Meraikan Pencapaian COT & MDRT 2024 kami!

Di Principal, kami berpegang teguh untuk menjadikan jaminan kewangan sebagai satu potensi yang boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.  Perunding kami sentiasa berusaha untuk memperkasa dan menyokong para pelanggan kami dengan pengetahuan kewangan, pandangan dan membantu mereka mencapai matlamat kewangan mereka.  

Selain daripada dana amanah, perunding kami juga beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan yang boleh memberikan jaminan kewangan tambahan untuk para pelanggan kami melalui produk-produk insurans, takaful dan produk perlindungan risiko yang lain. Semangat dan komitmen mereka yang teguh ke arah kecekapan profesional yang cemerlang telah membolehkan mereka mencapai keahlian  Million Dollar Round Table (MDRT).

MDRT telah ditubuhkan 97 tahun yang lalu, di mana ahli-ahlinya mempamerkan pengetahuan profesional yang luar biasa, perlakuan beretika tahap tertinggi dan kecemerlangan perkhidmatan pelanggan tiada tandingan. Para perunding kami yang telah dianugerahkan status keahlian MDRT telah diiktiraf sebagai antara profesional kewangan terbaik di dunia. Mereka telah menunjukkan tahap tertinggi untuk etika, pengetahuan, perkhidmatan dan produktiviti. Mereka menjadi contoh yang diiktiraf di seluruh dunia untuk kualiti-kualiti ini,  pengiktirafan yang menjadi inspirasi dan kejayaan yang diidamkan oleh rakan lain.

Tahniah di atas pencapaian mereka, kejayaan yang kita raikan bersama. Terima kasih kerana sentiasa berusaha gigih dan memberikan yang terbaik demi membantu orang ramai mencapai matlamat kewangan mereka melalui solusi kewangan yang komprehensif.

 

Lim Lee Chin

Lim Lee Chin
TOT Kali Kedua, COT Kali Pertama

FINAIMS

Dato Aida

Dato' Aida Nurlin Binti Hanif
COT Kali Pertama

PLATINUM SALES OFFICE

Dato Nor Akmar

Dato' Nor Akmar Binti Hanif
COT Kali Pertama

PLATINUM SALES OFFICE

Sabariah

Sabariah Binti Bahari
MDRT Kali Keempat

REGION 1

Ade

Ade Furzane Binti Amrizal Saz
MDRT Kali Ketiga

REGION 2

Noor Hamiza Binti Mad Nor

Noor Hamiza Binti Mad Nor
MDRT Kali Ketiga

KUANTAN BRANCH

Norbibi Binti Sardara

Norbibi Binti Sardara
MDRT Kali Ketiga

REGION 2

Nursuhaila

Nursuhaila Binti Omar
MDRT Kali Kedua

SOHA BARAKAH WEALTH CONSULTANCY

Jeffri

Jeffri Ibrahim Bin Kamal Batcha
MDRT Kali Pertama

KPG ELITE BILLIONAIRE

Khairil

KHAIRIL BIN CHE KAMAL
MDRT Kali Pertama

CHARISMA LEGACY 1