Dana ditawarkan GO+ Touch ‘n Go kini patuh-Syariah - Dana yang ditawarkan GO+ merupakan produk pertama di Malaysia yang patuh-Syariah

Dana ditawarkan GO+ Touch ‘n Go kini patuh-Syariah - Dana yang ditawarkan GO+ merupakan produk pertama di Malaysia yang patuh-Syariah

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2021 – Kumpulan Touch ‘n Go dan Principal Asset Management (“Principal”) mengumumkan bahawa dana Principal e-Cash yang ditawarkan Touch ‘N Go melalui produknya GO+ kini patuh-Syariah. Ini menjadikan GO+ produk eWallet pertama di Malaysia yang menawarkan dana patuh-Syariah. 

Para pelanggan Touch ‘N Go eWallet masih boleh mengakses pelaburan pasaran wang (money market) yang berisiko rendah melalui dana patuh-Syariah ini dengan hanya serendah RM10, menerima pulangan yang sama setiap hari, dan menggunakannya untuk semua transaksi yang terdapat dalam eWallet ini.

“Ketika kami melancarkan GO +, ada panggilan dari pengguna agar dana asasnya mematuhi Syariah. Kami dengar akan seruan pengguna dan dengan segeranya melakukan sesuatu mengenainya. Kami kini mempunyai produk yang lebih inklusif daripada sebelumnya, dan sesuai dengan matlamat kami untuk menyediakan perkhidmatan kewangan asas kepada semua lapisan masyarakat,” kata Effendy Shahul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Touch ‘n Go. 

GO+ yang telah dilancarkan pada bulan Mac tahun ini adalah  langkah pertama oleh Touch ‘n Go dalam arena perkhidmatan kewangan digital.

Dana produk GO+ iaitu Principal e-Cash, merupakan dana pasaran wang yang diuruskan oleh Principal. Produk ini direkabersama melalui kerjasama antara Touch ‘n Go, pakar dalam teknologi serta ekosistem eWallet, dan Principal, pakar pelaburan serta pengurusan dana.

Munirah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management berkata, “Kami akan terus mempertingkatkan komitmen kami dalam membantu lebih ramai rakyat Malaysia menangani cabaran kewangan khususnya di dalam situasi yang tidak menentu ini.  Dengan adanya Principal e-Cash yang kini patuh-Syariah, kami mengalu-alukan semua pelanggan tanpa mengira latar belakang mereka untuk memulakan perjalanan pelaburan dengan serendah RM10 sahaja untuk memperolehi pulangan yang sama. Fokus kami adalah untuk menawarkan solusi pelaburan yang inklusif agar jaminan kewangan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja.

Tambah beliau, “Sebagai rakan kewangan, kepakaran kami mengenalpasti tren dan keperluan para pelanggan dalam solusi patuh-Syariah telah membolehkan perniagaan serta kemampuan kami dalam pelaburan patuh-Syariah terus meningkat.  Principal merupakan antara pengurus asset Islamik yang terbesar di Malaysia, antara lima terbesar di dunia dan sentiasa di barisan hadapan dalam menghasilkan produk dan solusi patuh-Syariah di pasaran dunia. Jumlah dana asset yang kami uruskan di Asia Tenggara adalah RM96.7 billion di mana RM30.69 billion merupakan dana patuh-Syariah.”

Dalam pada itu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie, penasihat Syariah Principal berkata, “Industri kewangan Islam dijangka akan terus berkembang dalam 2021 dan 2021. Kami percaya kerjasama di antara Touch ‘n Go dan Principal ini akan menjadi pemangkin kepada pasaran pelaburan Islam, dan membolehkan lebih ramai lagi golongan Islam mendapat manfaat daripada pelaburan berbentuk eWallet.

Sehingga kini, jumlah pelanggan eWallet Touch ‘Go GO+ melebihi 1.2 juta. Semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas boleh menggunakan GO+ yang ditawarkan kepada pengguna eWallet Touch ‘n Go.

Untuk informasi lanjut dan maklumat terkini mengenai GO+, sila layari www.tngdigital.com.my

- TAMAT -


Mengenai Touch ‘n Go Group
Touch ‘n Go Group adalah perusahaan teknologi kewangan berpandukan pengguna yang terkemuka di MAlaysia dengan tumpuan utama dalam ekosistem pengangkutan dan infrastruktur pembayaran berasaskan platform di negara ini. Ia terdiri daripada penawaran perkhidmatan Touch ‘n Go Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik sepenuhnya CIMB Group dan TNG Digital Sdn Bhd (“TNGD”), sebuah usaha sama antara Touch ‘n Go dan Ant Group, syarikat induk Alipay, platform pembayaran digital terbesar di China. Kumpulan syarikat Touch ‘n Go berkhidmat untuk rakyat Malaysia yang menggunakan kad, rfid dan penawaran eWallet untuk melaksanakan pelbagai transaksi harian.

Mengenai TNG Digital Sdn Bhd
TNG Digital Sdn Bhd (“TNGD”) telah diasaskan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd dan Ant Group (“Ant”), syarikat induk Alipay, platform pembayaran digital terbesar di China. Diasaskan pada tahun 2017, TNGD adalah pemilik dan pengendali Touch ‘n Go eWallet, syarikat eWallet nombor satu di MAlaysia dengan lebih 16 juta pengguna berdaftar. Menggabungkan jenama domestik Touch ‘n Go yang kukuh, dominasi dalam penggunaan tol, transit dan tempat meletak kereta dan pangkalah pengguna di seluruh negara, dengan kepakaran domain yang tinggi Ant dan sebagai peneraju pembangunan platform terbuka untuk perkhidmatan kewangan inklusif yang diterajui teknologi, Touch ‘n Go eWallet menyediakan perkhidmatan kewangan dan pembayaran kepada para pengguna runcit dan perniagaan kecil ke sederhana, merentasi infrastruktur fizikal dan dalam talian. untuk maklumat lanjut, sila layari www.tngdigital.com.my.

Mengenai Principal Asset Management Berhad
Principal Asset Management Berhad merupakan syarikat usahasama di antara Principal Financial Group, yang merupakan ahli FORTUNE 500®  serta pakar perkhidmatan kewangan bertaraf dunia yang tersenarai di Nasdaq dan  CIMB Group Holdings Berhad, salah sebuah kumpulan bank universal terbesar di Asia Tenggara. Ditubuhkan pada 13hb Jun 1994, ibupejabat Principal Asset Management terletak di Kuala Lumpur, dan turut beroperasi di Indonesia, Thailand dan Singapura. Di Malaysia, jumlah pelanggan Principal melebihi 1.5 juta orang dan aset yang diuruskannya pula adalah RM69.5 bilion setakat Jun 2021. Principal menawarkan solusi unit amanah, skim persaraan swasta dan patuh-Syariah yang inovatif untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai jaminan kewangan.  

UNTUK PERTANYAAN MEDIA, SILA HUBUNGI

Adeline Ong                 
Email: adeline@touchngo.com.my            
Tel: +6013 397 4471

Fartini Zaharuddin    
Email: fartini.zaharuddin@principal.com.my        
Tel: +6012 288 3529