Anda boleh lakukan: Panduan mudah untuk menetapkan perancangan kewangan anda

Untuk permulaan, tetapkan dulu matlamat kewangan anda. Anda perlu ana visi yang jelas mengenai apa yang anda ingin simpan daripada wang titik peluh anda sendiri.

1. Fikirkan apa yang anda mahu wang anda lakukan untuk anda.

Matlamat kewangan dapat membantu membimbing perancangan anda. Ia boleh berubah dari semasa ke semasa. Malah, anda boleh mengubahnya sepanjang hayat anda. Namun, anda perlu mengambil langkah memulakannya dahulu.

Semua individu sudah tentunya  mahu wang simpanan mereka bertambah banyak dan selamat, tetapi berapa banyak, berapa cepat, dan di atas sebab apa? Ini berbeza bagi setiap individu

Soalan utama ... apakah kehidupan yang anda mahu sekarang? Di masa hadapan? Lihat beberapa contoh di bawah:

Kehidupan asas dan matlamat kewangan

  • Membeli rumah atau beli rumah yang berbeza jika anda sudah memiliki satu.
  • Mengubahsuai atau membaiki rumah anda. Contoh, bumbung baru, mengubahsuai dapur anda.
  • Bayar hutang seperti pinjaman dan kad kredit
  • Membeli kereta
  • Ketepikan untuk dana kecemasan
  • Bayar pinjaman pelajaran dengan lebih cepat
  • Kejar hobi dan minat anda, melancong
  • Sedekahkan sejumlah wang setiap tahun untuk kerja amal
  • Mulakan perniagaan baru atau kembangkan perniagaan sedia ada

Matlamat kewangan berkaitan keluarga

  • Berkahwin. (Cincin, pakej bulan madu, hiasan bunga. Dan pelbagai lagi).
  • Merancang untuk mempunyai anak. Fikirkan penjagaan harian, aktiviti / sukan, pendakap gigi, dan cuti sekolah. Bantu anak-anak dengan perbelanjaan kolej.
  • Tinggalkan kerja untuk membina keluarga, menjaga ibu bapa yang sudah tua, kembali ke semula sebagai seorang pelajar.
  • Membantu anak-anak dewasa dengan perbelanjaan, seperti membayar perkahwinan atau bayaran pendahuluan untuk rumah.
  • Tinggalkan harta warisan untuk orang yang anda sayangi.

Matlamat berkaitan persaraan.

  • Bersara dari bekerja sepenuh masa. (Atau bermatlamat untuk bekerja sambilan, atau bersara lebih awal.)
  • Pindah ke tempat yang mempunyai kos sara hidup yang lebih rendah, atau di mana ia lebih panas, atau lebih dekat dengan keluarga.
  • Bayar hutang tertunggak sebelum anda bersara.

2. Kategorikan setiap matlamat sebagai jangka pendek, pertengahan atau jangka panjang.

Gunakan ini sebagai panduan untuk membantu anda menyelesaikan matlamat kewangan anda:

  • Matlamat jangka pendek : 6 bulan hingga 5 tahun
  • Matlamat jangka sederhana: 5 hingga 10 tahun
  • Matlamat jangka panjang: lebih dari 10 tahun

3. Tetapkan tarikh sasaran untuk setiap satu matlamat.

Rancangan yang terperinci amat membantu, untuk menangani sebarang cabaran dari semasa ke semasa. Sekiranya anda mempunyai seorang anak yang akan belajar di kolej pada tahun 2030, anda sudah mempunyai tarikh sasaran matlamat simpanan pembiayaan kolej anak anda. Mahu menaiki pelayaran untuk ulang tahun perkahwinan ke-10 anda? Anda tahu tempoh masa yang ingin capai. Tambah tarikh sasaran pada lembaran kerja matlamat kewangan anda.

4. Utamakan setiap matlamat kewangan: kritikal, keperluan, atau keinginan.

Memberi keutamaan dapat membantu, jadi apabila sesuatu berlaku dalam tempoh tersebut, anda tahu apa yang harus dibiayai terlebih dahulu. Labelkan setiap matlamat pada lembaran kerja kewangan anda: kritikal, keperluan, atau keinginan. Katakan anda mempunyai matlamat jangka pendek untuk membina dana kecemasan anda, dan ia dilabel sebagai "kritikal." Tetapi satu lagi matlamat jangka pendek adalah untuk menjual kereta anda yang masih dalam keadaan baik; ia adalah "kemahuan." Jika dana anda tinggal sedikit untuk tempoh 1 bulan tersebut, anda tahu di mana untuk membelanjakan wang anda.

5. Tahu berapa banyak yang anda ada berbanding apa yang perlu anda simpan.

Di mana dan berapa banyak wang yang anda simpan? Log jumlah wang tersebut pada lembaran kerja kewangan anda ke arah matlamat yang berkaitan dengan persaraan. Nota: Sesetengah matlamat mungkin tidak mempunyai simpanan semasa. Tidak mengapa. Anda perlu mulakannya dahulu.

Jika anda bercadang untuk membeli rumah dalam tempoh 2 tahun lagi dan anda memerlukan wang untuk bayaran muka, bahagikan apa yang anda perlukan sebanyak 24 bulan. Kemudian anda akan  tahu apa yang anda perlukan untuk menyimpan lebih banyak dalam sebulan untuk membantu anda mencapai matlamat anda.