Principal Emerging Markets Multi Asset Fund (dahulunya dikenali sebagai CIMB-Principal Emerging Markets Multi Asset Fund) - Kelas USD

Prestasi Dana

Sehingga tarikh :
Dana Tahun Terkini (%) 1Tahun (%) 3Tahun (%) 5Tahun (%) Sejak Permulaan (%) NAB (MYR) Saiz Dana (MYR juta)
Principal Emerging Markets Multi Asset Fund (dahulunya dikenali sebagai CIMB-Principal Emerging Markets Multi Asset Fund) - Kelas USD -9.11 % -4.15 % -3.79 % 0.00 % 3.62 % 0.9006 3.28

Sejarah Pengagihan Pendapatan

Tempoh Masa Nilai Kasar ( Sen/Unit)] Hasil Tahunan (%)
Jun-2020 0.96 4.00
Mar-2020 0.94 4.72
Dec-2019 1.04 3.84
Oct-2019 0.99 3.92
Jun-2019 0.29 1.12
Apr-2019 0.11 0.44
Sep-2018 0.64 2.08
Jun-2018 1.63 5.32
Jan-2018 1.63 5.24

Disclaimer : Hasil tahunan dikira sebagai taburan dividen bulanan terkini yang didarabkan oleh frekuensi dividen dana dan dibahagikan dengan NAB terkini.

Maklumat Umum

Dana ini bertujuan untuk memaksimumkan jumlah pulangan melalui pelaburan dalam satu skema pelaburan kolektif, yang melabur terutamanya dalam aset pasaran baru muncul. Ia direka untuk mereka yang ingin mempelbagaikan pendedahan pasaran pertumbuhan daripada ekuiti sementara berusaha untuk turun naik yang sederhana.

Dana ini sesuai untuk para Ahli yang:

  • merupakan seorang pelabur yang berwibawa;
  • mempunyai tempoh pelaburan jangka sederhana hingga panjang;
  • berusaha untuk memaksimumkan jumlah pulangan sementara bersedia menerima tahap ketidaktentuan yang lebih tinggi yang berkaitan dengan pelaburan dalam dana sasaran yang melabur dalam pelbagai aset pasaran baru muncul yang aktif menyesuaikan pendedahan pelaburan

 

Maklumat Dana

Dasar Pengagihan  Pengurus boleh menggunakan budi bicara mereka untuk mengagihkan sebahagian atau semua pendapatan yang boleh diagihkan oleh Dana. Pengagihan (jika ada) mungkin berbeza-beza dari semasa ke semasa bergantung kepada prestasi Dana.
Tempoh masa pelaburan Jangka sederhana hingga jangka panjang, iaitu tiga (3) tahun atau lebih.
Pelaburan permulaan Minimum USD 2,000# atau jumlah lain yang ditentukan oleh Pengurus dari semasa ke semasa.
Pelaburan tambahan Minimum USD 1,000# atau jumlah lain yang ditentukan oleh Pengurus dari semasa ke semasa
Tempoh bertenang Anda mempunyai enam (6) Hari Perniagaan dari tarikh borang permohonan diperoleh dan diterima oleh Pengurus atau Pengedar Diluluskan dari pelabur yang pertama kali melabur.

Bagaimanapun, perbadanan/institusi, kakitangan Principal Asset Management dan individu-individu yang didaftarkan untuk berurus niaga dalam unit amanah Principal Asset Management atau mana-mana pengedar, tidak layak untuk menerima tempoh bertenang ini.
Pengeluaran Minimum 1,000 unit atau jumlah lain yang ditentukan oleh Pengurus dari semasa ke semasa.
Tarikh Pelancaran 6 Januari 2017


# Untuk mengelakkan keraguan, jumlah ini termasuk sebarang yuran dan caj yang dikenakan, seperti caj jualan, mengikut mana yang berkenaan, yang tertakluk kepada apa-apa cukai yang dikenakan (termasuk tetapi tidak terhad kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan [SST]). Dalam erti kata lain, jumlah itu adalah jumlah kasar yuran, caj dan sebarang cukai yang dikenakan (termasuk tetapi tidak terhad kepada SST).

Rakan KongsI Dana

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rakan kongsi dana kami.

Yuran Dana

Yuran Pemohonan

Sehingga 5.50% daripada NAB seunit 

Yuran Tahunan 

 

Yuran Pengurusan: Sehingga 1.80% setahun daripada NAB Kelas di Malaysia.

Yuran Pemegang Amanah: Sehingga 0.04% setahun daripada NAB Dana 

*Termasuk yuran dan caj kustodian tempatan tetapi tidak termasuk yuran dan caj sub-kustodian asing

Yuran Penukaran

Oleh kerana pertukaran dianggap sebagai pengeluaran dari satu kelas atau dana dan pelaburan ke dalam kelas atau dana lain, anda akan dikenakan Yuran Penukaran yang sama dengan perbezaan (jika ada) di antara Yuran Permohonan Kelas dan Yuran Permohonan kelas atau dana yang lain. Yuran Penukaran tidak akan dikenakan sekiranya kelas atau dana yang akan ditukar masuk mempunyai Yuran Permohonan yang lebih rendah. 

Kami mungkin mengenakan yuran pentadbiran USD35 (atau setaraf) untuk setiap pertukaran yang dibuat daripada mana-mana Dana CIMB-Principal. Anda boleh berunding untuk menurunkan Yuran Penukaran dan/atau yuran pentadbiran. Kami juga berhak mengecualikan Yuran Penukaran dan/atau yuran pentadbiran.