Principal Deposit Fund 2 (dahulunya dikenali sebagai CIMB-Principal Deposit Fund 2) - Kelas C

Prestasi Dana

Sehingga tarikh :
As at date :
Dana Tahun Terkini (%) 1Tahun (%) 3Tahun (%) 5Tahun (%) Sejak Permulaan (%) NAB (MYR) Saiz Dana (MYR juta)
Principal Deposit Fund 2 (dahulunya dikenali sebagai CIMB-Principal Deposit Fund 2) - Kelas C 1.46 % 3.17 % 10.91 % 0.00 % 10.91 % 1.0000 736.10
Benchmark 0.53 % 1.29 % 4.55 % 0.00 % 4.60 %
Penanda aras : CIMB Bank Overnight Rate

Sejarah Pengagihan Pendapatan

Tempoh Masa Nilai Kasar ( Sen/Unit)] Hasil Tahunan (%)
Jun-2020 0.20 2.40
May-2020 0.24 2.88
Apr-2020 0.23 2.76
Feb-2020 0.26 3.12
Jan-2020 0.28 3.24
Dec-2019 0.28 3.36
Nov-2019 0.27 3.24
Oct-2019 0.28 3.36
Sep-2019 0.27 3.24
Aug-2019 0.28 3.36
Jul-2019 0.29 3.48
Jun-2019 0.29 3.48
May-2019 0.32 3.84
Apr-2019 0.31 3.72
Mar-2019 0.32 3.84

Disclaimer : Hasil tahunan dikira sebagai taburan dividen bulanan terkini yang didarabkan oleh frekuensi dividen dana dan dibahagikan dengan NAB terkini.

Maklumat Umum

Untuk menyediakan pelabur dengan kecairan dan pendapatan tetap, sambil mengekalkan portfolio pelaburan berisiko rendah dengan melabur terutamanya dalam deposit.

Dana ini sesuai untuk para pelabur yang:

  • melabur bahagian tunai dalam portfolio pelaburan; dan/atau
  • mahu "meletak" wang buat sementara sambil menunggu masa untuk membuat pelaburan yang lain.

Ia juga sesuai untuk pelabur yang:

  • mencari kecairan dan pelaburan berisiko rendah;
  • mempunyai tempoh pelaburan selama satu (1) tahun atau kurang;
  • mencari pemeliharaan modal* dan fleksibiliti dalam pelaburan; dan/atau
  • mahukan aliran pendapatan**.

Nota:
*Dana ini tidak menjamin mahupun melindungi modal.
**Aliran pendapatan akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam unit tambahan dalam Dana pada NAB seunit Dana pada tarikh pengagihan.

Butiran Dana

Dasar Pengagihan

Bulanan, bergantung pada ketersediaan pendapatan yang direalisasi dan/atau keuntungan yang direalisasi, dan menurut budi bicara kami. Kami juga berhak untuk membuat peruntukan bagi rizab berkenaan dengan pengagihan Dana tersebut. Jika pendapatan yang tersedia terlalu kecil atau tidak ketara, sebarang pengagihan mungkin tidak akan memberi manfaat kepada anda memandangkan jumlah kos yang ditanggung dalam mana-mana pengagihan seperti ini mungkin melebihi jumlah untuk pengagihan. Kami boleh menggunakan budi bicara mereka untuk menentukan jumlah yang akan diagihkan kepada anda. Kami juga mempunyai budi bicara untuk membuat pengagihan pendapatan secara sementara, dengan mengambil kira tahap pendapatan yang direalisasikan dan/atau keuntungan yang direalisasikan, serta prestasi Dana.

Tempoh Masa Pelaburan

Disyorkan 1 tahun atau kurang.

Pelaburan Permulaan

Minimum RM50 Juta atau jumlah lain yang ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa.

Pelaburan Tambahan

RM100,000 atau jumlah lain yang ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa.

Tempoh bertenang

Enam (6) Hari Perniagaan dari tarikh borang permohonan diperoleh dan diterima oleh kami atau Pengedar kami dari pelabur yang pertama kali melabur. Bagaimanapun, kakitangan Principal Asset Management dan individu-individu yang didaftarkan untuk berurus niaga dalam unit amanah Principal Asset Management atau mana-mana Pengedar, tidak layak untuk menerima tempoh bertenang ini.

Pengeluaran Minimum

50,000 unit atau jumlah lain yang ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa.

Baki Minimum

1 juta unit atau jumlah lain yang ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa.

Tarikh Pelancaran

19 Jun 2017.

Rakan Kongsi Dana

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rakan dana kami.

Yuran Dana

Yuran Permohonan

Tiada.

Yuran Pengurusan

Sehingga 0.15% setahun daripada NAB kelas.

Yuran Pemegang Amanah Sehingga 0.01% setahun daripada NAB Dana.

Yuran Penukaran

Para pelabur akan dikenakan Yuran Penukaran yang bersamaan dengan perbezaan (jika ada) di antara Yuran Permohonan Kelas dan Yuran Permohonan bagi Kelas atau Dana Principal yang lain (atau kelasnya).
Di samping itu, Pengurus mengenakan yuran pentadbiran sebanyak RM100 untuk setiap pertukaran dan mempunyai budi bicara untuk mengecualikan Yuran Penukaran dan/atau yuran pentadbiran.

Yuran Pindahan

Maksimum RM50.00 boleh dikenakan untuk setiap pindahan.

Yuran Pengeluaran

Tiada