Hubungan Pelanggan dan Perkhidmatan 

Dengan asas pelanggan institusi yang pelbagai aspek antaranya institusi pencen, institusi kewangan & pendidikan, yayasan dan sumbangan, penyedia insurans, kerajaan, syarikat dan pengurus aset bagi pihak ketiga di seluruh dunia, pasukan Perniagaan Korporat dan Institusi kami menyediakan: :

  • Perkhidmatan pelanggan berdedikasi di peringkat institusi
  • Pengurus Perhubungan pelanggan yang ditugaskan untuk mengendalikan akaun anda secara peribadi
  • Semakan prestasi berkala bersama dengan Pengurus Portfolio
  • Laporan portfolio pelaburan anda yang disediakan oleh pasukan Operasi Insitusi yang cekap dan berdedikasi untuk:
    • Laporan Penilaian Portfolio
    • Penyata Pendapatan
    • Pengesahan Perdagangan

Untuk keperluan dan kepuasan pelanggan intitusi kami, kami telah menaik taraf sistem laporan kami dan melabur dalam teknologi perintis untuk memastikan perkhidmatan dan laporan kami bertaraf tinggi di peringkat serantau.

Principal Asset Management Berhad adalah pengurusan aset pertama di Malaysia yang mengguna pakai sistem talian OMGEO untuk kecekapan yang lebih tinggi dengan kelajuan dan ketepatan dalam memenuhi keperluan pelanggan institusi kami di seluruh dunia.

Kekuatan Utama dan Kelebihan Kompetitif

  • Kedudukan kami sebagai salah satu syarikat pengurusan aset terbesar di rantau ASEAN membolehkan kami mendapatkan sebut harga dan saiz dana yang lebih baik.
  • Pengetahuan asas yang kukuh, pasukan pelaburan kami yang beroperasi secara lansung di Kuala Lumpur, Bangkok, Singapura dan Jakarta.
  • Kami menguruskan pelaburan untuk pelanggan institusi dan runcit sejak tahun 1995. Pelanggan institusi kami terdiri daripada bank pusat, dana pencen, syarikat insurans dan pengurus aset pihak ketiga.

Kami mengguna pakai proses pemilihan stok disertai dengan falsafah pelaburan yang berdisiplin.

  • Generasi Alpha : Satu pendekatan "top-down" ditambah dengan pemilihan saham "bottom-up", sebagai sumber prestasi yang boleh dipercayai dan konsisten.
  • Penyelidikan yang bersepadu : Pembabitan secara lansung, penyelidikan kuantitatif dan kualitatif bersepadu adalah kunci kepada pemilihan saham yang unggul.
    • Kehadiran serantau yang memberikan kelebihan dari segi pengalaman
    • Platform penyelidikan pasaran serantau memberikan kelebihan dari segi informasi.
    • Proses penyelidikan asas yang sistematik memberikan disiplin yang tinggi
  • Pemeliharaan Alpha : Kami percaya pembinaan portfolio disiplin digabungkan dengan proses semakan yang sistematik serta mendalam adalah kunci kepada prestasi yang konsisten dari semasa ke semasa.

Keupayaan untuk memanfaatkan kedua-dua pemegang saham Principal Financial Group dan Kumpulan CIMB (bakat, rangkaian, penyelidikan, pengurusan risiko, kredit, harga dan peruntukan).

Infrastruktur system yang komprehensif: 

  • Pelaburan: Charles River, Capital IQ
  • Analisis Portfolio : FactSet, APT
  • Perakaunan & Operasi Dana : PAM, Cognos, Omgeo, Swift