Tentang kami

Kami di Star Club komited untuk menawarkan perkhidmatan penasihat pengurusan kekayaan anda yang berbentuk peribadi. Pasukan kami mempunyai keupayaan serantau melalui perkhidmatan konsultan peribadi berpengalaman. Kami menguruskan pelaburan anda secara eksklusif dan sukar dilupakan.

Menjadi ahli

Kami mengalu-alukan anda sebagai ahli Star Club. Teruskan melabur dengan kami dengan jumlah kelayakan RM100,00 Asset Under Management (AUM) dalam dana unit amanah (UT) dan/atau Skim Persaraan Swasta (PRS) untuk terus menikmati keahlian Star Club.

Bagaimana untuk kekal sebagai ahli Star Club?

Apa yang anda perlu lakukan ialah mengekalkan sekurang-kurangnya RM100,000 AUM dalam dana UT dan/atau PRS anda. Kami memahami bahawa anda mungkin mempunyai keutamaan lain pada masa-masa yang tertentu. Oleh itu, anda diberikan tempoh 6 bulan untuk meningkatkan pelaburan anda jika AUM anda tidak jatuh di bawah RM100,000.

  • Signature | UT dan/atau PRS sebanyak RM100,000 - RM499,999.
  • Elite | UT dan/atau PRS sebanyak RM500,000 - RM999,999.
  • Prestige | UT dan/atau PRS sebanyak RM1,000,000 ke atas.

Faedah & Keistimewaan 

Rasai pengalaman keistimewaan dan ganjaran yang anda belum pernah ada sebelum ini. Sebagai ahli Star Club kami, anda menjadi keutamaan. 

Perkhidmatan prioriti

  • Talian peribadi prioriti | Akses mudah ke hotline Star Club di 03-7723 7258.
  • Laman khas untuk ahli| Penyata akaun bulanan boleh dilihat dalam talian portal pelanggan untuk kemudahan anda.
  • Ganjaran eksklusif dan unik| Nikmati tawaran dan promosi produk pengurusan kekayaan berkelas dunia yang komprehensif untuk memenuhi keperluan anda.
  • Maklumat terkini | Manfaatkan informasi yang kami sediakan mengenai penyelidikan pasaran, trend dan solusi pelaburan terkini yang akan membantu anda memahami keadaan pasaran dan memaksimumkan kekayaan anda.
  • Penyata ringkas | Akses dan lihat penyata suku tahunan anda dalam talian untuk kemudahan anda.

Prioriti Star Lifestyle

  • Keistimewaan ganjaran gaya hidup | Jemputan eksklusif untuk aktiviti gaya hidup eksklusif. Sertai acara berpretij, membeli-belah secara peribadi atau restoren yang berkualiti tinggi.
  • Pengurusan kekayaan | Pastikan anda sentiasa mengikuti panduan dan penyelesaian pengurusan kekayaan terkini dari para penceramah yang profesional dan berpengalaman.