Hasilkan pelan kewangan: Dapatkan nasihat daripada perunding kewangan

Anggaplah untuk mencapai sebarang kemenangan, semangat berpasukan adalah penting. 

Setiap hari pelabur memerlukan strategi untuk berjaya. Pertimbangkan lima soalan ini semasa anda mula membina atau menyemak perancangan pelan kewangan anda.

1. Adakah saya memerlukan perunding kewangan?

Biasanya, ya. Perunding kewangan melakukan lebih daripada sekadar membantu dengan pelaburan anda. Mereka membantu anda merancang masa depan kewangan anda. Perunding kewangan boleh membantu dengan perkara memelihara kekayaan seperti perancangan hartanahdan amanah raya.”.

2. Bagaimanakah untuk memilih perunding kewangan?

Tempat yang baik untuk bermula adalah meminta rakan dan keluarga untuk membuat cadangan. Sebagai alternatif, anda boleh mengadakan pertemuan dengan Perunding Skim Unit Amanah kami untuk membincangkan keperluan dan matlamat kewangan anda.

3. Apa yang perlu di bawa semasa pertemuan dengan perunding kewangan?

Sama ada pertemuan pertama anda dengan perunding atau berjumpa dengan perunding sedia ada anda, maksimumkan masa anda dengan persediaan lebih awal. Tanya tentang dokumen tertentu yang perlu anda bawa, jika perlu.

4. Apakah yang perlu saya tanya?

Mungkin anda perlu menilai belanjawan anda, menyimpan lebih banyak, atau semak strategi perancangan persaraan anda. Fikirkan tentang soalan kewangan, tidak kira berapa besar atau kecil dan tuliskannya terlebih dahulu.

Jika ini adalah kali pertama anda bekerjasama dengan seorang perunding, jangan takut untuk bertanya kepada mereka. Dan jangan malu untuk bertanya tentang jumlah yuran yang dikenakan. Adalah penting untuk mengetahui bagaimana mereka ingin dibayar untuk perkhidmatan mereka.

5. Berapa kerap harus saya berjumpa dengan perunding kewangan?

Sebaik sahaja anda telah mendapat pelan kewangan yang lengkap, ambil masa sekali setahun untuk mengkaji dan mengemas kini pelan anda. Sebarang aktiviti penting dalam kehidupan dan perubahan matlamat mungkin bermakna anda perlu menyesuaikan pelan kewangan anda.