Maklumat Am Skim Persaraan Swasta (PRS)

1. Apa yang anda perlu tahu mengenai Skim Persaraan Swasta (“PRS”)?
Skim Persaraan Swasta (“PRS”) diperkenalkan untuk menggalakkan simpanan persaraan. 

  • Ia merupakan cara baru untuk meningkatkan simpanan persaraan. PRS adalah skim sukarela untuk semua individu yang berumur 18 tahun ke atas. Ia merupakan satu cara tambahan untuk meningkatkan simpanan persaraan, sama ada anda adalah ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”) atau tidak. Jika anda seorang Ahli KWSP, PRS boleh menjadi pelengkap simpanan KWSP anda.
  • Ia membolehkan anda menikmati penjimatan cukai tambahan. Anda boleh menikmati pelepasan cukai peribadi sehingga RM3,000 setahun* di samping pelepasan cukai RM 6,000 setahun bagi caruman simpanan persaraan mandatori dan premium insurans hayat. Ini mungkin sebanyak RM840 setahun (bergantung kepada kurungan cukai anda).

*Caruman ke dalam PRS dan anuiti tertunda berkuat kuasa dari tahun taksiran 2012 hingga 2025.

2.  Apakah perbezaan utama antara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PRS?

  • Dengan pengecualian kategori tertentu, semua pekerja di bawah kontrak perkhidmatan perlu mencarum dalam KWSP. Sebaliknya, PRS adalah skim sukarela bagi individu yang berumur 18 tahun ke atas.
  • KWSP, yang mana adalah di bawah skop Kementerian Kewangan, perlu mengekalkan pulangan minima sebanyak 2.5% setiap tahun kepada para pendeposit. Sebaliknya, PRS diuruskan oleh pengantara kewangan swasta yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”) tidak memberikan pulangan terjamin.
  • Semua caruman PRS adalah berasingan dan tidak akan menjejaskan caruman KWSP mandatori anda. Caruman KWSP mandatori anda (potongan peribadi anda sendiri dan juga sumbangan majikan anda) akan kekal sama.

3. Siapakah yang layak untuk menyertai PRS?
Individu-individu yang berumur 18 tahun ke atas (kedua-dua warganegara Malaysia dan warga asing *) layak untuk mendaftar skim ini dan penyertaan adalah secara sukarela. Majikan juga boleh memilih untuk mencarum bagi pihak pekerja.

*Sila ambil perhatian bahawa mana-mana penduduk tetap Amerika Syarikat (termasuk warganegara AS yang tinggal di Malaysia) tidak dibenarkan menyertai Principal PRS Plus dan Principal Islamic PRS Plus.

4. Apakah Private Pension Administrator (PPA) dan fungsi-fungsinya?
Dikawal selia oleh SC, Private Pension Administrator (“PPA”) bertujuan untuk menggalakkan kecekapan dan kemudahan kepada ahli PRS melalui fungsi-fungsinya, termasuk:

  • Untuk menyediakan rangka pentadbiran sehenti bagi pertumbuhan dan operasi landskap PRS.
  • Untuk memudahkan semua pertanyaan dan transaksi yang diminta oleh ahli.
  • Untuk memberikan maklumat berkaitan PRS bagi mewujudkan kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai PRS.

5. Apakah dana yang ditawarkan oleh Principal??

Principal PRS Plus Principal Islamic PRS Plus
Principal PRS Plus Conservative Principal Islamic PRS Plus Conservative
Principal PRS Plus Moderate Principal Islamic PRS Plus Moderate
Principal PRS Plus Growth Principal Islamic PRS Plus Growth
Principal PRS Plus Equity Principal Islamic PRS Plus Equity
Principal PRS Plus Asia Pacific Ex-Japan Equity Principal Islamic PRS Plus Asia Pacific Ex-Japan Equity