Memahami pelaburan Islam

Pelaburan Islam adalah berasaskan prinsip kewangan Islam, yang bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan pelabur dengan integriti dan secara adil, boleh dipercayai, jujur dan memastikan pengagihan keuntungan yang lebih adil. Pelaburan Islam mula dilihat bukan sahaja sebagai pelaburan berpandukan agama, tetapi juga sebagai bentuk pelaburan beretika yang menggalakkan aktiviti ekonomi yang diingini oleh masyarakat.

Kesan pendekatan pelaburan ini menjana pulangan pelaburan yang kompetitif dan menggalakkan amalan perniagaan beretika.

Pelaburan Berdasarkan Nilai Sosial & Moral

Sama seperti pelaburan berasaskan tanggungjawab sosial, pelaburan Syariah mematuhi nilai-nilaisosial dan tadbir urus yang baik dengan mengecualikan perniagaan yang terlibat dalam kegiatan, yang dianggap sebagai tidak beretika, seperti:

  • Alkohol
  • Tembakau
  • Pornografi
  • Perjudian
  • Senjata api atau lain-lain senjta api

Mengapa Principal?

Kami menawarkan pengurusan aset Islam yang holistik yang 100% patuh Syariah. Ini termasuk pemeriksaan untuk memastikan bahawa semua aspek operasi pengurusan pelaburan adalah patuh Syariah. Sebagai seorang pelabur, anda boleh mendapatkan beberapa pilihan pelaburan untuk memenuhi profil risiko dan matlamat pelaburan anda.

Principal Asset Management sebagai Pilihan Terbaik Anda

Principal Asset Management adalah pilihan utama bagi pelabur yang menghargai pelaburan dalam pelaburan patuh Syariah atau beretika dan mencari kelebihan dalam portfolio pelaburan mereka. Kami mengamalkan peraturan global, industri dan amalan patuh Syariah untuk aset patuh Syariah kami.

Kami bekerjasama dengan Amanee Advisors, sebuah organisasi khidmat nasihat, perundingan, latihan dan penyelidikan Syariah, dan butik pembangunan untuk pelanggan institusi dan korporat yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan kewangan Islam. Rekod prestasi kami yang mantap dalam  menguruskan portfolio Islam dan lokasi strategik kami di salah satu hab pelaburan Islam terbesar di dunia, menjadikan Principal Asset Management pilihan terbaik anda.