Wong Joon Hian , Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

Wong menjadi pengarah bukan eksekutif bebas untuk Principal Asset Management Berhad sejak 22 Ogos 2007. Beliau telah mengumpul lebih daripada 30 tahun pengalaman bekerja dalam bidang audit, perakaunan, perkhidmatan kewangan dan pengurusan korporat. Beliau memulakan kerjayanya apabila menyertai Price Waterhouse & Co. di England selepas memperoleh kelayakan sebagai Akauntan Bertauliah pada tahun 1973. Beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1975 dan bekerja untuk Price Waterhouse (kini dikenali sebagai PricewaterhouseCoopers PLT), Malaysia sehingga tahun 1985. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Pengurus Teknikal untuk Malaysian Association of Certified Public Accountants dari tahun 1986 sehingga beliau dilantik sebagai Pengurus Besar-Operasi untuk Supreme Finance (Malaysia) Berhad pada bulan Disember 1987. Selepas Mayban Finance Berhad telah menyelesaikan pengambilalihan Supreme Finance (Malaysia) Berhad dalam 1991, beliau menyertai BDO Binder sebagai Juruaudit Utama sehingga tahun 1994 apabila beliau menyertai Advance Synergy Berhad. Beliau dilantik sebagai pengarah urusan United Merchant Group Berhad (kini dikenali sebagai Advance Synergy Capital Sdn Bhd) pada tahun 1995. Semasa tempoh dari 1995 hingga 2007, beliau merupakan pengarah Ban Hin Lee Bank Berhad, Southern Investment Bank Berhad dan United Merchant Finance Berhad. Pada ketika ini, beliau adalah pengarah di beberapa syarikat di bawah Kumpulan Advance Synergy Berhad dan Kumpulan CIMB Group Holdings Berhad. Beliau juga merupakan pengarah bukan eksekutif bebas untuk Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd (dahlunya dikenali sebagai CIMB-Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd).

Kelayakan:
Ahli Malaysian Institute of Certified Public Accountants dan Malaysian Institute of Accountants dan ahli seumur hidup untuk Institute of Chartered Accountants di England dan Wales.