Principal memperluaskan tawaran patuh syariah dengan dua dana baharu

Principal memperluaskan tawaran patuh syariah dengan dua dana baharu

 

Principal Logo W1880 x H182_Media Center

UNTUK SIARAN SEGERA

Principal memperluaskan tawaran patuh syariah dengan dua dana baharu  

Dua dana baharu ini menawarkan pendedahan pelaburan kepada pasaran global dan meraih peluang kepelbagaian

(KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Ogos 2023)

Principal Malaysia (“Principal”) memperkenalkan dua dana patuh Syariah baharu iaitu Dana Principal Islamic Global Multi-Asset dan Dana Principal Islamic Greater China Growth bagi memenuhi keperluan pelabur di Malaysia yang semakin berkembang. Dua dana ini meluaskan tawaran penyelesaian patuh Syariah Principal dan menawarkan peluang kepada pelabur untuk mempelbagaikan portfolio mereka dengan pelbagai kelas aset dan pasaran global, sambil mematuhi prinsip-prinsip Syariah.

“Kami berbangga untuk menyediakan akses dan pendedahan berterusan kepada pelbagai kelas aset dalam pasaran negara membangun dan negara maju buat para pelabur, kata Munirah Khairuddin, ketua pegawai eksekutif dan country head Principal Malaysia. "Tawaran penyelesaian pelaburan patuh Syariah kami yang semakin berkembang memanfaatkan kemampuan pengurusan aset tempatan dan global kami dalam pelbagai bidang, bagi mengenalpasti peluang pelaburan dan memenuhi keperluan pelanggan."

Strategi Pelaburan

Pelancaran kedua-dua dana ini menandakan komitmen Principal dalam menawarkan penyelesaian pelaburan patuh Syariah yang dapat membantu pelabur mencapai objektif pelaburan mereka.

  • Dana Principal Islamic Global Multi-Asset: Menyediakan pendedahan kepada portfolio berpelbagai kelas aset, terutamanya dalam ekuiti patuh Syariah dan Sukuk, dan menerapkan peruntukan aset secara strategik dan taktikal bagi menghadapai kitaran pasaran, sambil mengurangkan risiko portfolio. Dana ini juga menawarkan potensi pulangan daripada pertumbuhan modal dan pendapatan dalam jangka masa sederhana hingga panjang.

  • Dana Principal Islamic Greater China Growth: Melabur dalam ekuiti patuh Syariah syarikat-syarikat khususnya di China, Hong Kong, dan Taiwan yang menunjukkan perubahan asas positif dan wajaran rendah berbanding potensi masa hadapan mereka. Dana ini juga membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan modal dalam jangka masa panjang.

"Permintaan bagi penyelesaian patuh Syariah terus meningkat dan kami percaya bahawa pengenalan Dana Principal Islamic Global Multi-Asset dan Dana Principal Islamic Greater China Growth, adalah pelengkap yang sempurna untuk rangkaian dana kami yang sedia ada, yang bertujuan untuk menyediakan pendapatan tahunan dan pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang”, tambah Munirah.

Dana Principal Islamic Global Multi-Asset menawarkan tiga kelas aset untuk pelabur: Kelas USD, Kelas MYR and Kelas MYR-Hedged. Manakala, Dana Principal Islamic Greater China Growth menawarkan lima kelas aset untuk pelabur: Kelas MYR, Kelas MYR-Hedged, Kelas USD, Kelas SGD and Kelas SGD-Hedged.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.principal.com.my.

Penafian: Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada). Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada) telah didaftarkan dan/atau diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab terhadap kandungan tersebut. Salinan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada) boleh didapati di pejabat, pengedar atau laman web kami di www.principal.com.my. Pengeluaran mana-mana unit yang berkaitan dengan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan hanya akan dibuat apabila menerima permohonan yang dirujuk dan mengiringi salinan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan. Sila ambil perhatian bahawa pelaburan dalam dana unit amanah, dana borong dan/atau skim persaraan swasta yang berkaitan mempunyai risiko. Panduan pelbagai risiko yang terlibat diterangkan dalam Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang berkaitan. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak menyemak iklan yang dikeluarkan oleh Principal.

Tentang Principal Malaysia

Principal Asset Management Berhad (Principal Malaysia), dimiliki bersama oleh Principal Financial Group®, salah satu ahli  FORTUNE 500® dan perkhidmatan kewangan global yang tersenarai di Nasdaq, dan kumpulan CIMB, salah satu kumpulan perbankan yang terulung di Asia Tenggara.

Ditubuhkan pada 13 Jun 1994, di Malaysia dan kini turut bertapak di Indonesia, Thailand dan Singapura. Di Malaysia, kami menawarkan lebih 3 juta pelabur pelbagai unit amanah, skim persaraan, mandat korporat dan kepakaran pengurusan aset untuk membantu menjadikan keselamatan kewangan mudah diakses oleh lebih ramai pelabur.

Principal Malaysia komited untuk mengembangkan populasi mereka yang hidup dalam keselamatan kewangan, melalui tindakan-tindakan yang bertanggungjawab jangka panjang, dan mencipta lebih banyak peluang untuk generasi akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.principal.com.my atau ikuti kami di www.facebook.com/PrincipalAssetMY/..

Principal®, Principal dan reka bentuk symbol adalah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan Principal Financial Services, Inc. salah satu ahli syarikat Principal Financial Group®.