Permintaan Tempoh Bertenang bagi Principal

1. Apakah tempoh bertenang?

Tempoh bertenang adalah hak yang diberikan kepada pelabur untuk meminta bayaran balik penuh ke atas pelaburan mereka dalam tempoh 6 hari perniagaan dari tarikh penerimaan permintaan transaksi pelaburan permulaan yang berjaya.


2. Siapa yang berhak kepada tempoh bertenang?

Tempoh bertenang adalah terpakai kepada pelabur yang melabur dengan Principal untuk kali pertama. Pelabur kali pertama boleh membatalkan pelaburan yang telah dibuatnya dengan mengemukakan permintaan bertenang kepada Principal dalam tempoh enam (6) hari perniagaan dari tarikh pelaburan untuk menerima bayaran balik penuh pelaburan ke Akaun KWSP 1 anda.


3. Di mana anda boleh mendapatkan borang tempoh bertenang?

Borang ini boleh didapati di semua cawangan Principal.


4. Bilakah anda boleh mendapatkan bayaran balik anda apabila menyerahkan borang tempoh bertenang?

Anda akan menerima bayaran balik dalam tempoh enam (6) hari dari tarikh penerimaan notis bertenang oleh Principal dan selepas menerima bayaran daripada KWSP.


5. Jika anda telah melabur ke dalam dua dana pada masa yang sama tetapi anda ingin menggunakan hak tempoh bertenang anda untuk hanya satu dana. Bolehkah begitu?

Ya, anda boleh menggunakan hak tempoh bertenang anda untuk salah satu dana.


6. Adakah tempoh bertenang terpakai bagi pelaburan tambahan?

Tidak.


7. Anda mempunyai akaun unit amanah sedia ada dengan perunding unit amanah Principal; tetapi anda melabur untuk kali pertama melalui platform dalam talian ini ke dalam skim KWSP. Adakah tempoh bertenang terpakai untuk pelaburan di platform dalam talian ini?

Tidak.