Maklumat Umum: EPF i-Invest melalui i-Akaun

1. Apakah itu Pelaburan i-Akaun KWSP?
Ini adalah kemudahan dalam talian yang membolehkan anda mengeluarkan dana yang layak daripada Akaun Simpanan KWSP anda dari Akaun 1 untuk membuat pelaburan (iaitu belian) ke dalam unit amanah. Transaksi boleh dihantar melalui platform dalam talian ini termasuk pelaburan (iaitu membeli), menukar, menebus; dan bertanyakan baki akaun, nilai semasa, transaksi sejarah dan lain-lain.

2. Apakah waktu operasi EPF i-Invest melalui i-Akaun?

Waktu Operasi Fungsi Operasi Ciri Operasi
24 jam sehari, 7 hari seminggu Akaun

Papar pegangan akaun disatukan, permohonan pelaburan dan status pembayaran daripada:
•    Pegangan Akaun
•    Sejarah Transaksi
•    Status Permohonan

24 jam sehari, 7 hari seminggu Alat-alat Dana Papar maklumat dana dan analisa daripada:
•    Pilihan Dana
•    Pusat Carta
•    Senarai Pantau
 
24 jam sehari, 7 hari seminggu Pelaburan Mohon dan hantar permintaan pertukaran dan penebusan daripada:
•    Tebus/ Tukar
 

Isnin hingga Jumaat: 8.00 pagi hingga 7.30 malam

Sabtu, Ahad dan Hari Cuti Umum: 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Nota: Waktu operasi gerbang pindahan pelaburan i-Akaun KWSP

Pelaburan Memohon dan mengemukakan pelaburan (iaitu membeli) daripada:
•    Beli
 

 

3. Siapa yang layak untuk log masuk dan melakukan transaksi melalui EPF i-Invest?
Ia terbuka kepada semua Individu yang merupakan Ahli KWSP yang layak serta pelanggan i-Akaun KWSP. Mereka boleh menjadi pelanggan baharu kepada Principal Asset Management Berhad yang dahulu dikenali sebagai CIMB-Principal Asset Management Berhad (“Principal”); serta semua individu yang mempunyai akaun skim KWSP yang sedia ada dengan Principal.

4. Siapa yang boleh membuka akaun pelaburan dalam talian dan melabur melalui pengeluaran dana dari simpanan KWSP anda (iaitu skim pelaburan KWSP/ skim KWSP)?
Semua ahli KWSP berumur 18 tahun ke atas boleh membuka akaun pelaburan. Anda dibenarkan untuk melabur 30% dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1. Amaun Simpanan Asas adalah terpakai bagi ahli yang berumur sehingga 55 tahun sahaja sebelum kawalan pelepasan dikeluarkan oleh KWSP.

5. Apakah keperluan jumlah Simpanan Asas KWSP Akaun 1?
Semua ahli KWSP dibenarkan mengeluarkan dan melabur 30% daripada amaun yang melebihi simpanan asas yang diperlukan dalam Akaun 1 mengikut umur anda, iaitu jumlah yang layak untuk melabur dalam dana unit amanah yang diluluskan oleh KWSP.

5

Sumber: http://www.kwsp.gov.my/member/investment pada 18 Jul 2019

5

6. Bagaimanakah jumlah yang layak untuk pelaburan dikira?
(untuk ahli berumur sehingga 55 tahun sahaja)

Contoh: Seorang ahli berumur 34 tahun

Jumlah Simpanan dalam Akaun 1 RM118,926.56
Simpanan Asas diperlukan dalam Akaun 1 RM52,000
Jumlah lebihan dari Simpanan Asas RM66,926.56
Amaun yang Layak (30% x RM61,926.56) RM20,077.97

 

6

7. Jika anda berumur 55 tahun ke atas, adakah anda masih layak untuk log masuk dan melakukan transaksi?
Sekiranya anda berumur 55 tahun ke atas yang diklasifikasikan oleh KWSP sebagai Akaun 55 atau Akaun Emas. Anda layak untuk log masuk dan melakukan pelaburan (beli) sekiranya anda masih mempunyai dana dan/atau simpanan yang ada dalam akaun KWSP anda.

7a

7b

8. Apakah yang akan berlaku kepada akaun skim KWSP anda yang dilaburkan melalui pengeluaran dari Akaun KWSP 1 selepas anda berumur 55 tahun?
Sebaik sahaja anda berusia 55 tahun, semua akaun pelaburan yang dibuat melalui pengeluaran dari Akaun KWSP akan ditukarkan dari akaun skim KWSP ke dalam akaun skim Tunai dengan arahan kawalan pelepasan daripada KWSP.

9. Di mana anda boleh mendapatkan maklumat mengenai spesifikasi, prestasi & lain-lain dana?
Anda boleh melihat maklumat tersebut di laman web korporat i-Akaun KWSP atau Principal di https://www.principal.com.my/

Pelaburan i-Akaun KWSP:

9

Laman Web Korporat Principal:

9b

10. Di manakah anda boleh mencari harga harian dana/NAB dan harga sejarah/NAB?
Anda boleh melihat maklumat tersebut dalam Pelaburan i-Akaun KWSP atau laman web korporat Principal di https://www.principal.com.my/

Pelaburan i-Akaun KWSP:

​​10

Laman Web Korporat Principal:

10b

11. Siapakah yang anda hubungi sekiranya anda memerlukan bantuan?
Anda boleh e-melkan pertanyaan anda ke service@principal.com.my
Untuk bantuan telefon, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di +(603) 7718 3000
Waktu operasi Pusat Khidmat Pelanggan adalah:
•    Isnin hingga Khamis: 8.45am hingga 5.45pm
•    Jumaat: 8.45am hingga 4.45pm
Ditutup pada hari Cuti Umum Kebangsaan dan Selangor