Principal Asset Management melancarkan Dana Principal Global Sustainable Growth bagi menawarkan peluang kepada pelabur untuk manfaatkan kelebihan ESG

Principal Asset Management melancarkan Dana Principal Global Sustainable Growth bagi menawarkan peluang kepada pelabur untuk manfaatkan kelebihan ESG

Kuala Lumpur, 17 September 2021 – Principal Asset Management Berhad (“Principal”) telah melancarkan Dana Principal Global Sustainable Growth (“Dana”). Kami telah mendengar pendapat dan pandangan pelabur mengenai keperluan untuk melabur dalam penyelesaian pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab. Dana ini akan membolehkan para pelabur di Malaysia untuk melabur dalam Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang  bertujuan untuk mencapai peningkatan modal.

Menurut Munirah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management, “Pelancaran Dana Principal Global Sustainable Growth Fund mencerminkan komitmen kami terhadap kesedaran yang semakin meningkat mengenai isu-isu kelestarian di Malaysia. Ini juga merupakan antara usaha untuk mengembangkan penyelesaian pelaburan inovatif yang membina, melindungi dan memajukan kesejahteraan kewangan para pelabur di samping membantu menjaga persekitaran dan manusia sejagat.

“Dalam dunia yang berkembang pesat, kita dapat melihat minat terhadap dana ESG yang memberikan kesan positif sambil menghasilkan pulangan semakin meningkat. Ini ditunjukkan dalam pertumbuhan luar biasa aset dana ESG dalam beberapa tahun lepas. Memandangkan penyelerasan pelaburan dengan nilai-nilai ESG dapat diterjemahkan kepada prestasi yang konsisten dalam jangka masa sederhana hingga panjang, ini tidaklah menghairankan,” tambah beliau.

Sebagai dana pelaburan yang lestari dan bertanggungjawab, kepemilikan Dana tersebut, termasuk pemilihan, pengekalan dan realisasi pelaburannya adalah tertakluk pada metodologi integrasi ESG mengikut prinsip United Nations Principles for Responsible Investment (“UN PRI”). Principal Financial Group menerusi Principal Global Investors (PGI) telah menjadi penandatangan UN PRI sejak Disember 2010. Di Asia Tenggara, Principal Asset Management di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia and Principal Islamic Asset Management menjadi penandatangan sejak Disember 2019 di bawah Principal Asset Management (SEA).  

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (“CIMB” atau “Bank”) telah dilantik sebagai pengedar eksklusif Dana Global Sustainable Growth Fund untuk tempoh 3 bulan. Pelanggan CIMB yang ingin melabur dalam Dana tersebut atau dana unit amanah lain yang ditawarkan melalui CIMB boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank.

Samir Gupta, Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB berkata, “CIMB gembira untuk bekerjasama dengan Principal Asset Management sebagai pengedar bank eksklusif untuk Dana Principal Global Sustainable Growth. Dana ini akan memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada kalangan pelabur runcit untuk pelaburan patuh-ESG yang membolehkan mereka untuk memilih pelaburan yang lebih beimpak dan lestari. Tambahan Dana ini kepada rangkaian penawaran kami dapat meningkatkan kelebihan cadangan kami kepada pelanggan dan kami berharap dapat menawarkan penyelesaian inovatif sebegini di masa depan.

Dana ini berantara masuk ke Dana Schroder International Selection Fund Global Sustainable Growth (“Dana Sasaran”) yang dikendalikan oleh Schroder Investment Management (“Pengurus Sasaran”). Dana Sasaran ini bertujuan untuk memberikan petumbuhan modal dengan melabur dalam saham-saham syarikat di seluruh dunia yang menerapkan nilai-nilai ESG yang kuat dalam perniagaan mereka yang kemudiannya dapat memperoleh pertumbuhan yang tinggi dan dan stabil dalam jangka masa panjang. Rekod prestasi Dana Sasaran juga menunjukkan kemampuannya sejak tahun 2001. 

Direka dengan struktur kelas-pelbagai dengan empat kelas saham; Kelas AUD-Hedged, Kelas MYR-Hedged, Kelas SGD-Hedged dan Kelas USD dengan harga tawaran awal AUD 1,000, MYR 1,000, SGD 1,000 dan USD 1,000.

Untuk informasi lanjut berkenaan Dana Principal Global Sustainable Growth, sila layari www.principal.com.my atau hubungi 603-7718 3100. 
-end-

 

Tentang Principal Asset Management Berhad
Principal Asset Management Berhad dimiliki bersama oleh Principal Financial Group®, salah satu dari ahli FORTUNE 500® dan perkhidmatan kewangan global yang tersenarai di Nasdaq, dan Kumpulan CIMB, salah satu kumpulan perbankan yang terulung di Asia Tenggara. 

Principal Asset Management Berhad telah ditubuhkan pada 13 Jun 1994 di Malaysia dan kini turut bertapak di Indonesia, Thailand dan Singapura. Kami menawarkan pelbagai solusi pelaburan kepada individu dan entiti perniagaan untuk membina, melindungi dan mempertingkatkan kewangan mereka melalui pelaburan unit amanah, skim persaraan, mandat korporat dan kepakaran pengurusan aset.

Dengan idea yang inovatif dan penyelesaian kehidupan sebenar, kami membantu para pelanggan kami tidak kira apa jua jumlah pendapatan dan portfolio mereka dalam merancang kewangan mereka demi masa depan yang lebih selesa. 

Principal, Principal dan reka bentuk simbol dan Principal Financial Group adalah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan Principal Financial Services, Inc. salah satu ahli syarikat Principal Financial Group®. ©2019 Principal Financial Services, Inc.


  
Penafian: Kami mencadangkan supaya anda membaca dan memahami kandungan Memorandum Maklumat Dana Principal Global Sustainable Growth bertarikh 13 September 2021 yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sebelum melabur dan pastikan bahawa anda menyimpan Memorandum Maklumat tersebut untuk rujukan anda. Terbitan unit-unit yang berkaitan dengan Memorandum Maklumat hanya akan dikeluarkan selepas menerima borang permohonan lengkap yang dilampirkan bersama Memorandum Maklumat tersebut, tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalamnya. Pelaburan dalam dana adalah terdedah kepada risiko-risiko. Anda seharusnya memahami risiko yang ada, membuat penilaia risiko anda sendiri dan dapatkan nasihat profesional, di mana perlu. Anda boleh mendapatkan salinan Memorandum Maklumat ini di ibu pejabat Principal Asset Management Berhad, laman web kami di www.principal.com.my atau melalui pengedar kami yang dilantik. Pelabur mempunyai hak untuk meminta Memorandum Maklumat, Memorandum Maklumat, PHS dan dokumen penzahiran produk lain mesti dibaca dan difahami sebelum membuat apa juga keputusan pelaburan. Pelaburan ini mempunyai yuran dan caj yang dikenakan dan pelabur dinasihatkan agar mempertimbangkan yuran dan caj yang berkaitan sebelum melabur di dalam dana. Harga unit-unit dan agihan pendapatan, jika ada, mungkin turun atau naik. Prestasi dana sebelum ini tidak mencerminkan prestasi akan dating dan agihan pendapatan adalah tidak dijamin. Anda juga dinasihatkan agar membaca dan memahami kandungan Penyata Pendedahan Risiko Pembiayaan Pinjaman Unit Amanah sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan pembiayaan untuk membeli unit-unit. Pendaftaran Memorandum Maklumat dana ini dengan SC tidak bermakna atau menunjukkan bahawa SC mengesyorkan atau menyokong dana ini dan risalah dana ini tidak disemak oleh SC.

1Source: Morningstar, Schroders, as at 31 July 2021 in USD. Target fund is represented by Schroder International Selection Fund Global Sustainable Growth A Shares. Global equities is represented by MSCI AC World Index.

©Morningstar 2021. All Rights Reserved. The information contained herein: (1) is proprietary to Morningstar and/or its content providers; (2) may not be copied or distributed; and (3) is not warranted to be accurate, complete or timely. Neither Morningstar nor its content providers are responsible for any damages or losses arising from any use of this information. Past performance is no guarantee of future results.