Principal Islamic Deposit Fund (dahulunya dikenali sebagai CIMB Islamic Deposit Fund)

Prestasi Dana

Sehingga tarikh : 31-05-2021
Fund
Tahun Terkini (%) 1Tahun (%) 3Tahun (%) 5Tahun (%) Sejak Permulaan (%) NAB (MYR) Saiz Dana (juta)
Principal Islamic Deposit Fund (formerly known as CIMB Islamic Deposit Fund) 0.69% 1.75% 8.38% 15.38% 36.54% 1.0000 3,618.85
Penanda aras 0.72% 1.77% 8.03% 14.77% 39.22%
Penanda aras : Islamic Interbank Overnight Rate

Sejarah Pengagihan Pendapatan

Tempoh Masa Nilai Kasar ( Sen/Unit)] Hasil Tahunan (%)
Jun-2021 0.13 1.56
May-2021 0.13 1.56
Apr-2021 0.14 1.68
Mar-2021 0.14 1.68
Feb-2021 0.13 1.56
Jan-2021 0.15 1.80
Dec-2020 0.14 1.68
Nov-2020 0.14 1.68
Oct-2020 0.14 1.68
Sep-2020 0.14 1.68
Aug-2020 0.16 1.92
Jul-2020 0.16 1.92
Jun-2020 0.17 2.04
May-2020 0.21 2.52
Apr-2020 0.22 2.64

Disclaimer : Hasil tahunan dikira sebagai taburan dividen bulanan terkini yang didarabkan oleh frekuensi dividen dana dan dibahagikan dengan NAB terkini.

Sejarah Pembahagian Unit

Maklumat Umum

Principal Islamic Deposit Fund adalah dana pasaran wang Islam yang dikeluarkan oleh Principal Malaysia. Dana ini bertujuan untuk menyediakan pelabur dengan kecairan dan pendapatan tetap, sambil mengekalkan kestabilan modal dengan melabur terutamanya dalam deposit yang mematuhi prinsip Syariah. Dana ini ditubuhkan dengan structur pelabagai kelas dan dibenarkan untuk menubuhkan kelas-kelas baru dari semasa ke semasa.

Dana ini tidak menjamin mahupun melindungi modal.

Dana ini sesuai untuk para pelabur yang:

  • mempunyai tempoh pelaburan jangka pendek;
  • mahukan pelaburan yang patuh Syariah;
  • keinginan untuk aliran pendapatan; dan/atau
  • mencari keselamatan dan fleksibiliti dalam pelaburan.

Butiran Dana

Dasar Pengagihan Secara bulanan, bergantung pada paras pendapatan (jika ada), yang dihasilkan oleh Dana.
 
Pelaburan Permulaan RM10,000 atau jumlah lain yang ditentukan oleh Pengurus dari semasa ke semasa.
 
Pelaburan Tambahan RM1,000 atau jumlah la in yang ditentukan oleh Pengurus atau Pengedar Diluluskan dari semasa ke semasa.
 
Tempoh bertenang Anda diberikan enam (6) Hari Perniagaan selepas pelaburan permulaan anda (iaitu tarikh permohonan diterima oleh Principal Asset Management) untuk mempertimbangkan semula kesesuaiannya dengan keperluan anda. Dalam tempoh ini, anda boleh menarik balik pelaburan anda pada NAB seunit pada hari pertama unit dibeli, dan mendapatkan kembali Yuran Permohonan (jika ada). Sila ambil maklum bahawa hak menerima tempoh bertenang ini hanya diberikan kepada pelabur yang melabur dengan Principal Asset Management atau mana-mana Pengedar diluluskan buat kali pertama.

Kakitangan Principal Asset Management dan individu-individu yang didaftarkan untuk berurus niaga dalam unit amanah Principal Asset Management atau mana-mana Pengedar Diluluskan, tidak layak untuk menerima tempoh bertenang ini.

Pelabur yang melabur melalui Skim Pelaburan Ahli EPF (jika ada) adalah tertakluk pada terma dan syarat EPF.
 

Penebusan/Pengeluaran 1,000 unit atau jumlah lain seperti Pengurus putuskan dari semasa ke semasa. Anda perlu menyimpan baki minimum sebanyak 5,000 unit atau jumlah lain seperti mana Pengurus boleh dari semasa ke semasa membuat keputusan.
 
Tarikh Pelancaran 9 September 2009.

Rakan Kongsi Dana

  • CIMB Bank Berhad
  • CIMB Investment Bank - Retail Equities
  • CIMB Private Banking
  • Principal Distributors
  • Kenanga Investment Bank Berhad
  • IFAST Capital Sdn Bhd
  • UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rakan dana kami.

Yuran Dana

Yuran Permohonan Tiada
 
Yuran Tahunan Yuran Pengurusan: Sehingga 0.30% setahun daripada NAB dana
Yuran Pemegang Amanah: Sehingga 0.02% setahun termasuk fi penjaga tempatan tetapi tidak termasuk fi dan caj sub-penjaga asing  (jika ada) daripada NAB.
 
Yuran Penukaran Memandangkan penukaran ditangani sebagai pengeluaran daripada satu dana untuk dilaburkan ke dalam satu dana yang lain, anda akan dikenakan Yuran Penukaran yang bersamaan dengan perbezaan nilai (jika ada) antara Yuran-yuran Permohonan bagi dua (2) dana ini. Yuran Penukaran tidak akan dikenakan sekiranya Yuran Permohonan bagi dana yang akan ditukar masuk adalah lebih rendah.

Pengurus turut mengenakan yuran pentadbiran sebanyak RM100 bagi setiap penukaran keluar daripada Dana Principal. Bagaimanapun, yuran pentadbiran RM100 ini dikecualikan untuk empat (4) penukaran keluar dana yang pertama, dalam setiap tahun kalendar. Pengurus juga boleh mengecualikan Yuran Penukaran dan/atau yuran pentadbiran.