Menangani pinjaman pelajaran: Bagaimana untuk mengekalkan 'hutang yang baik' daripada bertukar menjadi beban

Mengekalkan pembayaran balik pinjaman pelajaran yang baik boleh meningkatkan skor kredit anda dan memberikan anda lebih banyak wang untuk simpanan persaraan, dan perbelanjaan hidup yang lain. Secara ringkasnya selagi anda mengutamakan pembayaran bulanan anda setiap bulan, anda sepatutnya mempunyai skor yang lebih tinggi.

Wang yang dipinjam untuk pendidikan anda dianggap 'hutang yang baik' kerana ia merupakan satu pelaburan untuk masa depan anda. Tetapi terlalu banyak 'hutang yang baik' juga tidak bagus.

Menguruskan pinjaman pelajaran boleh dibuat lebih mudah.

Anda boleh:

  • Konsolidasikan hutang pinjaman pelajaran anda dengan menyelaraskan kesemua pembayaran anda dalam satu bil bulanan.
  • Membayar pinjaman pelajaran secara automatik melalui akaun bank anda atau potongan gaji. Anda tidak perlu bimbang tentang bayaran lewat atau tertunggak.

Adakah universiti atau kolej satu pilihan yang baik?

Peningkatan kos tuisyen mungkin membuat anda tertanya-tanya sama ada pendidikan tinggi masih merupakan pelaburan yang bernilai, sama ada untuk diri sendiri atau anak anda.

 Dalam temu bualnya dengan New Straits Times *, Lord David Willets, seorang profesor pelawat di King's College London berkata "Adalah penting untuk kita ketahui bahawa pendidikan universiti akan membantu individu berjaya dalam era Revolusi Industri 4.0."

Beliau menambah, "Facebook adalah projek Mark Zuckerberg ketika dia berada di Universiti Harvard. Steve Jobs telah mengambil kursus kaligrafi di Reed College, yang mungkin membawa kepada penciptaan pelbagai produk Apple yang cantik. Sir Jony Ives, ketua pegawai reka bentuk Apple, telah mempelajari reka bentuk perindustrian di Universiti Northumbria. Di sinilah dia mendapat latihan untuk membuat produk Apple yang cantik. Kejayaan personaliti-personaliti ini dikaitkan dengan manfaat pendidikan universiti. "

Oleh itu, sementara pendidikan formal lebih mahal daripada dulu, ia masih merupakan satu pelaburan yang hebat untuk masa depan anda (atau anak anda).

*Source: Sani, R. (2018, February 15). The importance of a university education. www.nst.com.my