Bina matlamat dan impian kewangan serendah RM10.
Kekal bermotivasi dan komited terhadap matlamat kewangan anda dengan Principal melalui GOIinvest.
Dengan melabur bersama kami, anda boleh membina sehingga tujuh (7) matlamat dengan mudah, melabur dan memperoleh unjuran pulangan* sehingga 3.95% p.a.
Dengan "Auto Cash In" bulanan, anda hanya perlu menyediakannya sekali, dan tidak perlu risau terlupa untuk "Cash In".
Jom GOinvest hari ini.
*Kadar pulangan yang diunjurkan adalah kadar pulangan kasar (tidak termasuk yuran pengurusan dan pemegang amanah) setahun pelaburan anda oleh Principal Asset Management Berhad dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Bagaimana untuk bermula?
#Untuk pelabur GO+ sedia ada, anda boleh melangkau langkah ini dan meneruskan ke selanjutnya.


Mengenai dana
Apabila anda melabur dengan Principal melalui GOinvest, anda melabur dalam Principal Islamic Money Market Fund (Kelas D), dana patuh Syariah.
Langkah pantas untuk mengaktifkan "Auto Cash In" bulanan.
Soalan-soalan lazim
1. Bagaimanakah pelaburan boleh dilakukan dengan Principal melalui aplikasi Touch 'n Go eWallet?
Anda kini boleh melabur dalam dana Unit Amanah^ (“Dana”) dengan Principal Asset Management Berhad (“Principal Malaysia”) melalui GOinvest, platform baharu yang tersedia dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
^Lihat soalan lazim No. 6 untuk senarai dana.
2. Adakah platform ini berasaskan matlamat pelaburan?
Ya, ini adalah pelaburan berasaskan matlamat di mana anda boleh memilih dan menentukan matlamat pelaburan anda.
3. Apakah perbezaan antara melabur dengan Principal melalui GO+ dan GOinvest?
Melabur dalam dana Principal e-Cash Fund melalui GO+ | Melabur dalam Principal Islamic Money Market Fund melalui GOinvest | |
Tujuan | Untuk kegunaan harian Peroleh pulangan harian pada baki anda dan gunakannya untuk membuat pembayaran. |
Untuk simpanan Pilihan untuk anda menyimpan dan melabur wang anda. |
Pulangan | Pulangan bersih harian sehingga 3.41% setahun atau lebih. | Unjuran pulangan kasar* sehingga 3.95% setahun. |
Pengeluaran/ Pengeluaran Tunai |
|
|
Ufuk pelaburan | Jangka pendek. | Jangka pendek hingga pertengahan. |
*Unjuran pulangan dikira menggunakan kadar pulangan kasar yang dijangkakan (setahun) daripada Dana dalam tempoh 12 bulan akan datang, tidak termasuk sebarang yuran pengurusan dan pemegang amanah.
4. Apakah faedah melabur dalam platform pelaburan ini?
- Cara mudah untuk mula melabur dari serendah RM10
- Dana Principal Islamic Money Market adalah dana patuh Syariah
- Peroleh unjuran pulangan* sehingga 3.95% p.a.
- Platform yang selamat dan terjamin
- Anda boleh memilih matlamat pelaburan yang ditentukan sendiri
- Tiada jumlah had pelaburan
- Tiada tempoh minima pelaburan
*Kadar pulangan yang diunjurkan adalah kadar pulangan kasar (tidak termasuk yuran pengurusan dan pemegang amanah) setahun pelaburan anda oleh Principal Asset Management Berhad dalam tempoh 12 bulan akan datang.
5. Siapakah yang layak melabur melalui pelaburan platform ini?
Mana-mana warga Malaysia, pengguna Touch ‘n Go eWallet yang berumur 18 tahun ke atas yang telah melaksanakan proses pengesahan akaun layak untuk melabur.