Simpanan persaraan anda: Bagaimana untuk memastikan simpanan persaraan anda mencukupi.

Perancangan untuk persaraan jangka panjang boleh menjadi Tetapi beberapa langkah mudah dapat membantu memastikan anda mempunyai dana yang diperlukan untuk menikmati persaraan anda.

Petua untuk simpanan persaraan

Anda harus proaktif dalam memelihara dan meningkatkan simpanan persaraan anda. Rujuk kepada panduan ini:

Gambarkan persaraan anda
Simpanan persaraan anda bergantung kepada gaya hidup anda. Tentukan matlamat yang anda ingin capai sebaik sahaja anda bersara nanti. Jika matlamat anda adalah untuk mengembara atau mengubah gaya hidup, maka perancangan anda akan menjadi lebih mudah.

Nilai aset anda.
Periksa aset sedia ada untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai keadaan kewangan anda apabila bersara nanti.

Teruskan menjana simpanan anda.
Walaupun anda akan bersara tidak lama sahaja lagi, ia dapat membantu untuk terus menyumbang secara agresif kepada dana persaraan mandatori anda. Jimat sebanyak mungkin semasa anda masih bekerja. Strategi lain yang perlu dipertimbangkan adalah termasuk sumbangan kepada skim persaraan swasta (PRS). Tidak ada tempoh yang terlalu awal atau lewat apabila melabur dalam persaraan anda.

Terus bekerja.
Sekiranya anda suka pekerjaan semasa anda, pertimbangkan untuk bersara selama setahun atau dua tahun lagi bagi membantu meningkatkan simpanan anda. Sebaik sahaja anda bersara, anda boleh memilih untuk bekerja secara sambilan sehingga simpanan persaraan anda berpotensi untuk terus bertambah melalui pulangan dari pelaburan.

Rancang dengan bijak.
Persaraan adalah pengalaman baru, justeru itu anda masih belum mahir mengenainya.. Dapatkan bantuan perunding kewangan untuk membantu mengurangkan risiko simpanan anda tidak mencukupi ketika anda bersara. Perunding kewangan boleh membantu anda membuat pilihan, termasuk membantu anda merancang belanjawan persaraan anda.

Laraskan jangkaan matlamat anda.
Jika anda tidak dapat menyimpan secukupnya untuk persaraan yang anda ingini, anda mungkin perlu menetapkan semula jangkaan matlamat anda.

Untuk membantu anda berada di landasan yang betul dan mengurangkan kemungkinan ketidakcukupan wang, semak semula perancangan persaraan sekurang-kurangnya secara tahunan, atau sebagai peristiwa penting berlaku sebelum dan selepas anda bersara. Sebagai alternatif, anda boleh mengadakan pertemuan dengan Perunding Skim Unit Amanah kami untuk membincangkan keperluan dan matlamat kewangan anda.