Bersedia untuk melaburkan sebahagian daripada simpanan anda? 3 langkah untuk bermula

ready to invest

Tahun ini adalah tahun anda mengatur wang anda dengan baik. Anda telah menetapkan matlamat, mempunyai strategi perbelanjaan dan simpanan, membina dana kecemasan, dan anda menyimpan untuk persaraan.

Akaun simpanan adalah baik untuk tujuan jangka pendek anda — wang yang anda perlukan dalam 3 tahun akan datang.

Bagi matlamat jangka sederhana dan panjang, anda memerlukan sesuatu dengan yang bertindak sebagai enjin. Itulah yang yang terdapat di dalam pelaburan — mengambil strategi simpanan anda dan meletakkan enjin di belakangnya sebagai penggerak.

  • Bagi wang yang anda perlukan dalam masa 3–5 tahun, anda mempunyai lebih banyak masa untuk menempuh turun naik pasaran, tetapi anda berkemungkinan masih berpegang pada pelaburan pendapatan tetap yang lebih konservatif seperti bon.
  • Bagi simpanan yang tidak akan anda perlukan selama 5 tahun atau lebih, anda boleh mempertimbangkan pelaburan lain untuk membantu menyebarkan risiko dan mengembangkan wang anda, seperti dana bersama, saham, dana pertukaran mata wang (ETF), dan anuiti—bergantung pada toleransi risiko anda.

Anda sudah menjadi "pelabur" jika menyumbang kepada KWSP anda. Namun jika anda sudah bersedia untuk pergi lebih jauh daripada simpanan/pelaburan dalam pelan persaraan, berikut ialah 3 langkah untuk memulakan.

search Petua: Bagaimanakah anda tahu anda sudah bersedia untuk melabur? Baca tentang 4 petunjuk untuk mengetahuinya.

 

1. Ketahui toleransi risiko pelaburan anda.

Apakah perbezaan antara jenis-jenis pelaburan dan kelas-kelas aset? Banyak yang tertumpu pada risiko & pulangan. Secara amnya, semakin tinggi potensi pulangan (bermaksud keuntungan atau kerugian pada pelaburan) semakin tinggi potensi risiko kerugian—dan sebaliknya.

ready to invest

Toleransi risiko adalah berapa banyak anda dapat menjauhkan emosi daripada pelaburan. Pasaran yang sihat biasanya naik dan turun. Perubahan pasaran jangka pendek ini boleh membawa kepada kegembiraan dan penyesalan.

Sesetengah orang lebih selesa mengetahui yang mereka boleh kehilangan wang dalam jangka masa pendek sekiranya terdapat kemungkinan keuntungan dalam jangka masa panjang. Mereka yang lain pula lebih konservatif, dengan lebih mengutamakan risiko yang kurang.

Untuk mengetahui cara menghadapi turun naik pasaran, tonton video kami.
 

2. Campur dan gabungkannya. (Mempelbagaikan).

Memilih campuran pelaburan daripada pelbagai kelas aset membantu menguruskan risiko. Ini kerana sesetengah pelaburan cenderung meningkat nilainya sementara yang lain pula menurun.

Contohnya, saham dan bon cenderung bergerak ke arah yang bertentangan. Sekiranya nilai dana saham anda menurun, nilai dana bon anda mungkin meningkat.

Adalah baik untuk memilih campuran pilihan pelaburan yang berbeza dalam setiap kelas aset. Oleh itu, dalam pelaburan saham anda, anda boleh memilih beberapa yang berisiko rendah dan beberapa yang berisiko lebih tinggi. Perkara ini dapat membantu anda mengimbangi turun naik pasaran saham.

Inilah kepelbagaian. Dalam jangka masa yang panjang, ia dapat membantu anda mendapatkan pulangan yang lebih konsisten. Kepelbagaian bermaksud memperuntukkan wang tunai anda kepada pasaran saham dan bon, menggabungkan pelaburan yang berbeza dalam satu portfolio.

Bagi mengetahui lebih lanjut, baca Cara Pelaburan Berjalan untuk meneroka idea-idea.

Sedikit info mengenai dana bersama atau pilihan pelaburan pengumpulan bersama.

Kita semua mendengar tentang individu yang "membuat keuntungan besar" pada sesuatu saham. Namun mudah juga untuk kehilangan wang untuk apa-apa pelaburan tunggal. Mungkin menakutkan untuk memikirkan tentang menyelidik dan memilih saham atau pelaburan dengan tekanan potensi kehilangan wang.

Dana bersama dan pelaburan bercampur lain (yang mana sumbangan pelabur "dikumpulkan bersama") termasuklah pelbagai jenis pelaburan. Ia membantu mengurangkan risiko.

Profesional pelaburan (pengurus portfolio) dengan latihan dan alat khusus menguruskan dana bersama. Ini bermakna anda tidak perlu risau dengan keputusan harian yang terlibat dalam memilih pelaburan individu dalam dana bersama. Dalam sesetengah jenis dana, pengurus malah menyesuaikan campuran pelaburan dari semasa ke semasa untuk membantu anda terus berada di landasan untuk mencapai matlamat anda.

3. Menyelaraskan campuran pelaburan anda dari semasa ke semasa.

Secara amnya, ada baiknya anda mempunyai risiko yang lebih rendah apabila anda semakin dekat dengan "matlamat akhir" anda, sama ada ia persaraan anda atau tarikh lain.

Ini kerana jika pasaran jatuh, anda tidak mempunyai banyak masa untuk pulih daripada kerugian. Tidak mengejar potensi pertumbuhan yang sedikit mungkin berbaloi sebagai tukaran kepada risiko yang lebih rendah.

Ia suatu idea yang baik untuk mengimbangi portfolio anda sekurang-kurangnya setiap tahun. Dari semasa ke semasa, sesetengah pelaburan mungkin berkembang lebih banyak daripada yang lain. Selepas beberapa ketika, campuran pelaburan anda tidak sama dengan ketika anda memulakannya. Itu boleh bermakna anda mengambil lebih banyak risiko (atau lebih kurang) daripada yang anda pada asalnya inginkan.

Pengimbangan semula membawa semuanya kembali ke campuran asal anda, tetapi jika perubahannya lebih sesuai dengan apa yang anda inginkan, itu juga OK. Kebanyakan institusi kewangan dapat menolong anda mengimbangkan semula. Ada yang melakukannya secara automatik untuk anda.

Langkah seterusnya

  • Adakah anda mempunyai profesional kewangan untuk membantu? Orang yang dapat membantu anda mengetahui lebih lanjut mengenai pelan peruntukan aset yang diperibadikan. Jika anda tidak mempunyai seorang profesional kewangan, cari seorang yang berdekatan dengan anda.
  • Bercakap dengan penasihat cukai anda untuk memahami cukai pelaburan (dividen, keuntungan modal, pendapatan biasa) agar anda bersedia memfailkan cukai anda.