Jadikan impian pelaburan anda suatu kenyataan.

Tawaran pelaburan kami berdasarkan pada pengalaman dan bukan pada pulangan cepat atau trend sementara. Kerana kami maklum bahawa integriti, kejujuran dan kepakaran menyeluruh adalah cara terbaik untuk membantu anda mencapai matlamat kewangan jangka panjang anda. Anda juga mendapat manfaat dari sebuah institusi dengan kehadiran dan pengetahuan tempatan yang disokong oleh kepakaran global. Ia merupakan satu kombinasi mantap yang dapat memberikan penyelesaian dan keputusan yang unik.

Fokus kami: Pelanggan kami dan pegangan teguh kepada asas pelaburan.

Dengan pengalaman yang bertahun-tahun dan rekod pencapaian yang terbukti, kami adalah rakan pilihan anda bagi produk, penyelesaian, panduan dan prestasi yang inovatif. Kami menawarkan keupayaan pengurusan pelaburan yang merangkumi:

•    Konvensional/ Patuh Syariah/ Etika
•    Pulangan relatif / Pulangan mutlak/ Pendekatan pulangan jumlah
•    Pemulangan pendapatan mengikut keperluan pelanggan
•    Pertimbangan lain bergantung pada sifat dan matlamat perniagaan pelanggan

Mengapa melabur dengan kami: Kepelbagaian keperluan memerlukan pelbagai strategi. 

Maka, itulah yang kami lakukan untuk pelanggan kami. Kami komited untuk memastikan portfolio dan prestasi pelaburan anda serta pengurusan risiko memenuhi jangkaan dan disesuaikan dengan objektif anda. Tambahan, dengan kami anda juga akan mendapat manfaat daripada kepakaran yang meliputi anda di seluruh Asia dan dunia. Pasukan tempatan kami mempunyai pengalaman dalam: 

•    Asia-Pacific ex-Japan
•    ASEAN
•    Single Country: Malaysia, Indonesia, Singapore & Thailand
•    ASEAN Sukuk, Asian Sukuk & Global Sukuk

Dan melalui pemegang saham utama kami, Principal Financial Group, anda juga dapat memanfaatkan rangkaian pasukan pelaburan kami di seluruh dunia yang meliputi pelbagai asset termasuk Ekuiti, Pendapatan Tetap, Harta Tanah, Multi-Aset dan Alternatif. Ia adalah yang terbaik dari kedua-dua dunia dan menawarkan satu gabungan yang mantap untuk portfolio anda. 

Pasukan tempatan khusus untuk anda: Menyampaikan keputusan

Apabila anda bersama kami, anda bersama satu pasukan yang terdiri daripada lebih 40 pakar yang memberi tumpuan terhadap penghasilan idea-idea pelaburan inovatif yang menukar maklumat berkualiti tinggi kepada peluang. Kami menggabungkan pandangan pasaran, idea pelaburan dan metadologi kami untuk memberikan prestasi yang konsisten kepada pelanggan kami yang dihargai. Pasukan kami mempunyai akses kepada pelbagai alat penyelidikan untuk membantu kami membentuk dan memaklumkan keputusan kami apabila trend pasaran berubah. Kami juga komited untuk mengenali pelanggan kami dan membuat lawatan syarikat yang kerap dan mempunyai kehadiran di pasaran-pasaran berkenaan. Namun, jangn hanya mengambil kira kata-kata kami, tetapi melihat sendiri anugerah-anugerah pengiktirafan yang telah kami peroleh.

Principal Financial Group: Pemimpin pengurus global. Mengurus lebih daripada $ 753.3 billion dalam aset di bawah pengurusan (pada 31 Disember 2019)