari Perniagaan, kami akan memproses transaksi menggunakan NAV seunit pada Hari Perniagaan yang sama. Untuk transaksi yang dibuat selepas jam 1:00 petang pada Hari Perniagaan, kami akan memproses transaksi menggunakan NAv seunit pada Hari Perniagaan berikutnya.

Untuk Ciri “Invest”
Jika transaksi anda dibuat pada jam 1:00 petang pada Hari Perniagaan, kami akan memproses transaksi menggunakan NAV seunit pada Hari Perniagaan yang sama. Untuk transaksi yang dibuat selepas jam 1:00 petang pada Hari Perniagaan, kami akan memproses transaksi menggunakan NAV seunit pada Hari Perniagaan berikutnya.

Kami akan menjalankan penilaian untuk Kelas untuk setiap Hari Perniagaan pada Hari Perniagaan seterusnya (T+1) pada jam 4:00 petang. Ini adalah untuk memenuhi terjemahan mata wang asing kepada mata wang asas Dana berdasarkan kadar pertukaran bidaan yang disebut oleh Bloomberg atau Refinitiv pada waktu UK 4:00 petang pada hari yang sama (waktu Malaysia 11:00 malam atau 12:00 pagi), atau masa lain yang ditetapkan dalam IMS.
 

6. Mengapakah jumlah pelaburan saya tidak ditunjukkan dalam transaksi saya?

Sebab kemungkinan “Cash In” melalui FPX tidak berjaya ialah anda mungkin telah memindahkan daripada akaun bank FPX yang tidak didaftarkan di bawah nama anda.

Untuk mana-mana “Cash In” yang gagal melalui transaksi FPX disebabkan pembayaran pihak ketiga, jumlah tersebut akan dikembalikan ke dalam akaun bank masing-masing yang digunakan untuk “Cash In” dalam tempoh tiga (3) hari perniagaan daripada hari transaksi, dan sebarang caj bank yang berkenaan akan ditanggung oleh pelanggan.

Sebagai alternatif, anda boleh berhubung dengan Pusat Khidmat Pelanggan Principal di +(603) 7723 7260, berbual melalui WhatsApp atau e-mel pertanyaan anda ke mygoinvest@principal.com

Sila ambil maklum bahawa waktu operasi adalah pada hari Isnin hingga Jumaat, 8.45am – 5.45pm (kecuali pada hari cuti umum Kuala Lumpur dan kebangsaan). 
 

7. Mengapa saya mendapat mesej transaksi yang tidak berjaya melalui FPX?
  1. Anda mungkin telah memindahkan daripada akaun bank FPX yang tidak didaftarkan di bawah nama anda.
  2. Anda mungkin telah gagal dalam langkah pengesahan portal bank (cth. log masuk tidak sah ke portal bank, kemasukan Kata Laluan Satu Kali (OTP) bank tidak sah, dana tidak mencukupi dalam akaun bank, dsb).
  3. Anda tidak memenuhi keperluan yang diperlukan.
  4. Touch ‘n Go eWallet anda mungkin mengalami tamat masa sambungan, sila cuba sebentar lagi.
8. Berapakah kerap saya boleh “Cash In”?

Tiada had kepada bilangan “Cash In” bagi matlamat anda.

9. Bolehlah saya “Cash In” secara tetap (melalui arahan tetap/automatik)?

Ya, anda boleh menyediakan “Cash In” automatik. Jumlah minimum adalah RM500.

Untuk maklumat lanjut tentang “Auto Cash In”, sila rujuk Bahagian 13.

Bahagian 6: “Cash Out”

1. Apakah maksud “Cash Out”?

“Cash Out”  pada asasnya adalah permintaan untuk menjual unit pelaburan anda.

2. Bagaimanakah cara untuk “Cash Out” daripada ciri-ciri ini?

Untuk ciri "Save"
Anda perlu memilih matlamat untuk “Cash Out".


Untuk ciri "Invest"
Anda perlu memilih dana untuk "Cash Out".

3. Bilakah saya boleh membuat “Cash Out”?

Anda boleh “Cash Out” sebaik sahaja transaksi “Cash In”anda (beli) selesai di mana anda mempunyai unit dalam akaun.

Anda tidak dapat “Cash Out” dana anda semasa kitaran pemprosesan transaksi yang belum selesai di mana unit masih belum dikreditkan ke dalam matlamat pilihan anda.
 

4. Adakah terdapat jumlah “Cash Out” minimum dan maksimum?

Jumlah “Cash Out” minimum adalah RM10 dan ia akan dikreditkan semula ke akaun bank anda dan tiada jumlah “Cash Out” maksimum.

Sila ambil maklum bahawa kami akan melakukan “Cash Out” sepenuhnya jika permintaan “Cash Out” anda menghasilkan baki unit di bawah baki pegangan unit minimum.
 

5. Berapa lamakah masa yang diambil untuk “Cash Out” dibayar ke akaun bank saya?

“Cash Out” boleh dibuat daripada Dana dengan melengkapkan permohonan pengeluaran dan menyerahkan kepada Aplikasi e-Wallet, atau saluran lain. Tiada sekatan pada kekerapan pengeluaran. Jumlah yang anda akan terima dikira mengikut nilai pengeluaran ditolak Bayaran Pengeluaran, jika ada.

Untuk ciri "Save"
Anda akan dibayar dalam MYR dalam masa dua (2) Hari Perniagaan (T+2) selepas menerima permintaan pengeluaran lengkap. Anda perlu menanggung bayaran dan caj bank yang berkenaan, jika ada.

Untuk ciri "Invest"
Anda akan dibayar dalam MYR dalam masa tujuh (7) Hari Perniagaan (T+7) selepas menerima permintaan pengeluaran lengkap. Anda perlu menanggung bayaran dan caj bank yang berkenaan, jika ada.

6. Selain daripada akaun bank saya sendiri, bolehkah saya “Cash Out” ke kad kredit saya?

Tidak. “Cash Out” hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

7. Bolehkah saya menukar maklumat akaun bank saya dalam ciri-ciri ini?

Ya, anda boleh menukar dengan meletakkan nombor akaun bank yang baharu.

8. Bagaimanakah saya akan tahu apabila “Cash Out” telah dibayar ke akaun bank saya?

Anda akan menerima pemberitahuan pada Touch 'n Go eWallet bahawa transaksi “Cash Out” telah berjaya dibuat.

9. Mengapakah jumlah “Cash Out” tidak dicerminkan dalam akaun bank saya selepas dua (2) Hari Perniagaan?

Ini adalah kemungkinannya:

  • Anda mungkin mempunyai “Cash Out”  ke akaun bank yang tidak didaftarkan di bawah nama atau ID anda.
  • Anda tidak memenuhi keperluan yang diperlukan.
  • Anda tidak memberikan semua maklumat yang diperlukan dan tepat kepada kami. Jika anda gagal untuk melengkapkan permintaan “Cash Out” qanda, tidak menerima permintaan “Cash Out”  oleh kami atau menerima maklumat yang tidak tepat oleh kami, permintaan “Cash Out”  akan dibatalkan secara automatik.

Permohonan pengeluaran untuk ciri “Save” akan mengambil masa sehingga dua (2) hari perniagaan ke akaun bank atau tujuh (7) hari hari perniagaan ke akaun bank untuk ciri “Invest”.

Untuk penjelasan, anda boleh berhubung dengan Pusat Khidmat Pelanggan Principal melalui WhatsApp, hubungi di +(603) 7723 7260 atau e-mel pertanyaan anda ke mygoinvest@principal.com

Sila ambil maklum bahawa waktu operasi adalah semasa waktu perniagaan antara hari Isnin hingga Jumaat, 8.45am – 5.45pm (kecuali pada hari cuti umum Kuala Lumpur dan kebangsaan).

10. Di manakah saya boleh melihat status transaksi “Cash Out” saya?

Anda boleh melihat status transaksi “Cash Out” anda pada tab transaksi di bahagian bawah halaman. 

11. Apakah maksudnya apabila status transaksi “Cash Out” ditunjukkan sebagai tidak berjaya?
  • Anda mungkin ada “Cash Out” ke akaun bank yang tidak didaftarkan di bawah nama atau ID anda.
  • Anda tidak memenuhi keperluan yang diperlukan.
  • Anda tidak memberikan semua maklumat yang diperlukan dan tepat kepada kami. Jika anda gagal untuk melengkapkan permintaan “Cash Out” anda, tidak menerima permintaan “Cash Out” oleh kami atau menerima maklumat yang tidak tepat oleh kami, permintaan “Cash Out”  akan dibatalkan secara automatik.
     
12. Bolehkah saya menutup akaun pelaburan saya pada bila-bila masa?

Anda boleh “Cash Out” semua jumlah pelaburan anda dan akaun tersebut hanya akan ditutup jika mempunyai baki sifar selama 12 bulan.

Bahagian 7: Penukaran

1. Apakah penukaran?

Pertukaran dianggap sebagai pengeluaran daripada Kelas ini dan pelaburan ke dalam kelas lain atau dana-dana Principal Malaysia (atau kelasnya).

2. Bolehkah saya bertukar antara matlamat atau dana dalam ciri-ciri ini?

Ya, boleh.

3. Adakah terdapat had kerap untuk bertukar?

Pada masa ini, tiada sekatan pada kekerapan pertukaran.

4. Adakah terdapat sebarang bayaran penukaran yang mungkin dikenakan?

Anda mungkin dikenakan Yuran Pertukaran yang sama dengan perbezaan (jika ada) antara Yuran Permohonan Kelas ini dan Yuran Permohonan kelas lain atau dana-dana Principal Malaysia (atau kelasnya). Yuran Pertukaran tidak akan dikenakan sekiranya kelas atau Principal Malaysia (atau kelasnya) yang akan ditukar mempunyai Yuran Permohonan yang lebih rendah.

Untuk maklumat dana, anda boleh merujuk pautan berikut: https://bit.ly/principal-funds dan cari nama dana.

5. Bagaimanakah cara saya melakukan penukaran melalui ciri-ciri ini?
  • Daripada papan pemuka, klik "Tukar" dan pilih matlamat atau dana yang ingin anda tukar.
  • Masukkan jumlah yang anda ingin tukar (minimum RM10).
  • Klik untuk bersetuju dengan Terma dan Syarat.
6. Berapa lama masa yang diambil untuk memproses pertukaran?

Jika ada, kami memproses pertukaran sebagai pengeluaran daripada satu dana atau kelas dan pelaburan ke dalam dana atau kelas. Jika kami menerima permintaan pertukaran lengkap sebelum jam 4:00 petang. atau 1:00 petang (untuk Kelas D) pada Hari Perniagaan, kami akan memproses penukaran menggunakan NAV seunit untuk Hari Perniagaan tersebut. Jika kami menerima permintaan selepas jam 4:00 petang. atau 1:00 petang (untuk Kelas D) pada Hari Perniagaan, kami akan memproses penukaran menggunakan NAV seunit untuk Hari Perniagaan berikutnya (T+1).

Walau bagaimanapun, anda harus ambil perhatian bahawa pertukaran masuk boleh diproses pada Hari Perniagaan kemudian, biasanya dalam tempoh satu (1) hingga empat (4) Hari Perniagaan.

Bahagian 8: Caj dan Yuran

1. Adakah terdapat sebarang caj dan yuran apabila saya melabur melalui ciri “Save” atau “Invest”?

Jadual di bawah menunjukkan caj yang mungkin anda tanggung secara langsung apabila anda membeli atau menarik diri daripada IMMF.

Yuran permohonan 
 
Tiada.
 
Yuran Pengeluaran 
 
Tiada.
 
Caj lain yang perlu dibayar terus oleh anda apabila membeli atau mengeluarkan unit.
 
Sebarang caj bank yang berkenaan dan yuran bank lain yang ditanggung akibat daripada pelaburan atau pengeluaran akan ditanggung oleh anda.
 


Jadual di bawah menunjukkan caj yang mungkin anda tanggung secara langsung apabila anda melabur dengan IMMF.

Yuran pengurusan
 
Sehingga 0.40% setahun daripada NAB.
 
Yuran pemegang amanah
 
Sehingga 0.02% setahun daripada NAB.
 
Perbelanjaan yang berkaitan secara langsung dengan Dana.

 
Hanya perbelanjaan yang berkaitan secara langsung dengan Dana boleh dicaj kepada Dana. Contoh perbelanjaan yang berkaitan ialah yuran audit dan yuran ejen cukai.
 

Jika anda melabur melalui ciri "Melabur", sila rujuk maklumat Dana dalam Platform Pelaburan. Sebagai alternatif, sila pergi ke https://bit.ly/principal-funds dan cari nama dana.

 

 

2. Adakah terdapat sebarang bayaran yang dikenakan sekiranya saya melakukan “Cash In”?

Untuk ciri “Save”
Tidak, anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran ke atas “Cash In” anda.

Untuk ciri “Invest”
Anda akan dikenakan caj jualan sehingga 1.5% untuk setiap “Cash In”.

Sila semak semula dari semasa ke semasa untuk sebarang kemas kini baharu.
 

3. Bolehkah saya memindahkan unit saya kepada pelabur lain?

Tidak 

Bahagian 9: Bagaimanakah Cara Untuk Mengemas Kini Butiran Peribadi Saya?

1. Bagaimanakah cara untuk mengemas kini butiran peribadi saya melalui ciri-ciri ini?

Terdapat dua cara untuk mengemas kini butiran peribadi anda:

  1. Anda boleh mengemas kini butiran peribadi dalam profil Platform Pelaburan kecuali Nama dan Kad Pengenalan anda, di mana ia perlu dikemas kini melalui Pusat Khidmat Pelanggan.
  2. Anda boleh berbual dengan Pusat Khidmat Pelanggan Principal melalui WhatsApp, hubungi di +(603) 7723 7260, atau e-melkan pertanyaan anda ke mygoinvest@principal.com

Sila ambil maklum bahawa waktu operasi adalah semasa waktu perniagaan antara hari Isnin hingga Jumaat, 8.45am – 5.45pm (kecuali pada hari cuti umum Kuala Lumpur dan kebangsaan).

2. Bagaimanakah cara saya mengemas kini butiran peribadi saya pada Touch ‘n Go eWallet?

Untuk mengemas kini, anda boleh klik pada ikon "Profil" di bahagian atas sebelah kanan halaman utama Touch 'n Go eWallet. Sebagai alternatif, anda boleh menyerahkan butiran yang betul di https://tngd.my/careline-webform
 

3. Jika saya menukar/mengemas kini butiran peribadi saya pada Touch ‘n Go eWallet, adakah butiran peribadi saya dalam ciri-ciri ini akan dikemas kini secara automatik juga?

Tidak pada masa ini. Anda perlu mengemas kini butiran peribadi dalam profil Platform Pelaburan kecuali Nama dan Kad Pengenalan anda, di mana anda perlu mengemas kini melalui Pusat Khidmat Pelanggan.
Anda boleh berbual dengan Pusat Khidmat Pelanggan Principal melalui WhatsApp, hubungi di +(603) 7723 7260, atau e-mel pertanyaan anda ke mygoinvest@principal.com

Sila ambil maklum bahawa waktu operasi adalah semasa waktu perniagaan antara hari Isnin hingga Jumaat, 8.45am – 5.45pm (kecuali pada hari cuti umum Kuala Lumpur dan kebangsaan).

Bahagian 10: Permohonan Tempoh Bertenang

1. Apakah maksud tempoh bertenang?

Tempoh bertenang adalah tempoh enam (6) Hari Perniagaan dari “Cash In” pertama yang berjaya oleh pelabur Dana buat kali pertama, di mana pelabur tersebut berhak meminta bayaran balik penuh jumlah “Cash In” pertama. Tempoh bertenang akan tamat digunakan sebaik sahaja berlakunya penebusan.  

Dalam tempoh ini, anda boleh mengeluarkan pelaburan anda pada NAV yang sama seunit apabila unit dibeli atau NAV lazim seunit pada titik bertenang (yang mana lebih rendah) (“Amaun Bayaran Balik”).

2. Siapakah yang berhak mendapat tempoh bertenang?

Pelabur pertama Dana, tidak termasuk pekerja Principal Malaysia atau seseorang yang berdaftar dengan badan yang diluluskan oleh SC untuk berurusan dalam unit amanah.

3. Bagaimanakah cara untuk menyerahkan permintaan tempoh bertenang saya?

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Principal di +(603) 7723 7260, berbual melalui WhatsApp atau e-mel ke mygoinvest@principal.com; anda akan dinasihati dan dibimbing mengenai cara melaksanakan permintaan tempoh bertenang.

Sila ambil maklum bahawa waktu operasi adalah semasa waktu perniagaan antara hari Isnin hingga Jumaat, 8.45am – 5.45pm (kecuali pada hari cuti umum Kuala Lumpur dan kebangsaan).

4. Bilakah saya boleh mendapatkan bayaran balik selepas penyerahan permintaan tempoh bertenang?

Kami akan membayar amaun bayaran balik termasuk Yuran Permohonan (jika ada) kepada anda dalam masa tujuh (7) Hari Perniagaan dari hari kami menerima dokumentasi lengkap.

5. Adakah tempoh bertenang terpakai untuk “Cash In” berikutnya?

Tidak, tempoh bertenang hanya terpakai untuk “Cash In”pertama anda ke dalam Dana melalui Platform Pelaburan.

6. Saya mempunyai akaun unit amanah sedia ada yang disediakan melalui perunding unit amanah Principal Malaysia; tetapi saya melabur dalam Dana buat kali pertama melalui Touch 'n Go eWallet. Adakah tempoh bertenang terpakai?

Ya.

Bahagian 11: Kemudahan Pindahan & Pertukaran untuk Dana

1. Bolehkah saya memindahkan unit saya kepada pelabur lain?

Tidak, anda tidak boleh membuat pemindahan pada masa ini.

2. Bolehkah saya bertukar-tukar antara kelas Dana dengan Dana Principal Malaysia yang lain?

Tidak, anda tidak boleh bertukar pada masa ini.

Bahagian 12: Papan Pemuka Principal dan Sejarah Transaksi

1. Bolehkah saya melihat transaksi “Cash In” dan “Cash Out” saya?

Ya. Anda boleh melihat “Cash In”dan “Cash Out”  dalam sejarah transaksi dan skrin butiran matlamat.

2. Apakah butiran yang dipaparkan dalam sejarah transaksi?

Sejarah transaksi akan merangkumi butiran “Cash In”, “Cash Out”  dan pengagihan pendapatan anda.

3. Apakah maksud agihan pendapatan?

Pendapatan yang diperolehi oleh Dana yang diagihkan kepada pelabur berdasarkan dasar pengagihan.

Dasar pengagihan adalah setiap bulan bergantung pada tahap pendapatan (jika ada) yang dijana oleh Dana.
 

4. Mengapakah harga seunit jatuh selepas pengagihan?

Pendapatan yang diperoleh oleh Dana sepanjang tahun kewangan diakru dalam harga unitnya sehingga akhir tempoh pengagihan. Apabila pengagihan pendapatan diisytiharkan, sebarang pendapatan faedah dan keuntungan modal yang direalisasikan dibayar kepada pemegang unit. Akibatnya, nilai aset bersih Dana seunit, dan oleh itu harga permohonan (tawaran) dan pengeluaran (tawaran) akan cenderung jatuh kira-kira jumlah yang sama seperti pengagihan pendapatan.

Bahagian 13: "Auto Cash In” Bulanan

1. Apakah "Auto Cash In" bulanan?

"Auto Cash In" bulanan ialah pelan pelaburan yang membolehkan anda melabur jumlah tetap ke dalam ciri-ciri ini.

2. Mengapa saya perlu mengaktifkan "Auto Cash In" bulanan?

Dengan melabur jumlah tetap setiap bulan (menggunakan konsep purata kos dolar), anda akan menikmati cara yang mudah dan tidak rumit untuk mula melabur secara tetap bagi mencapai matlamat kewangan anda.

3. Bagaimana cara untuk memohon atau menyediakan "Auto Cash In" bulanan?

Anda boleh memohon atau menyediakan "Auto Cash In" bulanan melalui ciri-ciri ini dengan menggunakan akaun bank pilihan anda selepas menetapkan matlamat sebelum anda melengkapkan "Cash In" anda.

4. Berapa lama masa yang diambil untuk "Auto Cash In" menjadi efektif?

Pendaftaran "Auto Cash In" anda akan berkuat kuasa dalam tempoh masa 2 hari berkerja, tertakluk kepada kelulusan bank anda.

5. Berapakah jumlah pelaburan minimum untuk "Auto Cash In" bulanan?

Jumlah pelaburan minimum untuk "Auto Cash In" bulanan ialah RM500.

6. Apakah kaedah pembayaran yang tersedia untuk "Auto Cash In"?

Anda boleh membuat pembayaran "Auto Cash In" melalui perbankan dalam talian FPX.

7. Adakah saya perlu menetapkan "Auto Cash In" bulanan untuk setiap matlamat kewangan atau dana?

Jika anda ingin menyimpan dan/atau melabur secara tetap, anda perlu menyediakan "Auto Cash In" bulanan untuk setiap matlamat dan/atau dana.

8. Bagaimanakah cara untuk menukar atau membatalkan "Auto Cash In" bulanan saya?

Anda boleh menukar atau membatalkan "Auto Cash In" bulanan anda selepas persediaan lengkap.

 
9. Apakah kekerapan "Auto Cash In" bulanan?

Jumlah "Auto Cash In" akan ditolak setiap bulan daripada akaun bank anda pada tarikh pilihan yang anda tetapkan.

10. Apakah tarikh transaksi untuk "Auto Cash In" bulanan?

"Auto Cash In" bulanan akan ditolak terus daripada akaun bank anda pada tarikh yang anda tetapkan. Jika ia jatuh pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum, potongan akan berlaku pada hari perniagaan berikutnya.

11. Adakah terdapat sebarang caj bayaran untuk "Auto Cash In" bulanan?

Anda tidak akan dikenakan sebarang caj ke atas potongan bulanan.

12. Mengapakah "Auto Cash In" bulanan saya gagal?

Ini mungkin disebabkan oleh sebab-sebab berikut:
•    Jumlah yang tidak mencukupi dalam akaun bank anda, atau
•    Akaun bank tidak didaftarkan di bawah nama anda, atau
•    Transaksi dalam akaun bank pilihan anda telah disekat/digantung oleh bank masing-masing

13. Apakah yuran “pre-authorisation”?

Yuran “pre-authorisation” ialah yuran yang akan ditahan sementara dari baki akaun bank anda, dan akan dikembalikan kepada anda.

14. Mengapakah terdapat yuran “pre-authorisation”?

Yuran "pre-authorisation" ini untuk memastikan akaun bank yang dipilih untuk "Auto Cash In" adalah aktif dan sah untuk potongan bulanan.

15. Berapakah jumlah yuran “Pre-authorisation”?

Jumlah yuran “Pre-authorisation” ialah RM1. 

16. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk yuran “pre-authorisation” dikembalikan?

Yuran “Pre-authorisation” akan dikembalikan secara automatik dalam masa 2 hari perniagaan. Sekiranya anda tidak menerima bayaran balik dalam masa yang ditetapkan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Principal melalui WhatsApp, hubungi di +(603) 7723 7260, atau e-melkan pertanyaan anda ke mygoinvest@principal.com.

Sila ambil maklum bahawa waktu operasi adalah semasa waktu perniagaan antara hari Isnin hingga Jumaat, 8.45am – 5.45pm (kecuali pada hari cuti umum Kuala Lumpur dan kebangsaan).

17. Berapa lama masa yang diambil untuk Auto Cash In dipaparkan dalan akaun ciri-ciri ini?

Jumlah Auto Cash In akan dipaparkan dalam akaun anda dalam tempoh 3 Hari Perniagaan dari tarikh pemotongan.

Bahagian 14: Keselamatan dan Privasi

1. Adakah butiran peribadi saya dalam Touch ‘n Go eWallet selamat?

Touch 'n Go eWallet memastikan bahawa butiran peribadi anda tidak akan dikongsi atau dijual kepada mana-mana pihak lain, menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Walau bagaimanapun, dengan mendaftar untuk Platform Pelaburan, anda telah memberikan kebenaran untuk butiran peribadi yang diperlukan untuk dikongsi dengan Principal untuk memudahkan pembukaan akaun dan pengendalian akaun pelaburan.

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai dasar privasi Touch 'n Go eWallet di https://www.tngdigital.com.my/tng-group-s-privacy-statement dan notis privasi Principal Malaysia di https://www.principal.com.my/en/privacy-notice-my

2. Bagaimanakah saya dapat memastikan bahawa akaun Touch ‘n Go eWallet saya selamat?
  • Pastikan anda telah mengaktifkan skrin kunci automatik pada telefon pintar anda.
  • Jangan kongsi PIN 6 Digit anda dengan sesiapa sahaja.
  • Jangan kongsi OTP anda dengan sesiapa. Pastikan butiran OTP anda selamat.
3. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya kehilangan telefon bimbit yang mempunyai akaun Touch ‘n Go eWallet saya?
  • Langkah 1: Hubungi Touch ‘n Go eWallet Careline di 03-5022 3888 untuk menggantung akaun Touch ‘n Go eWallet anda serta-merta. Ini adalah untuk melindungi baki dalam akaun Touch 'n Go eWallet anda.
  • Langkah 2: Hubungi pembekal perkhidmatan mudah alih untuk menyekat kad SIM anda dengan segera, untuk mengelakkan sebarang percubaan.