Perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (“SST”) ke atas Perkhidmatan Kewangan


Bermula 1 Julai 2025, Kerajaan telah memperluaskan lagi pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (“SST”) ke atas perkhidmatan kewangan tertentu yang dikenakan bayaran seperti yuran, komisen atau bayaran serupa yang disenaraikan dalam Lampiran A Panduan Perkhidmatan Kewangan (“Panduan”), yang boleh didapati di laman web MySST Jabatan Kastam Diraja Malaysia ("JKDM").

Selaras dengan Polisi Cukai Perkhidmatan No.1/2025 (Pindaan No.2) bertarikh 17 September 2025, berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2025, SST pada kadar 8% akan dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan yang dikenakan bayaran seperti yuran, komisen atau bayaran serupa oleh Principal Asset Management Berhad dan Principal Islamic Asset Management Sdn. Bhd. (secara kolektif dikenali sebagai “Principal”) kepada pelanggan kami.


Untuk maklumat lanjut mengenai pelaksanaan SST:

Kami akan terus memberikan makluman terkini sekiranya terdapat pengumuman lanjut daripada pihak Kerajaan.