Principal Malaysia Enhanced Opportunities Fund (dahulunya dikenali sebagai CIMB-Principal Equity Aggressive Fund 1) EPF MIS

Prestasi Dana

Sehingga tarikh :
As at date :
Dana Tahun Terkini (%) 1Tahun (%) 3Tahun (%) 5Tahun (%) Sejak Permulaan (%) NAB (MYR) Saiz Dana (MYR juta)
Principal Malaysia Enhanced Opportunities Fund (dahulunya dikenali sebagai CIMB-Principal Equity Aggressive Fund 1) 5.09 % 22.89 % 4.17 % 29.34 % 261.85 % 0.7243 55.80
Benchmark -3.04 % 6.42 % -15.00 % -4.65 % 94.89 %
Penanda aras : FTSE Bursa Malaysia KLCI for performance comparison

Sejarah Pengagihan Pendapatan

Tempoh Masa Nilai Kasar ( Sen/Unit)] Hasil Tahunan (%)
Jul-2020 2.30 3.65
Jul-2019 2.95 4.25
Jul-2018 6.00 7.81
Jul-2017 6.00 7.37
Jul-2016 6.00 7.59
Jun-2015 5.80 6.87
Jul-2014 5.00 5.47
Jul-2013 5.00 69.48

Disclaimer : Hasil tahunan dikira sebagai taburan dividen bulanan terkini yang didarabkan oleh frekuensi dividen dana dan dibahagikan dengan NAB terkini.

Sejarah Pembahagian Unit

Maklumat Umum

Untuk menyediakan pelabur dengan pertumbuhan modal jangka panjang dengan melabur terutamanya dalam ekuiti. Dana juga berusaha untuk mengatasi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI.

Dana ini sesuai untuk pelabur yang :

  • mempunyai tempoh pelaburan jangka panjang;
  • tidak memerlukan pendapatan tetap daripada pelaburan mereka;
  • mencari peningkatan modal dalam jangka panjang; dan/atau
  • boleh menerima ketidaktentuan ketara dalam pulangan pelaburan dalam jangka pendek, dan kemungkinan pulangan negatif.

Butiran Dana

Dasar Pengagihan

Pengurus boleh menggunakan budi bicara mereka untuk mengagihkan sebahagian atau semua pendapatan yang boleh diagihkan oleh Dana. Bergantung pada objektif pelaburan dan prestasi Dana, pengagihan (jika ada) mungkin berbeza-beza dari semasa ke semasa. 

Tempoh Masa Pelaburan  Disyorkan 5 tahun atau lebih lama.
Pelaburan Permulaan Minimum RM500 atau jumlah lain yang ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa.
Pelaburan Tambahan RM200 atau jumlah lain yang ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa.
Tempoh bertenang

Anda diberikan enam (6) Hari Perniagaan selepas pelaburan permulaan anda (iaitu tarikh permohonan diterima oleh Principal Asset Management) untuk mempertimbangkan semula kesesuaiannya dengan keperluan anda. Dalam tempoh ini, anda boleh menarik balik pelaburan anda pada NAB seunit pada hari pertama unit dibeli, dan mendapatkan kembali Yuran Permohonan (jika ada). Sila ambil maklum bahawa hak menerima tempoh bertenang ini hanya diberikan kepada pelabur yang melabur dengan Principal Asset Management atau mana-mana Pengedar Diluluskan buat kali pertama.

Bagaimanapun, perbadanan/institusi, kakitangan Principal Asset Management dan individu-individu yang didaftarkan untuk berurus niaga dalam unit amanah Principal Asset Management atau mana-mana Pengedar Diluluskan tidak layak untuk menerima tempoh bertenang ini.

Penebusan/Pengeluaran 400 units.
Tarikh Pelancaran 18 Ogos 2004.

Rakan Kongsi Dana

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rakan dana kami.

Yuran Dana

Yuran Permohonan Sehingga 6.5% bagi setiap pelaburan
Yuran Tahunan Yuran Pengurusan: 1.50% setahun daripada NAB
Yuran Pemegang Amanah: 0.06% setahun daripada NAB
Yuran Penukaran Oleh kerana pertukaran dianggap sebagai pengeluaran dari satu kelas atau dana dan pelaburan ke dalam kelas atau dana lain, anda akan dikenakan Yuran Penukaran yang sama dengan perbezaan (jika ada) di antara Yuran Permohonan Kelas dan Yuran Permohonan kelas atau dana yang lain. Yuran Penukaran tidak akan dikenakan sekiranya kelas atau dana yang akan ditukarkan mempunyai Yuran Permohonan yang lebih rendah. Pengurus boleh mengenakan yuran pentadbiran sebanyak MYR 100 untuk setiap pertukaran yang dibuat daripada mana-mana dana Principal Malaysia. Anda boleh berunding untuk menurunkan Yuran Penukaran dan/atau yuran pentadbiran. Pengurus juga mempunyai budi bicara untuk mengecualikan Yuran Penukaran dan/atau yuran pentadbiran.