Bank Negara Malaysia mengurangkan kadar dasar sebanyak 25 mata asas

Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (“BNM”) pada 7 Mei 2019

Jawatankuasa Dasar Monetari ("MPC") BNM, semasa mesyuaratnya pada 7. Mei 2019, memutuskan untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (“OPR”) kepada 3.00% daripada 3.25% sebelumnya. Kadar siling dan lantai koridor untuk OPR masing-masing dikurangkan menjadi 3.25% dan 2.75%.

BNM dalam kenyataannya menekankan bahawa risiko penurunan pertumbuhan global masih ada. Ini berpunca daripada ketegangan perdagangan yang tidak dapat diselesaikan dan kelemahan spesifik negara yang berpanjangan dalam ekonomi utama, yang seterusnya melemahkan aktiviti perdagangan dan pelaburan global. Walaupun pengetatan dalam keadaan kewangan global agak mereda, ketidakpastian dasar yang meningkat boleh menyebabkan penyesuaian pasaran kewangan yang tinggi, seterusnya mempengaruhi prospek keseluruhan.

Sementara itu, BNM mengesahkan bahawa petunjuk ekonomi terkini menunjukkan pertumbuhan sederhana pada S1 2019 dalam keadaan permintaan global yang perlahan dan pertumbuhan rakan dagang utama yang perlahan akan terus mempengaruhi sektor luaran. Dari segi domestik, keadaan pasaran pekerja yang stabil dan pengembangan kapasiti dalam sektor utama akan terus mendorong perbelanjaan isi rumah dan modal.  BNM mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang dalam lingkungan 4.3% - 4.8%.  Ia juga membayangkan bahawa terdapat risiko penurunan pertumbuhan akibat peningkatan ketidakpastian dalam persekitaran global dan domestik, ketegangan perdagangan dan kelemahan yang meluas dalam sektor-sektor yang berkaitan dengan komoditi.

BNM mengekalkan kedudukan awalnya bahawa inflasi keseluruhan pada tahun 2019 dijangkakan akan "stabil secara meluas dibandingkan pada tahun 2018".  Ia menyatakan bahawa inflasi keseluruhan menurun terutama disebabkan oleh langkah-langkah dasar dan menunjukkan bahawa inflasi keseluruhan akan terus bergantung pada harga minyak global.

Hasrat BNM untuk menyesuaikan OPR lebih rendah adalah untuk mengekalkan tahap akomodatif monetari. Ini selaras dengan sikap dasar monetari yang menyokong jalan pertumbuhan yang stabil di tengah-tengah kestabilan harga. MPC akan terus memantau dan menilai keseimbangan risiko yang menyelubungi prospek pertumbuhan domestik dan inflasi.

Pandangan dan strategi pelaburan daripada Principal Asset Management

Pengurangan OPR sebahagian besarnya telah diambil kira oleh pasaran ekuiti domestik.  Kami tidak menjangkakan kesan pasaran yang ketara melainkan BNM meneruskan penurunan pada masa hadapan (yang tidak menjadi kes asas kami).  Pada dasarnya, kadar faedah yang lebih rendah akan mengecilkan margin bank sambil meningkatkan sektor Amanah Pelaburan Hartanah (Real Estate Investment Trust atau “REIT”) kerana pengecilan kadar hasil.  Ringgit juga akan mengalami tekanan yang menguntungkan pengeksport namun sebaliknya bagi pengimport.

Portfolio ekuiti konvensional kami secara amnya mendapat manfaat daripada pengurangan OPR kerana kami telah mengurangkan berat terhadap sektor perbankan semasa membina kedudukan REITS kami sejak awal tahun 2019, sebagai jangkaan pengurangan kadar ini.  Kami terus mengambil pendekatan neutral dalam sektor yang sensitif terhadap MYR.  Melangkah ke hadapan, kami ingin menambah lebih banyak syarikat perbankan terutama yang memberi kadar hasil yang baik.  Pendedahan kepada REIT akan dikekalkan kerana ia memberikan pendapatan dividen yang stabil dan menstabilkan portfolio.  Kami ingin menambah benefisiari bagi Ringgit yang lebih lemah dengan mengambil kesempatan terhadap kelemahannya.

Kami menjangkakan pasaran bon domestik akan disokong dengan baik selepas pengurangan OPR walaupun terdapat aktiviti pengambilan untung.  Percaya kadar hasil bon kerajaan sebahagian besarnya telah diambil kira dalam pengurangan OPR dan lebih mengutamakan meletakkan portfolio kami dalam bon korporat untuk kenaikan kadar hasil yang lebih tinggi berbanding bon kerajaan.

Meletakkan jangka masa portfolio yang lebih lama berbanding penanda aras akan berterusan kerana kadar hasil bon dijangka stabil dengan risiko penurunan yang terhad dari segi kadar hasil kerana kami yakin BNM akan mengekalkan OPR tidak berubah untuk tahun 2019.