Petua-petua terbaik untuk langkah pindah rumah yang pintar

Apabila kehidupan berubah, keadaan hidup kita juga sering berubah. Dari pembelian rumah yang pertama kepada pengemaskinian rumah semasa anda ke perpindahan ke tempat yang baru, petua-petua ini dapat membantu anda memmilih rumah yang terbaik untuk keperluan dan bajet anda.

Sewa atau beli?

Terdapat manfaat daripada kedua-duanya, ia bergantung kepada gaya hidup dan keadaan kewangan anda. Pertimbangkan petua-petua ini* untuk membantu anda.

Membeli rumah pertama anda

Ya, membeli rumah boleh menjadi rumit. Tetapi jika anda tahu apa yang diharapkan, prosesnya lebih mudah dan di sini ada beberapa petua ** yang boleh membantu.

Meningkatkan nilai anda

Sama ada anda berfikir untuk berpindah atau hanya ingin memberi nafas baru kepada ruang anda, terdapat banyak cara untuk mengemaskini rumah anda-dan meningkatkan nilainya. Dari proses mengecat ke/sehingga menggantikan ruang bilik mandi lama, pertimbangkan 5 petua ini dalam penambahbaikan rumah

Pindah ke rumah yang lebih besar

Perlu lebih banyak kaki persegi? Pastikan anda jelas di mana dan mengapa anda memerlukan ruang. Adakah  anda idamkan bilik tidur yang lebih besar? Susun atur dapur yang lebih berfungsi? Bilik untuk tetamu?

Pindah ke rumah yang lebih kecil

Perubahan kerja, anak-anak qmeninggalkan rumah-ada banyak sebab mengapa berpindah ke rumah yang lebih kecil mungkin menjadi pilihan terbaik. Dan ingatlah, mengecilkan rumah anda mungkin bermaksud mengecilkan barangan anda juga. Berikut adalah 10 petua hebat dari ratu penyusun, Marie Kondo.

Ingat apa yang sesuai untuk anda

Tidak kira di peringkat mana anda berada dalam kehidupan, fikirkan keadaan tempat tinggal yang akan berfungsi dengan paling baik untuk bajet/belanjawan dan keluarga anda.

Tiada peraturan yang tetap-hanya apa yang sesuai untuk anda.

 

 

* Sumber: imoney.my (21 Januari 2018). Sewa atau beli? Dilema perumahan yang biasa. www.starproperty.my

** Sumber: imoney.my (11 Januari 2018). Panduan bagi mereka yang mendapatkan pinjaman rumah untuk kali pertama. www.starproperty.my

*** Sumber: De Silva, A. (30 Jun 2017).  Five things you can do to increase the value of your home. www.edgeprop.my

**** Sumber: Williams, J. (7 Januari 2019). 10 steps for decluttering the Marie Kondo way. www.mother.ly