Principal e-Cash Fund FAQ

Bahagian 1: Maklumat am: Pelaburan di Principal e-Cash Fund (“Principal e-Cash”) melalui Touch ‘n Go eWallet.

GO+ adalah ciri baharu Touch ‘n Go eWallet yang dilancarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (“TNGD”) yang membolehkan baki di akaun GO+ anda berpotensi mendapat pulangan. Dana pendasar untuk GO+ adalah Principal e-Cash – satu Money Market Fund patuh Syariah yang diuruskan oleh Principal Asset Management Berhad (“Principal Malaysia”) yang bertujuan untuk memberi pelabur liquiditi dan pendapatan. Baki di akaun GO+ tidak sepatutnya dianggap atau diguna sebagai e-Duit (E money), simpanan; dan tidak dijamin modal atau modal tidak dilindungi oleh PIDM.
Fungsi GO+ tidak dibuka untuk warganegara asing buat masa ini. 
Fungsi GO+ tidak dibuka untuk warganegara asing buat masa ini.

Kelebihan utama GO+ terletak pada fleksibiliti dan kecairannya. Pengguna dapat menggunakan baki dalam akaun GO+ mereka secara bebas untuk transaksi harian, sambil dapat memperoleh faedah dari baki GO+ yang ada.Kelebihan GO+ termasuklah::

- Mudah dan pantas untuk membuka akaun GO+.
- Jumlah pelaburan awal yang berpatutan, i.e., tambah nilai minimum adalah RM10.
- Kelancaran tambah nilai baki Touch ‘n Go eWallet melalui fungsi Quick Reload Payment.
- Pulangan yang dikreditkan setiap hari.
- Pengeluaran wang boleh dibuat bila-bila masa sahaja.

GO+ adalah produk pelaburan jangka pendek yang memberikan keupayaan penggunaan lancar yang tidak dimiliki oleh instrumen pelaburan yang lain. Ia tidak boleh dibandingkan dengan pelaburan lain di pasaran modal.  

Quick Reload Payment adalah servis yang akan diaktifkan apabila anda mendaftar untuk GO+. Servis ini berfungsi apabila baki Touch ‘n Go eWallet anda tidak mencukupi untuk membuat pembayaran, anda boleh menggunakan jumlah yang tepat daripada GO+ untuk menyelesaikan pembayaran anda dengan lancar. Semua pembayaran dan pemindahan baki antara pengguna Touch ‘n Go eWallet (lihat soalan 6 di bawah) disokong oleh perkhidmatan ini dan akan dilakukan mengikut urutan keutamaan berikut:


Keutamaan Pembayaran (Sila rujuk gambaran scenario di bawah)ayment 
  1. Baki eWallet 
  2. Quick reload payment (jika telah mendaftar untuk GO+)
  3. Quick payment (Credit/Debit Card) (jika telah mengaktifkan fungsi ini)

Senario Pembayaran - Pembelian 'Online/Offline'

 Senario-1Senario-2Senario-3Senario-4
Jumlah transaksiRM3.00RM3.00RM3.00RM3.00
Jumlah baki*RM4.00RM4.00RM4.00RM5.00
Baki eWallet RM3.00RM2.00RM2.00RM2.00
Baki GO+ RM1.00RM2.00RM2.00RM3.00
Status Quick payment Tidak Aktif Tidak AktifAktifAktif
Sumber dana yang digunakan untuk pembayaranBaki eWallet
(jumlah penuh transaksi akan ditolak)
Pembayaran Gagal
(baki eWallet dan GO+ tidak mencukupi)
 
Quick payment – jumlah penuh transaksi dibayar dengan kad kredit/debitBaki GO+
(jumlah penuh transaksi akan ditolak)

*Jumlah Baki = Baki eWallet + Baki GO+

Senario Pembayaran - Tol

 Senario-1Senario-2Senario-3Senario-4
Jumlah transaksiRM3.00RM3.00RM3.00RM3.00
Jumlah baki*RM4.00RM4.00RM4.00RM5.00
Baki eWallet RM3.00RM2.00RM2.00RM2.00
GO+ balance RM1.00RM2.00RM2.00RM3.00
Status Quick payment Tidak Aktif Tidak Aktif Aktif Aktif
Sumber dana yang digunakan untuk pembayaranBaki eWallet
(jumlah penuh transaksi akan ditolak)
Tidak boleh melepasi tol
(baki eWallet dan GO+ tidak mencukupi)
 
Quick payment - jumlah penuh transaksi dibayar dengan kad kredit/debitBaki GO+
(jumlah penuh transaksi akan ditolak)

*Jumlah Baki = Baki eWallet + Baki GO+


Scenario Pembayaran – Pindahan P2P

 Senario-1Senario-2Senario-3
Jumlah transaksiRM10.00RM20.00RM30.00
Jumlah baki*RM30.00RM30.00RM30.00
Baki eWallet RM10.00RM10.00RM10.00
GO+ balance RM20.00RM20.00RM20.00
Status Quick payment Aktif/Tidak AktifAktif/Tidak Aktif Aktif/Tidak Aktif
Sumber dana yang digunakan untuk menghantar duit ke pengguna Touch ‘n Go eWallet yang lainBaki eWallet
(jumlah penuh transaksi akan ditolak)
Baki GO+ 
 
Pindahan tidak berjaya. Jumlah pindahan yang dibenarkan adalah berdasarkan jumlah tertinggi antara baki eWallet and baki GO+ anda.

*Jumlah Baki = Baki eWallet + Baki GO+

Dengan ciri Quick Reload Payment, anda boleh memindahkan duit kepada pengguna yang lain melalui fungsi Hantar. Untuk maklumat lanjut mengenai ciri Quick Reload Payment, sila rujuk artikel Apakah ciri Quick Reload Payment? 

Langkah 1:
Tekan ‘Hantar’ di halaman utama aplikasi Touch ‘n Go eWallet anda.

Langkah 2:
Pilih penerima anda.

Langkah 3:
Baki yang lebih tinggi antara baki GO+ dan eWallet anda akan dipaparkan secara automatik sebagai jumlah maksimum yang boleh anda hantarkan. Masukkan jumlah yang anda ingin hantar.

Contoh:

•    Baki eWallet = RM10
•    Baki GO+ = RM20
•    Pindahan baki maksimum yang dibenarkan = RM20

Langkah 4:
Sahkan penghantaran.

Bagi Touch ‘n Go eWallet dan GO+ (Tidak boleh tambah nilai Touch ‘n Go eWallet, Isu dengan 6-digit PIN, Langkah untuk masukkan duit/keluarkan duit daripada GO+)
Anda boleh menghantar pertanyaan di https://tngd.my/careline-webform.
Anda juga boleh hubungi Khidmat Pelanggan Touch ‘n Go eWallet di +(603) 5022 3888. Waktu operasi adalah Isnin hingga Ahad, dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam (termasuk cuti umum).

 

Bagi Principal e-Cash (Pengiraan pendapatan, Pengeluaran ke bank akaun tidak berjaya, maklumat lanjut mengenai Dana dan Principal Malaysia) 
Anda boleh emel pertanyaan ke service@principal.com.my 
Anda juga boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Principal di +(603) 7723 7262 atau berbual bersama kami menerusi WA (WhatsApp). Waktu operasi adalah Isnin hingga Ahad, dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam (termasuk cuti umum).

Anda perlu baca dan memahami kandungan Halaman Sorotan Produk dan Prospektus Principal e-Cash. Principal e-Cash adalah Money Market Fund dan melabur ke dalamnya bukan seperti memasukkan simpanan ke dalam institusi kewangan.

Ya. Principal e-Cash Fund, dana pendasar bagi GO+ kini patuh Syariah. Semua Nilai Aset Bersih (NAB) Dana akan dilaburkan ke dalam kombinasi tunai (di bank), penempatan deposit Islam, instrumen pasaran wang Islam dan/atau sukuk dalam MYR.

Pelaburan patuh Syariah adalah pelaburan yang berteraskan prinsip-prinsip kewangan Islam. Garis panduan bagi pelaburan patuh Syariah adalah pelaburan tersebut tidak boleh melibatkan Riba (pengumpulan kadar faedah), Gharar (ketidaktentuan) dan Maysir (perjudian).

Wang anda tidak akan dilabur ke dalam syarikat-syarikat yang menjana keuntungan daripada alkohol, tembakau, perjudian, hiburan orang dewasa, senjata api, perbankan dan insurans konvensional.

Dana ini tidak membayar zakat bagi pihak pemegang unit yang beragama Islam. Maka, pemegang unit beragama Islam dinasihatkan untuk membayar zakat mereka sendiri. 

Pemegang unit beragama Islam yang mempunyai kesedaran mengenai pelaburan dan pulangan yang diperolehi menerusi akaun GO+ sebelum ianya patuh Syariah dinasihatkan untuk menguruskan sendiri penyucian pulangan mereka dengan mensalurkannya ke mana-mana badan kebajikan. 

 

Bahagian 2: Naiki taraf ke GO+ dan memasuki duit buat kali pertama di GO+

Tidak boleh. Anda hanya boleh membuka satu akaun GO+.

Anda perlu klik ikon naik taraf di Touch ‘n Go eWallet anda dan ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Selesaikan pengesahan akaun – anda perlu sahkan akaun Touch ‘n Go eWallet dengan ID dan maklumat peribadi.
Langkah 2: Kemas kini maklumat peribadi anda di Touch ‘n Go eWallet.
Langkah 3: Pastikan pengesahan akaun dan kenaikkan taraf ke GO+ telahpun berjaya dan anda boleh memasukkan wang ke akaun GO+.

Nota: Maklumat yang diminta adalah syarat peraturan wajib untuk membuka akaun pelaburan seperti Principal e-Cash melalui GO+.
 

ID perlu dikemukakan untuk proses pengesahan identiti anda secara elektronik seperti yang tertakluk di bawah garis panduan eKYC (e-Know Your Customer) oleh Bank Negara Malaysia.
Ini mungkin disebabkan oleh beberapa syarat kelayakan untuk produk ini dan/ atau syarat wajib untuk membuka akaun pelaburan. Sila hubungi Khidmat Pelanggan Touch ‘n Go eWallet di +(603) 5022 3688 atau menghantar pertanyaan di https://tngd.my/careline-webform.
Untuk memastikan ID dikemukakan dengan berjaya, anda perlu:
•    Pastikan anda kemukakan MyKad ataupun MyTentera.
•    Mengambil gambar depan ID anda.
•    Pastikan tiada silau apabila mengambil gambar ID anda.
•    Pastikan kualiti gambar ID adalah baik.
•    Mengambil gambar ID dengan keseluruhannya, pastikan tangan tidak menutup maklumat yang tertera pada ID. 
ecash faq
Apabila mengambil gambar selfie, pastikan seluruh muka anda adalah dalam rangka/bingkai yang ditetapkan.
•    Ikuti arahan pergerakkan yang ditulis pada skrin, seperti kelip mata.
•    Pastikan seluruh muka adalah dalam rangka/bingkai yang ditetapkan sehingga bulatan selesai dimuat turun.
•    Pastikan selfie diambil dalam persekitaran yang terang supaya jelas.

Ya. Had baki akaun individu bagi akaun GO+ adalah RM9,500. Sekiranya anda telah mencapai had maksimum ini, anda tidak boleh masukkan wang ke dalam akaun GO+ lagi. Namun, anda masih boleh mendapat pulangan pelaburan harian anda.

Walau bagaimanapun, keseluruhan baki agregat bagi semua pengguna GO+ adalah terhad kepada RM5 bilion ("Had Agregat"). Walaupun pengguna individu mempunyai had sehingga RM9,500, amaun maksimum yang anda boleh melabur masih tertakluk kepada Had Agregat. Maksudnya, jika Had Agregat telahpun tercapai, pengguna tidak boleh masukkan wang ke dalam akaun GO+.
 

Anda boleh memasukkan wang pada bila-bila masa dan berapa kerap anda suka. 
Jumlah minimum yang perlu dimasukkan untuk setiap transaksi adalah RM10, tidak kira daripada baki Touch ‘n Go eWallet anda ataupun daripada FPX perbankan dalam talian. 
  • Tiada caj jualan.
  • Yuran Pengurusan sehingga 0.45% setiap tahun.
  • Yuran Pemegang Amanah sehingga 0.03% setiap tahun.
  • Pulangan harian yang anda terima adalah setelah ditolak semua yuran dan caj.
  • Sila rujuk kepada Prospektus Principal e-Cash untuk maklumat lanjut.

Anda boleh memasukkan duit daripada baki Touch ‘n Go eWallet anda atau melalui FPX perbankan dalam talian.
(i)    Kemasukkan wang melalui halaman utama Touch ‘n Go eWallet:
Langkah 1: Klik ikon “+ Tambah Nilai”.
Langkah 2: Pilih “Baki GO+”.
Langkah 3: Pilih untuk memasukkan wang melalui “Baki eWallet” ataupun “FPX Perbankan Dalam Talian” dan ikuti langkah berikutnya.

(ii)    Memasukkan wang melalui dashboard GO+:
Langkah 1: Klik ikon “GO+”.
Langkah 2: Pilih “Masukkan Jumlah”.
Langkah 3: Pilih “Baki eWallet” atau “FPX Perbankan Dalam Talian” dan ikuti langkah berikutnya.

i) Jika melalui baki Touch ‘n Go eWallet, anda boleh memasukkan amaun sehingga amaun yang sedia ada di baki Touch ‘n Go eWallet anda ke dalam GO+ dengan syarat baki akaun GO+ keseluruhan anda tidak melebihi RM9,500;
ii) Jika melalui FPX Perbankan dalam talian, anda boleh memasukkan amaun sehingga RM9,500 dengan syarat jumlah baki akaun GO+ anda tidak melebihi RM9,500.
Anda akan menerima notifikasi daripada Touch ‘n Go eWallet apabila kemasukkan wang berjaya. Anda juga boleh melihat skrin penyata GO+ untuk semak baki GO+ anda.
Jika kemasukkan wang berjaya, amaun tersebut akan dikreditkan dengan serta-merta ke dalam baki GO+ anda. Untuk transaksi FPX Perbankan dalam talian, anda akan menerima emel yang menyatakan “HKTM-PRINCIPAL E-CASH FUND” sebagai nama penjual.
Sila hubungi Khidmat Pelanggan Touch ‘n Go eWallet di +(603) 5022 3888 untuk bantuan lanjut. Anda juga boleh menghantar pertanyaan di https://tngd.my/careline-webform.
  1. Anda mungkin memindah wang daripada akaun bank FPX yang bukan didaftar dengan nama anda.
  2. Anda mungkin gagal melakukan langkah pengesahan daripada portal bank (contohnya, log masuk yang tidak sah, OTP yang salah, tidak mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun bank).
  3. Anda tidak memenuhi syarat yang diperlukan.
  4. Touch ‘n Go eWallet anda mempunyai gangguan Internet, sila cuba sebentar lagi.
Kemungkinan transaksi FPX gagal kerana anda mungkin telah memindahkan wang daripada akaun bank FPX yang tidak didaftarkan di bawah nama anda.

Bagi sebarang kegagalan tambah nilai ke dalam GO+ melalui FPX disebabkan pembayaran pihak ketiga, jumlah tersebut akan dikembalikan ke dalam akaun bank yang digunakan untuk memasukkan wang ke dalam GO+ dalam masa tiga (3) hari bekerja dari hari transaksi berlaku dan sebarang caj bank yang perlu dibayar, caj hendaklah ditanggung oleh pelanggan.
Anda boleh semak skrin penyata GO+ untuk maklumat yang lengkap.
 ecash

Bahagian 3: Bagaimanakah saya boleh kemas kini maklumat perhubungan di Touch ‘n Go eWallet?

Langkah 1: Klik ikon “Profil” anda di sudut kanan halaman utama Touch ‘n Go eWallet.
Langkah 2: Pilih “Kemas kini info”.
Langkah 3: Jawab soalan keselamatan anda dan teruskan dengan perubahan.
Langkah 1: Klik ikon “Profil” anda di sudut kanan halaman utama Touch ‘n Go eWallet.
Langkah 2: Klik “Tetapan” dan pilih “Tukar Nombor Telefon Bimbit”.
Langkah 3: Jawab soalan keselamatan anda.
Langkah 4: Masukkan nombor telefon yang baharu.
Langkah 5: Masukkan kata laluan sekali (OTP) yang akan dihantar kepada nombor telefon yang baharu tersebut..
Jika anda ingin mengubah maklumat anda, sila hantarkan permintaan di sini:  https://tngd.my/careline-webform dengan maklumat yang tepat.

 

Tidak. Anda juga perlu mengemas kini maklumat anda dengan Principal Malaysia dengan menghubungi Khidmat Pelanggan mereka di: +(603) 7723 7260, berbual bersama kami menerusi WA (WhatsApp) ataupun emel ke mygoplus@principal.com

Bahagian 4: Permintaan Tempoh Bertenang (“Cooling-off period”) kepada Principal Malaysia 

Cooling-off period adalah tempoh enam (6) hari bekerja daripada hari pertama anda berjaya memasukkan duit ke dalam Principal e-Cash sebagai seorang pelabur buat kali pertama. Dalam tempoh ini, anda sebagai seorang pelabur boleh meminta bayaran balik sepenuhnya daripada jumlah yang anda masukkan. Cooling-off period ini akan dibatalkan sekiranya anda telahpun membuat pengeluaran duit.
Pelabur Principal e-Cash yang melabur buat kali pertama, tidak termasuk kakitangan Principal Malaysia dan pihak yang didaftar untuk berurusan dalam amanah saham Principal Malaysia.

Sila hubungi Khidmat Pelanggan Principal di +(603) 7723 7262 atau berbual bersama kami menerusi WA (WhatsApp). Anda juga boleh emel ke service@principal.com.my. Anda akan diberi panduan untuk membuat permintaan bagi Cooling-off period.

Kami akan membayar balik jumlah yang anda memasukkan buat kali pertama (termasuk yuran permohonan) dalam masa sepuluh (10) hari daripada hari yang kami menerima permintaan tersebut.
Tidak, Cooling-off period hanya layak untuk jumlah yang dimasukkan buat kali pertama ke Principal e-Cash melalui GO+. 

Bahagian 5: Tebusan Transaksi Pengeluaran Wang

Pengeluaran wang bermaksud anda boleh keluarkan baki daripada akaun GO+ anda (Dana Principal e-Cash). Buat masa ini, anda tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan.
Anda boleh mengeluarkan wang ke baki Touch ‘n Go eWallet anda ataupun ke akaun bank yang didaftar dengan nama anda.
Langkah 1: Klik ikon “GO+”.
Langkah 2: Pilih “Pengeluaran Wang”.
Langkah 3: Pilih sama ada anda ingin mengeluarkan wang ke “Baki eWallet” ataupun “Akaun Bank” dan ikuti langkahnya.
Anda boleh mengeluarkan wang jika baki GO+ anda mempunyai sekurang-kurangnya RM10.

Jumlah minimum untuk pengeluaran wang: 
•    RM10 jika anda keluarkan wang ke akaun bank atau Touch ‘n Go eWallet.

Jumlah maksimum untuk pengeluaran wang:
•    Tiada jumlah maksimum jika anda keluarkan wang ke akaun bank.
•    Jumlah maksimum pengeluaran wang bergantung kepada baki dan saiz eWallet anda jika anda keluarkan wang ke Touch ‘n Go eWallet.

Permintaan pengeluaran wang akan dipapar di skrin penyata GO+. Jika anda keluarkan wang ke:
  • Touch ‘n Go  eWallet, wang akan dikreditkan serta-merta.
  • Akaun bank, wang akan dipindahkan dalam masa tiga hari bekerja daripada tarikh transaksi (T+3) daripada permintaan pengeluaran wang yang berjaya diproses sekiranya permintaan dibuat sebelum jam 4.00 petang (T). Namun, sekiranya permintaan dibuat pada atau selepas  jam 4.00 petang (T), permintaan akan dianggap sebagai permintaan pada hari berikutnya dan wang akan dipindahkan dalam masa tiga hari bekerja (T+3) daripada permintaan pengeluaran wang yang berjaya diproses. Anda perlu menanggung yuran dan caj bank yang dikenakan dari semasa ke semasa. 
  • Walaubagaimanapun, anda disyorkan memeriksa akaun bank anda terlebih dahulu kerana ada kemungkinan wang telahpun dipindahkan ke dalam akaun bank anda, tetapi pihak TNGD hanya akan mengemas kini status pengeluaran wang tersebut setelah menerima pengesahan daripada pihak bank 1 hari kemudian.
  • Pembayaran kepada rakan niaga, jumlah pengeluaran wang akan didebit dengan serta-merta daripada baki GO+.
Tidak boleh. Pengeluaran wang hanya boleh dibuat ke akaun bank atau ke Touch ‘n Go eWallet.
Anda akan menerima notifikasi di Touch ‘n Go eWallet anda apabila transaksi pengeluaran wang telahpun berjaya diselesaikan.
Sila hubungi Khidmat Pelanggan Touch ‘n Go eWallet di +(603) 5022 3888 atau hantarkan pertanyaan di https://tngd.my/careline-webform.
Anda boleh lihat status transaksi pengeluaran wang di skrin halaman GO+.
  • Transaksi pengeluaran wang anda masih diproses. Ia akan mengambil dua hari bekerja daripada tarikh permintaan anda (T+1) sekiranya permintaan dibuat sebelum 4.00pm (T). Namun, sekiranya permintaan dibuat pada atau selepas 4.00 petang (T), permintaan akan dianggap sebagai permintaan pada hari berikutnya dan wang akan dipindahkan dalam masa tiga hari bekerja (T+2). Jika nama eWallet dan akaun bank adalah sepadan (status: disahkan), anda akan melihat tag yang disahkan dan permintaan pengeluaran wang yang seterusnya akan mengambil dua (2) hari untuk selesai diproses.
  •  

     Walaubagaimanapun, anda disyorkan memeriksa akaun bank anda terlebih dahulu kerana ada kemungkinan wang telahpun dipindahkan ke dalam akaun bank anda, tetapi pihak TNGD hanya akan mengemas kini status pengeluaran wang tersebut setelah menerima pengesahan daripada pihak bank 1 hari kemudian.

     

     

Untuk pengeluaran wang ke Touch ‘n Go eWallet:

  •  Anda tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Touch ‘n Go eWallet anda mempunyai gangguan Internet, sila cuba sekali lagi.
  • Anda tidak memberikan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat kepada kami. Sekiranya anda gagal memenuhi permintaan pengeluaran wang anda, permintaan pengeluaran anda tidak diterima oleh kami atau penerimaan maklumat yang tidak tepat oleh kami, permintaan pengeluaran wang akan dibatalkan secara automatik.

Untuk pengeluaran wang ke akaun bank:

  • Anda mungkin memindah wang daripada akaun bank yang bukan didaftar dalam nama anda.
  • Anda tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Anda tidak memberikan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat kepada kami. Sekiranya anda gagal memenuhi permintaan pengeluaran wang anda, permintaan pengeluaran anda tidak diterima oleh kami atau penerimaan maklumat yang tidak tepat oleh kami, permintaan pengeluaran wang akan dibatalkan secara automatik.
     
Anda boleh keluarkan wang daripada baki GO+ pada bila-bila masa, tetapi GO+ akaun anda akan tetap aktif, melainkan jika akaun tersebut telahpun tidak aktif selama dua belas (12) bulan berturut-turut DAN baki anda adalah di bawah RM0.01.

Bahagian 6: Skrin Halaman GO+ dan Sejarah Transaksi

Ya. Anda dapat melihat transaksi kemasukkan dan pengeluaran wang sehingga 90 hari.
Sejarah transaksi anda merangkumi maklumat tentang kemasukkan, pengeluaran, pulangan yang dikreditkan setiap hari dan transaksi pembayaran. 
Jumlah baki adalah jumlah kemasukkan wang dan pulangan kredit yang diterima setiap hari.
Jumlah pendapatan adalah jumlah pulangan kredit terkumpul yang diterima setiap hari, dikira daripada pindahan wang yang terawal. Semasa tempoh Kempen, jumlah pendapatan juga akan termasuk pulangan bonus yang diperolehi daripada Kempen tersebut. Apabila Kempen tamat, pulangan bonus Kempen yang diterima tidak akan termasuk dalam jumlah pendapatan dan hanya pendapatan harian GO+ yang terkumpul setakat ini akan dipaparkan.
 
Kadar pulangan harian adalah pendapatan atau kerugian bersih daripada Dana Principal e-Cash untuk hari tersebut.

Bahagian 7: Mengenai Pulangan Harian 

Anda boleh lihat pulangan harian anda melalui sejarah transaksi di skrin halaman GO+.
Jika anda memasuki jumlah sebelum jam 4 petang, anda akan mendapat pulangan tunai dikreditkan ke akaun GO+ pada keesokan hari.
  • Kemasukkan jumlah anda masih diproseskan
  • Baki GO+ anda adalah kurang daripada RM10.00

Anggaran pulangan adalah didorong oleh kadar pulangan pelaburan asas (bersih dari semua perbelanjaan). Kiraan mengenai anggaran kadar pulangan dikira sebegini: Pulangan harian GO+ adalah pulangan harian daripada pelaburan asas, tolak yuran yang dicaj oleh Pengurus Dana pendasar.

Nisbah Jumlah Perbelanjaan (Total Expense Ratio (TER)) untuk Dana yang mempunyai Yuran Pengurusan dicaj oleh Pengurus Dana, termasuk perbelanjaan lain yang ditanggung oleh Dana (contohnya, penjagaan, pemasaran, pematuhan, servis pemegang saham); TER merangkumi kos tetap, ia mungkin akan berbeza bergantung kepada saiz dana.

Bahagian 8: Keselamatan dan Privasi

TNGD memastikan bahawa maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau dijual ke pihak lain, mengikuti dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010. Walau bagaimanapun, dengan mendaftar ke GO+, anda telahpun memberikan persetujuan yang butiran peribadi akan dikongsi ke Principal untuk menolong anda membuka akaun dan mengendali akaun pelaburan anda.

Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai polisi privasi TNGD di: https://www.tngdigital.com.my/tng-group-s-privacy-statement dan notis privasi Principal Malaysia di https://www.principal.com.my/en/privacy-notice-my

  • Pastikan anda telahpun mengaktifkan skrin kunci automatik dalam telefon anda.
  • Jangan kongsi PIN 6-digit dengan sesiapa pun.
  • Jangan kongsi kata laluan satu kali (OTP) dengan sesiapa pun..
  • Langkah 1: Hubungi Khidmat Pelanggan Touch ‘n Go eWallet di +(603) 5022 3888 untuk hentikan akaun Touch ‘n Go eWallet dengan serta-merta. Ini adalah untuk lindungi baki di akaun anda.
  • Langkah 2: Hubungi pihak pembekal perkhidmatan anda untuk hentikan kad SIM dengan serta-merta untuk mencegah sebarang cubaan untuk permintaan OTP yang boleh tetapkan semula kata laluan/PIN Touch ‘n Go eWallet anda.