Mengapa pilih Principal Islamic Global Multi-Asset Fund?
Principal Islamic Global Multi-Asset Fund bertujuan untuk menyediakan pendapatan tahunan dan pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana sehingga panjang, melalui pendedahan kepada pasaran baru muncul dan maju, dengan melabur secara global merentasi portfolio kelas aset terpelbagai. Skop pelaburan Dana Sasaran, yang diuruskan oleh Principal Islamic kebanyakkannya melabur dalam ekuiti patuh Shariah dan Sukuk. Dana Sasaran juga boleh melabur dalam instrumen dana pasaran wang Islam, REIT patuh Shariah, skim pelaburan kolektif Islamik, dan Dana Dagangan Bursa Islam.
Mengapa melabur dengan Principal?
Principal Islamic Global Multi-Asset Fund berfungsi untuk kepentingan anda:
|
Menyediakan pendedahan yang luas kepada pelbagai pasaran yang baru muncul dan maju di eluruh dunia, merentasi pelbagai kelas aset.
|
|
Dana Sasaran diuruskan secara dinamik dengan menggabungkan peruntukan yang strategik, tematik dan taktikal untuk menyeimbangkan risiko dengan ganjaran yang dapat memberikan potensi pulangan jangka sederhana hingga panjang.
|
|
Proses pemilihan sekuriti kewangan yang ketat oleh Principal Islamic untuk memberikan pulangan Dana Sasaran di samping menyeimbangkan risiko.
|
|
Potensi pengagihan pendapatan tetap tahunan.
|
Bagaimana saya melabur?
Kami menawarkan 3 kelas aset. Klik pada setiap kelas aset dana untuk mengetahui lebih lanjut.
Principal Islamic Global Multi-Asset Fund (Kelas USD)
Principal Islamic Global Multi-Asset Fund (Kelas MYR)
Principal Islamic Global Multi-Asset Fund (Kelas MYR-Hedged)
Rakan Kongsi Dana
-
Perunding Unit Amanah