Principal menyumbangkan 120,000 pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada mangsa banjir

Principal menyumbangkan 120,000 pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada mangsa banjir

Principal® memberi sokongan kepada mangsa banjir di Malaysia

Kuala Lumpur, 15 Januari 2021 - Principal® memberikan sokongan minggu ini kepada mereka yang terjejas oleh banjir di negeri Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Principal Financial Group®, Principal Asset Management, dan Principal Islamic Asset Management bergabung untuk menyumbang 100,000 keping pelitup muka dan 20,000 botol cecair pembasmi kuman ke pusat pemindahan di Kuantan, Kemaman, Marang, Kuala Lipis, dan Pengkalan Chepa.

Principal® bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKM) di negeri masing-masing untuk menyelaras dan menyampaikan barang-barang penting ini, dengan sokongan pembekal tempatan, ke kawasan kritikal yang dilanda banjir. Syarikat mengambil langkah keselamatan dan kesihatan untuk memastikan proses pengangkutan dan pengedaran mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Negeri.

Munirah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management berkata, “Saya sangat prihatin dengan banjir besar yang terjadi dan tragedi yang menimpa sesama rakyat Malaysia. Dengan kedua-dua banjir dan wabak tersebut, langkah berjaga-jaga harus diambil untuk mengekang penyebaran COVID-19 dan melindungi nyawa dan keselamatan mangsa banjir. Saya bangga melihat bagaimana pasukan kami telah berusaha untuk membantu jiran kita pada masa yang paling memerlukan.

"Sebagai sebuah syarikat, kami fokus untuk menjaga bukan hanya pelanggan, rakan niaga dan karyawan kami, tetapi juga individu yang tinggal di komuniti tempat kami berniaga. Melakukan apa yang betul telah menjadi sebahagian daripada diri kita. Ini juga menjadi kewajiban kita dalam jangka panjang untuk terus memajukan misi kita dan membangunkan masyarakat global yang lebih inklusif, berdaya tahan, dan lestari. Sebagai warganegara korporat, Principal® berusaha untuk melakukan apa yang betul - sesuatu yang kami telah berusaha keras untuk dilakukan selama lebih dari 140 tahun di seluruh dunia dan selama lebih dari dua dekad di Malaysia, "tambahnya.

Sepanjang tahun 2020, Principal® telah komited untuk membantu orang lain, di antaranya adalah kakitangan kesihatan dan perubatan yang memerangi COVID-19, pelajar yang terkandas di Lembah Klang, dan komuniti di Sabah yang terkesan daripada gelombang kedua COVID-19. Principal® akan terus memantau keadaan dan kami akan terus menawarkan bantuan..

Title alignment
LEFT