Principal Malaysia Memilih AWS bagi Memacu Transformasi Digital dalam Usaha Meningkatkan Pengalaman Pengguna Secara Besar-Besaran

Principal Malaysia Memilih AWS bagi Memacu Transformasi Digital dalam Usaha Meningkatkan Pengalaman Pengguna Secara Besar-Besaran

 

Principal Logo W1880 x H182_Media Center

 

Principal Malaysia (Principal), syarikat milik bersama antara Principal Financial Group ® (PFG), salah satu daripada syarikat FORTUNE 500 ® dan perkhidmatan kewangan global tersenarai di Nasdaq, dengan CIMB Group Holdings Berhad, hari ini telah mengumumkan bahawa Amazon Web Services (AWS), sebuah syarikat milik Amazon.com, telah dipilih sebagai penyedia perkhidmatan awan (cloud services provider) dalam usahanya untuk memacu kemajuan transformasi digital dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

Principal merupakan syarikat pertama dalam industri perkhidmatan kewangan yang memindahkan pusat data sepenuhnya ke sistem perkhidmatan awan AWS di Malaysia dan ASEAN. Dengan pemindahan 150 sistem pelayan (servers) dan 35 aplikasi bisnes penting, termasuk sistem perniagaan seperti Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM) ke AWS ini, Principal memperolehi kepantasan berskala dan ketangkasan perkhidmatan awan. Ini akan membolehkan Principal untuk terus memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat dan berubah.

“Di Principal, kami komited untuk memperkasakan para pelanggan dalam perancangan kewangan mereka. Kerjasama dengan AWS membuktikan komitmen kami untuk memenuhi keperluan para pelanggan yang semakin meningkat, dan akan membantu mereka untuk mendapatkan penyelesaian kewangan. Dengan memanfaatkan teknologi awan AWS, kami akan terus berusaha membantu pelanggan untuk membina, melindungi, dan memajukan kedudukan kewangan mereka," menurut Munirah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Malaysia dan Syariah Global dan Pengarah Urusan Edaran Strategik dan Pelanggan Institusi bagi Principal Asia Tenggara.

Dengan strategi yang mengutamakan perkhidmatan awan, Principal mempunyai keupayaan untuk sentiasa menilai landskap industri kewangan, dan membuat keputusan perniagaan dengan cekap dan pilihan yang fleksibel. Jumlah pelabur Malaysia semakin meningkat, dan Principal memerlukan keupayaan dan persekitaran yang dapat memberikan perkhidmatan pelaburan yang pantas dan selamat, untuk menarik pelanggan yang semakin berkembang.

“Secara global, kerjasama Principal dengan AWS akan membolehkan kami menyesuaikan diri dengan pantas untuk memenuhi permintaan pelanggan, mempercepatkan tempoh pelancaran produk ke pasaran, dan menyampaikan pengalaman yang lebih peribadi berbanding sebelum ini,” kata Kathy Kay, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Maklumat di Principal Financial Group. "Ini dapat membantu kami untuk membuat keputusan yang lebih pantas dan lebih bijak untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang."

Penggunaan perkhidmatan awan AWS dan latihan mengenai penggunaannya telah mengubah budaya teknologi Principal secara radikal, dan ia membolehkan unit-unit perniagaan yang terbabit menyesuaikan diri untuk perubahan pilihan pengguna dengan cekap.

Beralih ke model awan (cloud model) dengan memanfaatkan infrastruktur global AWS – Amazon Relational Database Service, membantu organisasi memperluaskan pangkalan data hubungan di awan; Amazon API Gateway, satu perkhidmatan yang dikelolakan sepenuhnya akan membolehkan pembangun untuk mencipta, menerbitkan, dan menyelia API dengan mudah pada semua skala; dan Amazon Connect, sebuah pusat hubungan pelanggan awan – akan membolehkan Principal untuk melabur dalam teknologi baru, mengurangkan jejak pusat data, dan mencipta peluang perniagaan global, sambil mendorong transformasi digital yang merentas berbagai perniagaan.

"Kebanyakan syarikat perkhidmatan kewangan terulung dalam industri pengurusan aset, seperti Principal, semakin beralih kepada teknologi awan untuk perlaksanaan idea yang cepat, sambil memastikan penggunaan yang selamat dan mematuhi rangka perundangan," kata Pete Murray, Country Head, Malaysia, dan Ketua Perkhidmatan Industri Kewangan (FSI), ASEAN, AWS. "AWS bangga untuk menyokong Principal dalam usaha mereka untuk berinovasi, bertindak mengikut peluang pasaran baru, dan berubah untuk memenuhi keperluan pelanggan yang dinamik di Malaysia, dan kami berharap dapat menyokong misi Principal untuk memupuk masyarakat di mana jaminan kewangan dapat diakses oleh semua pihak."

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.principal.com.my.

Tentang Principal Asset Management Berhad

Principal Asset Management Berhad dimiliki bersama oleh Principal Financial Group, salah satu dari ahli FORTUNE 500 ® dan perkhidmatan kewangan global yang tersenarai di Nasdaq, dan Kumpulan CIMB, salah satu kumpulan perbankan yang terulung di Asia Tenggara.

Principal Asset Management Berhad telah ditubuhkan pada 13 Jun 1994 di Malaysia dan kini turut bertapak di Indonesia, Thailand dan Singapura. Kami menawarkan pelbagai solusi pelaburan kepada individu dan entiti perniagaan untuk membina, melindungi dan mempertingkatkan kewangan mereka melalui pelaburan unit amanah, skim persaraan, mandat korporat dan kepakaran pengurusan aset.

Dengan idea yang inovatif dan penyelesaian kehidupan sebenar, kami membantu para pelanggan kami tidak kira apa jua jumlah pendapatan dan portfolio mereka dalam merancang kewangan mereka demi masa depan yang lebih selesa.

Principal, Principal dan reka bentuk simbol dan Principal Financial Group adalah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan Principal Financial Services, Inc. salah satu ahli syarikat Principal Financial Group. ©2019 Principal Financial Services, Inc.