Carbon emission reduction

#3: Berusaha menuju Pengurangan Pelepasan Karbon sebanyak 40% menjelang 2035  
 

Commitment 3

Kami akan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40% menjelang tahun 2035 dan kami berhasrat untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.

Kami sedar bahawa kami perlu mengambil kira kesan yang akan berlaku hasil daripada aktiviti kami sendiri sekiranya benar-benar mahu melahirkan dunia yang lebih terjamin. Itulah sebabnya kami menerapkan amalan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar sama ada di kalangan pekerja mahupun rakan kongsi perniagaan kami.
 

Mengapa kita perlu mengurangkan C02e?

Bumi
  • Pelepasan gas rumah hijau yang menyelubungi Bumi akan memerangkap haba matahari. Lalu ia menyebabkan pemanasan global dan perubahan iklim. Dunia kini memanas lebih cepat berbanding sejarah pemanasan yang pernah direkodkan. Suhu yang lebih panas dari semasa ke semasa akan mengubah corak cuaca dan mengganggu keseimbangan alam semula jadi. Keadaan ini akan menyebabkan lebih banyak risiko kepada manusia dan semua kehidupan lain di muka Bumi.
Banjir
  • Perubahan iklim boleh menjejaskan kesihatan, keupayaan bercucuk tanam, merosakkan kawasan perumahan, mengancam keselamatan dan mengganggu kerja kita. Malah sebahagian daripada kita telah pun terdedah kepadarisiko tinggi akibat kesan iklim. Keadaan seperti kenaikan paras laut, ribut yang dahsyat, banjir yang melampau, peningkatan kemarau serta penerobosan air masin telah meningkat ke tahap yang menyebabkan seluruh komuniti terpaksa berpindah ke tempat lain. Selain itu, kemarau yang berpanjangan juga menyebabkan manusia menghadapi risiko kebuluran.  Mari lakukan perubahan hari ini dengan memerangi perubahan iklim.


Klik di sini untuk dapatkan maklumat lanjut tentang sebab dan kesan berlakunya Perubahan Iklim