Principal Global Technology Fund (dahulunya dikenali sebagai CIMB-Principal Global Technology Fund) Class GBP-Hedged

Prestasi Dana

Sehingga tarikh :
As at date :
Dana Tahun Terkini (%) 1Tahun (%) 3Tahun (%) 5Tahun (%) Sejak Permulaan (%) NAB (MYR) Saiz Dana (MYR juta)
Principal Global Technology Fund (dahulunya dikenali sebagai CIMB-Principal Global Technology Fund) Class GBP-Hedged 13.76 % 29.02 % 0.00 % 0.00 % 34.17 % 1.3870 3.31
Benchmark 6.40 % 35.03 % 0.00 % 0.00 % 40.55 %
Penanda aras : The Fund adheres to the benchmark of the Target Fund for performance comparison.

Sejarah Pengagihan Pendapatan

Disclaimer : Hasil tahunan dikira sebagai taburan dividen bulanan terkini yang didarabkan oleh frekuensi dividen dana dan dibahagikan dengan NAB terkini.

Maklumat Umum

Dana ini bertujuan untuk memberi peningkatan modal melalui pelaburan dalam satu skim pelaburan kolektif, yang melabur terutamanya dalam portfolio syarikat teknologi berkaitan yang pelbagai. Dana ini ditubuhkan dengan struktur pelbagai kelas dan dibenarkan membuat kelas baharu dari semasa ke semasa tanpa kebenaran anda terlebih dahulu.

Jangka masa pelaburan yang disyorkan untuk Dana ini adalah lima (5) tahun atau lebih. Dana tersebut paling sesuai untuk anda jika anda:

  • seorang pelabur yang berwibawa;
  • mempunyai tempoh pelaburan jangka panjang;
  • mendapatkan peningkatan modal daripada pelaburan  yang kebanyakannya dalam sekuriti ekuiti; dan
  • mahukan pendedahan kepada sektor teknologi.

Maklumat Dana

Dasar Pengagihan

Berdasarkan objektif pelaburan Dana, Dana Kelas tersebut tidak dijangka akan membayar sebarang pengagihan. Pengagihan, jika ada, adalah mengikut budi bicara kami dan akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada ketersediaan pendapatan yang direlisasikan untuk pengagihan dan prestasi dana.

Tempoh Masa Pelaburan

Disyorkan 5 tahun atau lebih lama.

Pelaburan Permulaan

Minimum GBP2,000 atau jumlah lain yang ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa.

Pelaburan Tambahan 

Minimum GBP1,000 atau jumlah lain yang ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa.

Tempoh Bertenang

Enam (6) Hari Perniagaan dari tarikh borang permohonan diperoleh dan diterima oleh kami atau Pengedar kami dari pelabur yang pertama kali melabur. Bagaimanapun, kakitangan Principal Asset Management dan individu-individu yang didaftarkan untuk berurus niaga dalam unit amanah Principal Asset Management atau mana-mana Pengedar, tidak layak untuk menerima tempoh bertenang ini.

Minimum Pengeluaran

1000 unit.

Tarikh Pelancaran 17 Mei 2018

Rakan KongsI Dana

  • Citibank Berhad
  • Principal Distributors
  • Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad
  • iFast Capital Sdn Bhd

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rakan kongsi dana kami. 

Yuran Dana

Yuran Pemohonan Sehingga 5.50% daripada NAB seunit.
Yuran Pengurusan Sehingga 1.80% setahun daripada NAB Kelas.
Yuran Pemegang Amanah

Sehingga 0.06% setahun NAB Dana (termasuk yuran dan caj kustodian tempatan tetapi tidak termasuk yuran dan caj sub-kustodian asing).

Yuran Penukaran

Oleh kerana pertukaran dianggap sebagai pengeluaran dari satu kelas atau dana dan pelaburan ke dalam kelas atau dana lain, anda akan dikenakan Yuran Penukaran yang sama dengan perbezaan (jika ada) di antara Yuran Permohonan Kelas dan Yuran Permohonan kelas atau dana yang lain. Yuran Penukaran tidak akan dikenakan sekiranya kelas atau dana yang akan ditukar masuk mempunyai Yuran Permohonan yang lebih rendah. Kami mungkin mengenakan yuran pentadbiran GBP35 (atau setaraf) untuk setiap pertukaran yang dibuat daripada mana-mana Dana CIMB-Principal. Anda boleh berunding untuk menurunkan Yuran Penukaran dan/atau yuran pentadbiran. Kami juga berhak mengecualikan Yuran Penukaran dan/atau yuran pentadbiran.

Yuran Pindahan

Maksimum GBP15 boleh dikenakan untuk setiap pindahan.