Principal Malaysia Opportunities Fund (dahulunya dikenali sebagai CIMB-Principal Equity Aggressive Fund 3) EPF MIS

Prestasi Dana

Sehingga tarikh :
As at date :
Dana Tahun Terkini (%) 1Tahun (%) 3Tahun (%) 5Tahun (%) Sejak Permulaan (%) NAB (MYR) Saiz Dana (MYR juta)
Principal Malaysia Opportunities Fund (dahulunya dikenali sebagai CIMB-Principal Equity Aggressive Fund 3) 4.53 % 22.64 % 3.18 % 28.38 % 440.93 % 1.2518 57.73
Benchmark -1.74 % 9.72 % -12.54 % 0.84 % 149.51 %
Penanda aras : FTSE Bursa Malaysia Top 100 Index

Sejarah Pengagihan Pendapatan

Tempoh Masa Nilai Kasar ( Sen/Unit)] Hasil Tahunan (%)
Aug-2020 3.64 3.24
Aug-2019 5.00 4.33

Disclaimer : Hasil tahunan dikira sebagai taburan dividen bulanan terkini yang didarabkan oleh frekuensi dividen dana dan dibahagikan dengan NAB terkini.

Sejarah Pembahagian Unit

Maklumat Umum

Untuk meningkatkan nilai pelaburan dalam jangka panjang melalui pelaburan dalam saham Malaysia.

Dana ini sesuai untuk pelabur yang :

  • mempunyai tempoh pelaburan jangka panjang;
  • tidak memerlukan pendapatan tetap daripada pelaburan mereka;
  • mencari peningkatan modal dalam jangka panjang; dan/atau
  • boleh menerima ketidaktentuan ketara dalam pulangan pelaburan dalam jangka pendek, dan kemungkinan pulangan negatif.

Butiran Dana

Dasar Pengagihan Meskipun tiada pengagihan dijangka akan dibayar, sebarang pengagihan yang mungkin ada, akan diberikan secara sampingan dan akan berbeza dari semasa ke semasa, bergantung pada kadar faedah, keadaan pasaran dan prestasi Dana.
Tempoh Masa Pelaburan  Disyorkan 5 tahun atau lebih lama.
Pelaburan Permulaan Minimum RM500 atau jumlah lain yang ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa.
Pelaburan Tambahan RM200  atau jumlah lain yang ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa.
Tempoh bertenang

Anda diberikan enam (6) Hari Perniagaan selepas pelaburan permulaan anda (iaitu tarikh permohonan diterima oleh Principal Asset Management) untuk mempertimbangkan semula kesesuaiannya dengan keperluan anda. Dalam tempoh ini, anda boleh menarik balik pelaburan anda pada NAB seunit pada hari pertama unit dibeli, dan mendapatkan kembali Yuran Permohonan (jika ada). Sila ambil maklum bahawa hak menerima tempoh bertenang ini hanya diberikan kepada pelabur yang melabur dengan Principal Asset Management atau mana-mana Pengedar Diluluskan buat kali pertama.

Bagaimanapun, perbadanan/institusi, kakitangan Principal Asset Management dan individu-individu yang didaftarkan untuk berurus niaga dalam unit amanah Principal Asset Management atau mana-mana Pengedar Diluluskan tidak layak untuk menerima tempoh bertenang ini.

Penebusan/Pengeluaran 400 units.
Tarikh Pelancaran 12 Mac 1998.

Rakan Kongsi Dana

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rakan dana kami.

Yuran Dana

Yuran Permohonan Sehingga 5% bagi setiap pelaburan.
Yuran Tahunan Yuran Pengurusan: 1.85% setahun daripada NAB
Yuran Pemegang Amanah: 0.08% setahun daripada NAB
Yuran Penukaran Memandangkan penukaran ditangani sebagai pengeluaran daripada satu (1) dana untuk dilaburkan ke dalam satu dana yang lain, anda akan dikenakan Yuran Penukaran yang bersamaan dengan perbezaan nilai (jika ada) antara Yuran-yuran Permohonan bagi dua (2) dana ini. Yuran Penukaran tidak akan dikenakan sekiranya Yuran Permohonan bagi dana yang akan ditukar masuk adalah lebih rendah. Pengurus turut mengenakan yuran pentadbiran sebanyak RM100 bagi setiap penukaran keluar daripada Dana. Pengurus juga boleh mengecualikan Yuran Penukaran dan/atau yuran pentadbiran.