Ulasan pendapat kami mengenai keadaan pasaran global

Knowledge Centre Illustration

Hari ini pasaran sedang naik. Kemudian pada hari berikutnya, ia turun. Kadang-kadang pasaran turun dan naik dalam hari yang sama -dan ibarat berita penularan coronavirus ke lebih 50 negara.

Sebagai pelabur, anda perlu menjangkakan beberapa turun naik dan perjalanan yang tidak lancar.

Penyebaran virus adalah menakutkan. Tetapi turun naik pasaran tidak semestinya mempunyai kesan negatif

Ketidaktentuan bukan bermakna kejatuhan pasaran semata-mata. Ia adalah pergerakan. Pasaran boleh dan telah berada di paras bawah. Namun, ketidakstabilan bermakna ianya juga akan akhirnya naik juga. Akhir-akhirnyaini, pasaran mengalami kejatuhan. Antara faktor penyebabnya:

  • Orang ramai semakin takut akan penyebaranCOVID-19 (coronavirus) kerana ia terus merebak telah memberi kesan kepada pasaran-disebabkan terutamanya kebimbangan mengenai kesan kepada rantaian bekalan global.
  • China, negara di mana wabak COVID-19 bermula, telah berkembang sebagai sebahagian daripada ekonomi global yang paling utama. Jadi impaknya dari segi ekonomi lebih tinggi berbanding situasiterdahulu contohnya, jangkitan SARS pada tahun 2003.

Gambaran yang lebih besar: Ketidaktentuan pasaran yang dialami sekarang tidak semestinya akan kekal negatif sehingga hujung tahun.

Punca utama ketidaktentuan pasaran adalah:

"Terdapat pelbagai andaian di luar sana, tetapi dua sumber utama ketidakpastian biasanya mendorong ketidaktentuan pasaran iaitu: kadar faedah dan pertumbuhan ekonomi," kata Bob Baur, Ph.D., Ketua Ekonomi Global Principal Global Investors.

Kadar faedah:

Fikirkan kadar faedah sebagai nilai wang. Apabila kadar naik, peniaga membayar lebih untuk pinjaman wang untuk perniagaan berkembang dan maju. Apabila kadar faedah  rendah, lebih murah bagi peniaga untuk membayar balik pinjaman mereka.  Justeru itu, kadar faedah adalah faktor penting dalam pelaburan kerana ia memberi impak terhadap pertumbuhan ekonomi.

Biasanya, apabila kadar faedah meningkat; kesannya terhadap pasaran adalah ketidaktentuan keranapeniaga terpaksa membayar pinjaman mereka pada kadar faedah yang lebih tinggi,  dan ini akan mengurangkan pertumbuhan ekonomi. Apabila kadar faedah turun, pasaran menganggapnya sebagai berita baik kerana ia bermakna kos pinjaman lebih rendah, dan ini berpotensi membolehkan  pertumbuhan makin terus meningkat.

Perkembangan ekonomi

Inilah faktor yang memacu pendapatan kebanyakan syarikat, jadi ia juga mempengaruhi pelaburan. Apabila pertumbuhan ekonomi semakin perlahan, pelabur akan mula bimbang (seperti semasa penyebaran coronavirus), pasaran pelaburan  juga bergerak lebih perlahan, dan ramai  menjangkakan kontraksi ekonomi akan merosot.

Ketidaktentuan pasaran adalah sesuatu yang bukan baru.  -Situasi coronavirus-juga tidak terkecuali.

Pasaran turun dan naik adalah lumrah pelaburan. Ia sentiasa berlaku. Apa yang berbeza sekarang adalah kemunculan risiko yang begitu pantas dan diluar dugaan yang boleh menjejaskan pelaburan. Pengumuman dari kerajaan, pandemik, atau mesej twitter boleh memberi kesan.

Sebahagian daripada masalah ini didorong oleh teknologi kerana maklumat boleh  diedarkan lebih cepat daripada sebelum ini.  Berita baik atau buruk kini amat mudah dan cepat membuat laluan ke pasaran. Perubahan ini juga dipacu oleh rantaian bekalan global yang saling berkait yang menghubungkaitkan pelbagai ekonomi bersama.

Terdapat dua perkara yang harus diingat oleh para pelabur. Pertama dan yang paling penting: Ketidaktentuan biasanya merupakan fenomena jangka pendek dan persaraan adalah prospek jangka panjang. Kekal focus pada pelan pelaburan jangka panjang  anda untuk mengatasi tekanan akobat turun naik pasaran.

Kedua, pasaran pelaburan akhirnya akan berjalan  seiring dengan dengan kepantasan maklumat. Pada satu tahap, pasaran akan berupaya  memisahkan antara andaian daripada maklumat yang sebenar. Ini merupakan perkara biasa dalam pasaran pelaburan.

Apakah maknanya untuk pelaburan

Ketidaktentuan pasaran tidak mengubah akan komitmen kami kepada anda. Walaupun ketidaktentuan pasaran merupakan fenomena jangka pendek, tindakan reaktif bukanlah pilihan yang tepat dalam membuat keputusan. Pendekatan pelaburan secara praktikal mestilah berdasarkan pandangan jangka panjang dan hala tuju matlamat anda. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan:

  • Ketidaktentuan pasaran sebenarnya memberi anda peluang . Apabila pasaran jatuh, anda boleh membeli lebih banyak unit dengan wang yang anda laburkan.
  • Pertimbangkan  portfolio yang pelbagai, kerana iaboleh membantu dalam situasi ketika pasaran tidak menentu.
     
* Tinjauan pasaran ini bukan merupakan tawaran, , komitmen, nasihat atau cadangan untuk membuat pembelian sebarang pelaburan. Maklumat yang diberikan dalam artikel ini merupakanpandangan Principal Asset Management Berhad  ("Principal Malaysia") atau berdasarkan data yang diperoleh daripada sumber-sumber yang dipercayai oleh Principal Malaysia. Walaupun setiap penjagaan telah diambil dalam penyediaan informasi ini, Principal Malaysia tidak memberikan sebarang perwakilan atau jaminan dan tidak dalam apa-apa keadaan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerimaan pendapat, nasihat atau pernyataan yang dibuat dalam pandangan pasaran ini.